AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, July 24, 2015

[Review: Anime] Blood-C



Genre : Supernatural, Action, Drama, Horror, Psychological, Mystery
Episode : 12
Star : 4/5
Fav Character : None

SINOPSIS
Kisaragi Saya dilihat seperti gadis normal yang terlalu cuai dan baik. Dia tinggal bersama dengan bapanya yang merupakan ketua kuil di kampungnya, dan mempelajari seni pedang daripada bapanya. Dia perlu berlawan dengan Furukimono (Makhluk Purba) yang mengancam keamanan kampungnya, menggunakan pedang yang ditinggalkan oleh ibunya yang telah hilang. Bagaimanapun, ketika berlawan dengan Furukimono, Saya belajar satu persatu siapa dirinya yang sebenar dan misi yang perlu dia lakukan.



WATAK UTAMA

 
Kisaragi Saya
Seorang yang mudah didekati, ceria dan baik hati serta sangat sopan walaupun dengan kawan-kawan rapatnya. Walaupun sangat cemerlang dalam sukan, Saya biasanya sangat cuai, kelam-kabut dan cenderung untuk datang lambat ke sekolah. Dia berlatih sebagai miko (pendeta) di bawah pengawasan bapanya, dan seorang pejuang pedang yang mahir. Semasa bertarung dengan Furukimono, mata Saya kadangkala bertukar menjadi warna merah, mengerikan dan seakan-akan mata iblis. Saya sentiasa diserang oleh Furukimono dan dia berlawan dengan mereka untuk meneruskan tugas ibunya sebelum dia mati. Walau bagaimanapun, Saya tidak lagi pasti apakah tugas dan identiti dirinya dari semasa ke semasa. Sehingga pada satu ketika, Saya tidak dapat mengingati wajah, penampilan dan nama ibunya.


 Nanahara Fumito
Merupakan jiran Saya dan pemilik Café Guimauve, kedai kopi berhampiran rumah Saya. Juga merupakan kawan dan junior Tadayoshi semasa di sekolah menengah, walaupun masuk lambat daripada Tadayoshi. Fumito selalunya menyediakan sarapan dan bekal untuk Saya. Dia pernah menyatakan yang Saya sangat istimewa untuknya, dan sangat penting kepada dirinya.


WATAK SAMPINGAN

Kisaragi Tadayoshi
Bapa Saya dan merupakan pendeta di kuil tempat tinggal dia dan Saya. Ketika Saya keluar bertarung dengan Furukimono, dia selalu merasa bimbang walaupun tidak cenderung untuk tunjukkannya. Tadayoshi sangat menjaga Saya, selalu membantu ketika Saya berlatih dan selalu menegur sikap cuai Saya. Tadayoshi sebenarnya kacukan antara manusia dan Furukimono.


Amino Yuuka
Rakan sekelas Saya yang rapat dan selalu makan tengahari bersama. Mati dibunuh oleh Furukimono. Memainkan “watak utama” dalam ujikaji terhadap Saya.


Motoe Nono & Nene
Adik beradik kembar yang juga kawan rapat Saya, dan suka mengulangi percakapan antara satu sama lain. Mengagumi Saya dan seronok bermain dan mengacau dengan Saya. Mati dibunuh oleh Furukimono. “Watak utama” dalam ujikaji terhadap Saya.


Tomafusa Itsuki
Ketua kelas. Memendam perasaan terhadap Saya, dan tidak langsung disedari oleh Saya walaupun selalu diusik oleh rakan-rakannya. Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam serangan Furukimono di sekolah mereka. “Watak utama” dalam ujikaji terhadap Saya.


 Tokizane Shin'ichirou
Rakan sekelas yang pendiam dan menyimpan perasaan terhadap Saya. Selalu dilihat tidak makan tengahari dan lebih gemar tidur pada waktu rehat. Tokizane sebenarnya mengetahui rahsia Saya dan meluahkan perasaanya terhadap Saya, tapi mati selepas dibunuh oleh Furukimono. “Watak utama” dalam ujikaji terhadap Saya.


Tatsutori Kanako
Guru kelas Saya, mudah didekati dan pernah menjadi penyelidik. Menyertai ujikaji untuk belajar mengenai Saya dan melihat sendiri Shrovetide, iaitu satu-satunya masa di mana iblis dibenarkan makan manusia. Di bunuh oleh Tadayoshi.


Inu (Anjing)
Anak anjing yang mempunyai tanda pelik pada dahi dan badannya yang dilihat selalu berhampiran dengan Saya. Boleh bercakap.


ULASAN 
Ok. Cerita ni sebenarnya kena tengok sampai habis baru akan faham jalan cerita. Kalau tengok sekerat sekerat memang tak akan tahu yang cerita ni banyak plot psiko sebenarnya. Dengan aku aku sekali kena psiko. Sobsob T_T
Mula-mula aku ship Saya dengan Tokizane, and berharaplah  yang konon-konon Tokizane tak kena makan dengan Furukimono, tapi dah takdir kena makan jugak dengan hantu penanggal tu. Sobsob.  Tang tu aku sedih giler, meroyan royan sambil persoalkan nape lah Tokizane kena makan. Tapi bila tengok last last episode, huh, memang patut pun dia kena makan! Memang patut pun! Sape suruh mainkan perasaan aku yang suci ni (eh?). Hambik kau lelaki tak kenang budi! (-.-‘)
Blood-C ni tak banyak plot twist, tapi banyak character twist. Aku rasa aku punya detective instinct kuat sangatlah, sebab aku dapat teka yang lelaki dalam mimpi Saya tu Fumito.
Dan Blood-C ni banyak giler aksi pertumpahan darah. Aku punya video, semua kena censored part kena tikam, makan, tanggal kepala, tanggal badan, kunyah-kunyah. *Sila muntah*
Nasib baik censored. Kan kan kan. Kalau tak, tidur tak lena, mandi tak basah, makan berkilo. Hewwhu.
Recommended. Patut ada dalam list “anime yang perlu di tonton” korang. Selamat menonton!


-Listening to : Shimokawa Mikuni – Kimi Ga Irukara [Fairy Tail Ed]-


SCREENCAPS














No comments: