AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, August 8, 2014

[Review: Anime] Vampire Knight

Konbanwa! Sejak raya ni, sikit je post yang aku buat. Huhuhu. Raya tu memang lah busy, tambah lagi busy kembar aku nak kahwin, kemas rumah, bukak perabot sane sini, nak bagi lapang rumah lah katakan. Nak buat review pun tak lepas-lepas. Ni ada masa free sikit, dapatlah aku buat sikit. Vampire Knight ni aku tengok tahun lepas (kot). Ada watak yang aku sebut dalam ni, tapi aku tak buat summary pasalnya sebab dia ada dalam season 2 je, bukan season 1. So, kena tunggu aku review yang season 2 pulak. Hehehe. Lepas ni aku nak try buat preview untuk anime yang panjang sikit episodnya. Anime yang dah lama aku tengok pun aku nak bubuh sekali dalam ni, macam Cardcaptor Sakura, Digimon (walaupun korang dah tahu citer tu macam mana. Hahahahaha).



Genre : Supernatural, Mystery, Action, Romance, Comedy
Episode : 13
Star : 5/5
Fav Character : Kiryuu Zero


SINOPSIS
Berkisarkan mengenai Cross Yuuki yang hanya mengingati dirinya diserang puntianak, dan diselamatkan oleh Kuran Kaname, yang juga seorang vampire pada malam yang dihujani dengan salji. 10 tahun kemudian, Yuuki menghadiri Akademi Cross sebagai Penjaga yang melindungi pelajar “Kelas Siang” daripada pelajar “Kelas Malam” yang merupakan puntianak, bersama-sama dengan pasangannya Kiryuu Zero. Suatu hari, Yuuki mendapat tahu yang Zero telah menghabiskan masanya empat tahun lepas untuk melawan dirinya daripada bertukar menjadi puntianak, tetapi kalah dengan nafsunya. Yuuki sedaya upaya membantu Zero dalam melawan keghairahannya terhadap darah, dan untuk memulihkan semula ingatannya yang hilang. Yuuki juga mengesyaki yang Kaname mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu.


WATAK UTAMA

Cross Yuuki
Anak angkat kepada pengetua Akademi Cross, Cross Kaien. Berumur 16 tahun, dan menggunakan Rod Artemis, senjata anti- puntianak yang diberikan oleh Kaien. Merupakan Penjaga bagi melindungi pelajar Kelas Siang daripada diserang pelajar Kelas Malam. Sangat rapat dengan Kiryuu Zero dan berusaha membantu Zero ketika mengetahui yang Zero merupakan puntianak. Menyimpan perasaan terhadap Kaname semenjak diselamatkan olehnya dari diserang puntianak. Seorang gadis yang baik, mengambil berat, ceria dan personaliti yang lucu.


Kiryuu Zero
Merupakan Pemburu Puntianak dan juga puntianak. Kawan baik Yuuki dan Penjaga Akademi Cross. Zero menggunakan Bloody Rose, pistol anti- puntianak. Zero tinggal bersama-sama dengan Kaien dan Yuuki selepas digigit puntianak asli (pureblood) yang juga pembunuh keluarganya. Disebabkan serangan itu, Zero sangat membenci puntianak, walaupun sebenarnya seorang yang baik. Zero menyembunyikan sikapnya dengan pandangan yang dingin, dan sentiasa menjaga pelajar Kelas Siang sekiranya pelajar Kelas Malam menyerang mereka. Mempunyai tatu pada lehernya yang menghalang dirinya daripada menjadi puntianak untuk sementara waktu. Zero mempunyai personaliti yang tenang dan sangat melindungi Yuuki.


Kuran Kaname
Puntianak asli yang menyelamatkan Yuuki ketika diserang oleh puntianak tahap E. Bekerjasama dengan Cross Kaien untuk menubuhkan Kelas Malam untuk menggalakkan kewujudan bersama antara manusia dan puntianak. Bertindak sebagai presiden Dorm Bulan. Kaname seorang yang tenang, elegan, tabah dan berwibawa tetapi berubah apabila bersama dengan Yuuki. Kaname mempunyai immortality dan kebolehan untuk sembuh daripada luka kecuali luka daripada senjata anti-puntianak. Kaname juga boleh menyerap kuasa puntianak lain apabila menghisap darah mereka. Kuasa kaname tidak boleh dibilang. Kuasa yang sering ditunjukkan adalah telekinesis.


WATAK SAMPINGAN

Kain Akatsuki
Sepupu kepada Aidou dan dianggap sebagai salah seorang orang kanan Kaname. Walaupun diberi gelaran sebagai seorang yang “liar” oleh pelajar perempuan Kelas Siang, Kain sebenarnya seorang yang lembut hati dari Aidou, dan mempunyai sikap yang santai dan biasanya terlibat dengan masalah apabila bersama dengan Aidou (walaupun bukan dia yang bertanggungjawab terhadap masalah tersebut). Kain sangat-sangat persektif dan sensitif dengan perasaan orang lain, lebih-lebih lagi perasaan sepupunya, Aidou dan Ruka. Kain mempunyai kebolehan untuk mengawal dan menghasilkan api. Mempunyai perasaan terhadap Ruka sejak kecil, tapi tak pernah luahkan kerana Ruka mencintai Kaname.


Aidou Hanabusa
Diberi gelaran “Idol” oleh pelajar perempuan Kelas Siang, Aidou sangat dikenali sebagai orang kanan Kaname bersama-sama dengan sepupunya, Kain Akatsuki. Sangat mengagumi Kaname, dan sangat setia, walaupun cenderung untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas, dan mengakibatkan Kaname menghukumnya sekiranya diketahui Kaname (selalunya kena tampar). Puntianak bangsawan yang boleh menghasilkan dan mengawal ais. Aidou sering kelihatan ceria dan mesra pada satu ketika, dan berubah menjadi kejam dan menaruh dendam pada waktu lain. Selalu mengurat perempuan, selalunya pelajar perempuan Kelas Siang. Aidou sangat cuai menyimpan rahsia mengenai dirinya seorang puntianak.


Kurenai Maria
Saudara jauh Hiou Shizuka. Membenarkan Shizuka merasuk badannya sebagai balasan, dia dibenarkan untuk minum darah Shizuka, yang mana boleh menguatkan badannya yang lemah. Walaupun sihat setelah minum darah Shizuka, dia menjadi lemah balik pada siang hari. Sangat sukakan Kiryuu Ichiru, dan salah anggap Zero sebagai Ichiru. Dia kembali kepada keluarganya setelah kematian Shizuka.


Touya Rima
Salah satu pelajar Kelas Malam yang paling muda dan bekerja sebagai model bersama-sama dengan Shiki Senri. Rima seorang yang pintar, tetapi selalunya nampak tak berminat dan tak ambil peduli dengan sesuatu. Dia seorang yang berterus terang, dan mudah naik angin. Mempunyai personaliti lebih kurang sama seperti Shiki. Rima mempunyai kebolehan berkaitan kilat atau tenaga elektrik. Berkongsi kegemaran terhadap Pocky dengan Shiki.


Souen Ruka
Merupakan Puntianak bangsawan perempuan yang mempunyai personaliti yang berbeza dengan Yuuki. Ruka mempunyai kebolehan untuk menghasilkan ilusi, dan menyebabkan musuh berbunuhan sesama sendiri. Mencintai Kaname sejak kecil, dan kekal rapat dengannya sebagai kawan baik yang setia, tetapi tidak sedar perasaan Kain terhadapnya. Sangat cemburu pada manusia yang menarik minat Kaname.


Seiren
Pelajar Kelas Malam yang juga unofficial bodyguard Kaname. Yang pertama melindungi Kaname dari sesiapa yang dia anggap sebagai ancaman terhadap keselamatan Kaname. Dia mengugut untuk membunuh Zero apabila Zero mengacukan Bloody Rose kepada Kaname. Seiren juga berkhidmat sebagai pemberi maklumat kepada Kaname. Mengamalkan seni mempertahankan diri yang digunanya sebagai senjata melawan musuh, terutamanya menggunakan kukunya yang tajam. Dia mempunyai gelagat seperti ninja, selalu hilang dari pandangan dan muncul apabila diperlukan.


Shiki Senri
Salah satu pelajar Kelas Malam paling muda dan bekerja sebagai model disamping Touya Rima. Ibunya seorang bekas pelakon, yang kemudiannya mempunyai mental yang tak stabil. Berkebolehan untuk menghasilkan senjata seperti penyebat daripada darahnya sendiri. Mempunyai personaliti lebih kurang sama dengan Rima. Sukar untuk menyatakan emosi dan buat tak tahu dengan keadaan sekeliling. Seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap. Selalu dilihat makan manisan, walaupun tidak beerapa gemar sangat dengan manisan.


Ichijou Takuma
Merupakan naib presiden Kelas Malam. Puntianak bangsawan yang berkuasa sama seperti Kaname. Dengan sifat yang bersemangat dan ceria, perwatakan Ichijou dilihat tak seperti puntianak. Kekurangan dalam suasan gelap yang dikelilingi oleh puntianak menampakkan dia lebih kepada manusia.


Cross Kaien
Berumur 200 tahun, paling tua dan merupakan Pemburu Puntianak paling kuat dan digelar The Fangless Vampire (Puntianak Tanpa Taring). Walaupun merupakan Pemburu Puntianak, Kaien mengekalkan hubungan persahabatan dengan beberapa keluaraga puntianak asli, terutamanya keluarga Kuran. Kaien mengambil Yuuki sebagai anak angkat dan mengambil Zero untuk tinggal bersama dengannya. Kaien bersara sebagai Pemburu Puntianak, dan membina Akademi Cross yang mempunyai Kelas Siang dan Kelas Malam bersama-sama dengan Kaname. Kaien seorang yang aneh, yang selalu provok Zero dan menjengkelkan watak lain. Sentiasa membawa sejata anti-puntianak dalam tongkatnya.


Yagari Touga
Pemburu Puntianak yang mempunyai pangkat tinggi, juga orang yang melatih Zero sebagai Pemburu Puntianak. Muncul di Akademi Cross sebagai Guru Etika yang baru untuk Kelas Siang dan Kelas Malam.


Hiou Shizuka
Antagonist pertama yang muncul dalam Vampire Knight. Puntianak asli yang menggigit Zero dan membunuh ibu bapanya. Dianggap sebagai berbahaya dan tidak siuman, dan mendapat gelaran Kuruizaki-Hime (Puteri Bunga Mekar Diluar Musim). Shizuka muncul di Akademi Cross menggunakan badan puntianak lain, Kurenai Maria, tetapi di cam oleh Kaname dan Zero. Zero perlu minum darah Shizuka untuk menghentikan Zero dari bertukar kepada puntianak tahap E. Kaname membunuh Shizuka untuk menyelamatkan Yuuki.


SCREENCAPS
Sorry, screencaps kat google memang tak banyak~
crying2 onion head


























ULASAN
WARNING!!! Kalau korang rasa korang pengsan tiap kali tengok lelaki handsome, jangan tengok anime ni!
XD onion head
Bukan je budak lelaki yang handsome, jalan ceritanya yang misteri, babak kelakar dan romantik antara Zero dan Yuuki buat aku duduk tak berkelip depan komputer. Ngehehehe. Aku habis tengok dalam masa sehari je sebab episode sikit. Lepas tu ulang-ulang tengok. Haha. Sangat best dan tak bosan. Permulaan cerita dah buat aku hook dengan siri ni. Cuma, sebab episode sikit, so tak banyak watak dikembangkan dalam season pertama ni. Tapi, overall, tumbs up 40 kali!


Listening to : CN Blue - I'm Sorry


No comments: