AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, August 26, 2016

[Review: Anime] Divine Gate

Genre : Action, Superpower, Supernatural, Fantasy
Episode : 12
Sumber : Permainan video telefon pintar (oleh Gungho & Acquire)
Studio : Pierrot
Star : 2/5
Fav Character : None


SINOPSIS
Selepas Divine Gate terbuka pada satu hari, keadaan dunia menjadi sangat kucar-kacir. Dunia Manusia, Dunia Langit dan Dunia Kegelapan semuanya bergabung menjadi satu dunia yang baru, dan tak lagi terikat dengan kerajaan masing-masing. Kesan daripada kejadian ini, enam unsur kuasa telah tersebar di seluruh dunia. Mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa ini dipanggil Adapter, dan berkumpul di Akademi untuk berkhidmat dengan Majlis Dunia (The World Council) dengan tujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia. Menurut kisah dongeng yang disampaikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka, seiapa yang sampai di hadapan Divine Gate, keinginan mereka akan ditunaikan. Akane, Aoto dan Midori merupakan pelajar yang mempunyai masa silam yang menyedihkan. Arthur, Pengerusi Akademi dan Ketua Knight of Round menjemput mereka bertiga dan tiga lagi pelajar lain bersama-sama dengan Pahlawan Meja Bulat untuk menyertai ekspedisi mencari Divine Gate. Akane, Aoto dan Midori bertekad untuk mencari Divine Gate tersebut agar mereka dapat merubah masa silam masing-masing.


WATAK UTAMA
Akane (Seiyuu: Kakihara Tetsuya)
Akane merupakan Adapter berunsurkan api dan menggunakan sarung tangan besi untuk meningkatkan kuasa ketika bertarung. Kawan baik kepada Midori. Suka berterus-terang dan tak suka menyembunyikan sesuatu. Akane kematian bapanya ketika masih kecil. Walau bagaimana pun, dia tidak percaya dengan berita tersebut, kerana bagi Akane  bapanya bukan seorang yang melakukan kesilapan ketika melakukan eksperimen. Bertekad untuk buka Divine Gate bagi mencari kebenaran disebalik kematian bapanya. Nama lain bagi Akane ialah “The Boys Who Lights Flames”.


Aoto (Seiyuu: Saitou Souma)
Adapter berunsurkan air dan menggunakan pedang untuk tingkatkan kuasa ketika bertarung dengan musuh. Jarang menunjukkan sebarang emosi ketika berkomunikasi dan tak mempunyai kawan sebelum masuk Akademi. Aoto digelar “Pembunuh Ibu Bapa” (Parents Killer) selepas khabar angin yang tersebar mendakwa Aoto membunuh mereka kerana didera dan diberi layanan yang buruk. Aoto juga dituduh sebagai suspek kejadian tragis “Blue Christmas” kerana mempunyai ciri-ciri yang sama seperti suspek ditempat kejadian. Walaupun begitu, Aoto sanggup mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut untuk menjaga keselamatan kembarnya, Ariton iaitu penjenayah sebenar. Satu-satunya orang yang boleh berkomunikasi dengan Boy K (roh kunci Divine Gate). Menurut Boy K, Aoto mempunyai kuasa untuk membuka Divine Gate tersebut namun Aoto menolak untuk membukanya. Mencari Divine Gate dengan tujuan untuk memulihkan hubungannya dengan kembarnya  kembali seperti dulu. Aoto juga digelar sebagai “The Boy Who Controls Water”.


Midori (Seiyuu: Itou Kanae)
Diberi jolokan “The Girls Who Tames Wind”, Midori merupakan Adapter berunsurkan angin yang menggunakan senjata seakan besi panjang ketika bertarung. Mempunyai perwatakan yang ceria, mesra dan mudah berkawan serta sikap dan hati yang bersih, tetapi kadang-kadang sikapnya itu melukakan hati orang lain dalam diam. Walaupun Midori selalu memberi imej yang ceria apabila bersama dengan orang lain, dia sebenarnya terpenjara dengan rasa bersalah terhadap dirinya atas kejadian yang menimpa Elena ketika di sekolah menengah rendah. Kerana Midori tak mampu tunaikan janji antara mereka berdua, Elena menghilangkan diri dan tak dapat dijejaki sejak itu. Midori berharap dapat menemui Elena semula selepas sampai ke Divine Gate.


WATAK SAMPINGAN
Arthur (Seiyuu: Nakamura Yuichi)
Merupakan pengerusi Akademi, ahli Majlis Dunia, dan Ketua Knight of Round. Arthur pada asalnya tinggal di Dunia Manusia, tapi kemudiannya dibuang ke Dunia Langit ketika masih kecil. Mempunyai cita-cita untuk menjadi Raja Dunia dan menarik perhatian Loki untuk membantu dan mendampingi Arthur. Arthur mengumpul Adapter dan menubuhkan Knight of Round untuk mencapai cita-citanya memusnahkan Divine Gate bagi memperbetulkan keadaan dunia kepada asal. Bagaimana pun impiannya terhenti apabila Loki menggagalkan ekspedisi dan mengawal badannya untuk kepentingannya sendiri.


Loki (Seiyuu: Yusa Kouji)
Dilahirkan di Dunia Tuhan, Loki merupakan Tuhan yang nakal yang mempunyai banyak agenda tersembunyi. Merupakan ahli Majlis Dunia bersama-sama dengan Arthur. Walaupun dilihat seperti bekerjasama dengan Arthur untuk memusnahkan Divine Gate, Loki sebenarnya mempunyai agenda lain seperti menjadikan Arthur sebagai Raja Dunia. Loki menjadikan semuanya kucar-kacir dan menyebabkan keadaan menjadi keliru serta mengambil tindakan yang tak boleh dijangka.


Oz (Seiyuu: Ishida Akira)
Oz merupakan seorang ahli sihir yang berkhidmat dengan Majlis Dunia. Apabila Arthur memberitahunya untuk memusnahkan Divine Gate, Oz tidak bersetuju. Dia memanggil Tuhan-Tuhan Skandinavia dengan tujuan untuk menghentikan ekspedisi Arthur dan kumpulannya, tetapi tidak berjaya. Dia juga menyesal memanggil mereka apabila Tuhan Skandinavia berunsur angin membunuh Dorothy, salah satu orang bawahannya.


Ginji (Seiyuu: Yoshino Hiroyuki)
Ginji tak mempunyai cita-cita atau impian untuk melakukan sesuatu. Disebabkan itu dia diberi nama “The Boy Who love Nothingness”. Walaupun bersikap acuh tak acuh mengenai semua benda, Ginji melihat tindakan dirinya yang gigih nak capai Divine Gate tanpa emosi dan sebab peribadi sebagai “dirinya yang kosong”. Senjatanya berunsurkan none (kosong).


Hikari (Seiyuu: Taketatsu Ayana)
Mempunyai perwatakan yang ringkas dan nampak innoncent, serta selalu tersenyum. Sentiasa berlagak ceria bila-bila masa setiap kali dia baca suasana sekelilingnya. Di akhir cerita, Hikari didatangi oleh orang-orang dari Dunia Langit yang memanggilnya “puteri”. Disebabkan ragu-ragu dengan identitinya, dia mencari Divine Gate untuk mengetahui siapa ibu bapanya yang sebenar. Hikari juga di beri jolokan “The Girls Who Carries Light”. Adapter yang mempunyai unsur kilat.


Yukari (Seiyuu: Amamiya Sora)
Gadis pendiam yang sangat gemarkan waktu malam. Dia tak mempunyai memori ketika kecil. Walaupun tak mempunyai minat terhadap Divine Gate, dia meletakkan matlamat untuk buka Divine Gate untuk mengetahui identiti sebenar dirinya. Nama lain Yukari adalah “The Girl Who Embraces Darkness”. Kebolehannya berunsurkan kegelapan.


Boy K/ Key Spirit (Seiyuu: Kugimiya Rei)
Roh kunci untuk Divine Gate. Boy K telah lama mengekori Aoto semenjak dari Aoto kecil lagi dan kerap muncul di depan Aoto. Hanya Aoto yang boleh nampak Boy K, sebab cuma Aoto je yang boleh buka Divine Gate.


Ifrit (Seiyuu: Koshimizu Ami)
Ratu pari-pari api dari Dunia Langit.  Merupakan guru di Akademi dan bertangungjawab ke atas Akane, dan mempunyai citarasa fesyen gaya lama. Ifrit sangat tegas ketika mengajar Akane. Kuasanya berunsurkan api.


Undine (Seiyuu: Fuchigami Mai)
Ratu pari-pari air dari Dunia Langit. Merupakan guru di Akademi dan bertanggungjawab mengrekrut Aoto atas arahan Arthur. Mempunyai perwatakan yang lembut dan baik hati, dan sentiasa merasa bimbang mengenai Aoto yang susah nak buka hati dengan orang lain. Mempunyai kebolehan untuk memanipulasi air.


Sylph (Seiyuu: Asumi Kana)
Ratu pari-pari angin dari Dunia Langit. Merupakan guru di Akademi dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Midori. Sylph seorang yang ceria dan mempunyai cara percakapan yang unik, iaitu menambah “-aru” di setiap akhir ayat. Mampu mengawal angin.


Ariton (Seiyuu: Hanae Natsuki)
Kembar Aoto yang dilebihkan oleh ibu bapa Aoto. Ariton membunuh ibu bapanya untuk sebab yang tidak diketahui pada satu malam, sebelum menghilangkan diri. Dia kemudian muncul kembali pada malam perayaan Krismas dan membunuh orang ramai yang berada di sebuah pasar raya. Kejadian tragik itu diberi nama “Blue Christmas”.


Pavlov (Seiyuu: Shimura Tomoyuki)
Bapa kepada Akane yang disangkakan mati oleh Akane dan ibunya. Bekerja sebagai saintis untuk Majlis Dunia dan merupakan salah seorang “Geniuses of The Divine Age”. Juga seorang Adapter yang menggunakan unsur api. Dia kemudian mati dibunuh oleh salah satu Tuhan Skandinavia berunsurkan api ketika menyelamatkan Akane dari serangan Tuhan tersebut.


Elena/Dorothy (Seiyuu: Yuuki Aoi)
Elena merupakan rakan baik Midori ketika di sekolah rendah dan menengah rendah. Menghilangkan diri selepas Midori tak dapat tunaikan janji mereka ketika di sekolah menengah rendah. Dia muncul kembali sebagai Dorothy iaitu ahli sihir yang bekerja di bawah Oz, selepas Midori bebas dari kawalan Shakespeare (orang bawahan Loki). Dia kemudiannya mati dibunuh oleh Tuhan Skandinavia berunsurkan angin ketika mempertahankan nyawa Midori.


Santa Klaus (Seiyuu: Sakurai Takahiro)
Kawan baik Arthur dari zaman kanak-kanak. Pertama kali berjumpa dengan Arthur selepas Arthur di buang ke Dunia Langit semasa kecil, kemudian menjadi kawan baik ketika mereka membesar bersama. Dia membantu Arthur secara senyap-senyap. Sanggup menggadaikan nyawa untuk selamatkan Arthur.


Metabon (Seiyuu: Yoshida Yuri)
Makhluk pelik kepunyaan Akademi. Sentiasa dilihat bersama dengan Akane, dan mempunyai perwatakan yang nakal dan suka merungut.


ORIGINAL SOUNDTRACK

Opening : 
one-Me, two-Hearts – Hitorie

Ending : 
CONTRAST – Vistlip


ULASAN
First of all, sangat kecewa dengan siri animasi ni. Terdapat banyak kekurangan dari kelebihan. Kurangnya info yang diberi menyebabkan penonton tertanya-tanya sendiri sehingga episod terakhir (aku ler tu (T_T)). Lepas kejadian dalam kereta api dalam episod 1, aku ingat episod seterusnya akan ada lebih banyak babak pertarungan yang lebih menarik, tapi tapi tapi….sangat sangat menghampakan. Well, I am ACTION-LOVER, so babak pertarungan sangat lah penting untuk membuatkan aku merasa enjoy menonton animasi bergenre aksi. (=.=)

Dalam animasi ni, ada 6 jenis unsur, api, angin, air, kilat, kegelapan dan none (kosong). Kalau aku tak godek Google, kebarangkalian untuk aku tahu apa itu unsur “NONE” itu adalah 0%. Dia tak describe langsung unsur tu. Actually semua kuasa dia tak describe. Tapi dapat agaklah apa unsur-unsur yang lain macam kilat dan kegelapan. Aku mati-mati ingatkan unsur none tu adalah metal (=.=). 
Perjalanan cerita sangat laju. Belum lagi aku sempat faham babak yang ini, dah tukar babak lain. Watak pun tak diberi pengembangan langsung. Macam mana mulanya watak tu, macam tu jugak lah di akhir cerita. Macam Hikari dan Yukari, kewujudan mereka sangat misteri. Tak tau pun siapa diorang ni. Tau-tau je diorang ni orang penting kat Dunia Langit dan Dunia Kegelapan. Kadang rasa, tak ada watak ni termasuk Ginji pun tak apa. Sebab langsung tak ada peranan dalam cerita. Kalau perasan, setiap awal episod, atau setiap kali nak perkenalkan watak, mesti ada narration. Tapi narration pun tak mainkan peranan penting sangat dalam ni. Menyemak je. ( ̄へ ̄) 

Babak pertarungan kurang memuaskan. Cara mereka bertarung kurang ditonjolkan, lagi-lagi masa Knight of Round bertarung dengan Tuhan Skandinavia. Tau-tau je, masing-masing dah rebah berdarah. And of course aku ingat masing-masing dah hilang nyawa. In the end, kesemua Knight of Round masih hidup. Siapa yang menyelamatkan dan bagaimana boleh selamat pun tak tahu. Diselubungi dengan misteri……… 

Babak kematian Pavlov (bapa Akane) dan Dorothy (kawan Midori) langsung tak rasa tragis dan tak ada sentuhan dramatik. You all tak akan terkejut dan tak akan sedih pun dengan cara mereka mati. Macam dah dapat agak je. Ke aku ada DNA Conan sikit menyebabkan aku boleh  agak? Hati kering mungkin sebab tak sedih? Konpius pulak. 

Masa Loki cuba nak psycho Akane, Aoto dan Midori tu guna cara Shakespeare, perasaan tu tak sampai. Selalu kalau aku tengok anime genre psychology, dengan aku-aku sekali kena psycho kot. Fake Pavlov, Dorothy dengan Ariton sangat kaku. KAKU. Dah macam aku kritik lakonan orang pulak dah. Haha. Seriously, kalau diorang buang babak ni pun tak akan jejaskan cerita. Mungkin siri ni akan ada season 2 sebab pengakhiran tergantung. Well, memang siri animasi sekarang suka buat jalan cerita tergantung dan buat penonton tertunggu-tunggu musim akan datang. Geh.

Walaupun cerita menghampakan, tapi masih lagi boleh bagi kredit untuk lagu opening dan ending. Untuk opening, lagu oleh Hitoire sangat catchy dan sedap didengar. Ada unsur rock di situ dan memang favorite genre aku. Aku download kot untuk nyanyi bersama. Kahkahkah! Tak boring walaupun pasang dua belas kali pun. Ending pun okay je. Cuma kurang menarik minat aku. Apa pun, overall animasi masih boleh ditonton. Cuma in case ada season 2, harap sangat boleh menambah lagi elemen-elemen yang mampu meningkatkan lagi jalan cerita, kembangkan lagi watak sedia ada, dan lebih tumpukan pada babak pertarungan. Hewhew. 


-Listening to : LiSA – Rising Hope [Mahouka Koukou no Rettousei - Ed OST]-


SCREENCAPS
 



















**All pictures and sources are credit to Google and original artist/author**


No comments: