AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Saturday, November 12, 2016

[Review: Anime] Boku no Hero Academia


Hi readers! Okay, disebabkan semakin membesar ni, semakin sibuk dengan kehidupan alam dewasa (konon XD), review kali ni kita buat konsep santai-santai je. Ye lah, bila dah masuk alam dewasa ni, macam-macam benda yang kau kena fikir selain anime dan diri kau. Kau dah dewasa nanti kau tau lah. XD

Okay, back to the point. Anime yang aku nak review kali ni adalah Boku no Hero Academia (My Hero Academia). Anime ni antara anime yang tersenarai dalam Top 10 Best Spring 2016 Seasonal Anime dalam website ORZZZ, dan juga tersenarai dalam Senarai Anime Wajib Di Tonton oleh aku. Serious best! *thumbs up*

Genre : Action, Superpower, Comedy, Shounen
Episode : 13
Sumber : Komik (oleh Horikoshi Kouhei)
Studio : BONES
Star : 5/5
Fav Character : Todoroki Shouto


SINOPSIS
Midoriya Izuku (Deku) merupakan pelajar sekolah menengah rendah yang tinggal dalam dunia, yang mana kebanyakan manusia mempunyai kuasa luar biasa yang kenali sebagai “Quirk”. Deku seringkali dibuli oleh rakan sekelasnya, lagi-lagi oleh Bakugou Katsuki (Kacchan) kerana tak mempunyai Quirk seperti mereka. Nama gelaran “Deku” juga diberikan oleh Kacchan yang membawa maksud “one who can’t do anything”. Mereka yang mempunyai Quirk yang luarbiasa dan kuat akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadi Hero (pekerjaan dalam dunia ni) untuk membanteras kegiatan jenayah oleh Villain (penjenayah), serta membantu dalam misi bantuan bencana. Setelah menonton video All Mighty menyelamatkan ribuan mangsa bencana, Deku bercita-cita untuk menjadi Hero sepertinya. Walaupun doktor memberitahu dia tak mempunyai Quirk (which is so heartbroken at first T_T ), Deku tetap juga memasang impian untuk bergelar Hero suatu hari nanti.

Suatu hari masa balik dari sekolah, Deku diserang oleh Villain dan diselamatkan oleh All Mighty yang mengejar Villain tersebut. Deku sangat-sangat terkejut bila All Mighty betul-betul ada depan mata, sampai All Mighty nak pergi serahkan Villain pada pihak berkuasa pun, Deku secara tak sengaja terpeluk kaki All Mighty. All Mighty pun turunkan lah Deku atas satu bumbung bangunan dan nak teruskan perjalanan. Tapi sekali lagi ditahan oleh Deku sebab nak tanya macam-macam soalan terus kat All Mighty. Tak sempat All Mighty nak pergi, badannya tiba-tiba keluar asap berkepul. Rupa-rupanya, All Mighty mengecil daripada saiz badannya yang biasa. Dari situ lah Deku tahu rahsia All Mighty yang hanya mempunyai 3 jam untuk menjadi Hero akibat kecederaan yang dialami masa bertarung dengan Villain 5 tahun yang lalu.

All Mighty lepas mengempis aka mengecil dari saiz badan yang biasa.

Selepas bertemu dengan All Mighty, Deku balik memikirkan apa yang dicakapkan oleh All Mighty tadi. Masa dalam perjalanan balik tu, Deku terserempak dengan insiden yang melibatkan Villain yang serang dia tadi (All Mighty tercicir botol yang ada Villain tersebut masa lompat dengan Deku). Dan dia ternampak Kacchan menjadi tebusan Villain tersebut. Bila nampak mata Kacchan yang minta tolong, Deku terus berlari untuk cuba selamatkan Kacchan, walaupun dia sedar dia tak ada kuasa untuk selamatkan orang. All Mighty yang ada dekat situ, terus kalahkan Villain lepas dengar Deku cakap dekat Kacchan, “You looked like you were asking for help”.

Lepas insiden tersebut, All Mighty buat keputusan untuk mewariskan kuasanya kepada Deku. Deku kemudiannya berlatih untuk mewarisi Quirk All Mighty, iaitu “One For All” supaya dia dapat melepasi ujian kelayakan untuk masuk U.A High School (sekolah yang memupuk bakat Hero). Setelah melepasi ujian kelayakan, Deku diterima masuk ke sekolah tersebut bersama-sama dengan Kacchan dan pelajar-pelajar lain.


WATAK
Watak Utama

Selain Deku dan Kacchan, terdapat dua lagi watak utama sebagai pelajar iaitu Uraraka Ochako dan Iida Tenya. Uraraka ni kawan baik Deku dekat sekolah. Selain Kacchan, Uraraka pun panggil Deku dengan panggilan “Deku”. Sebab bagi Uraraka, deku juga boleh diberi maksud “tak pernah putus asa”. Quirk Uraraka adalah Zero Gravity, yang membolehan dia dan benda sekelilingnya terapung apabila menyentuhnya. Dia akan loya-loya dan muntah kalau guna kuasa Quirknya terlalu banyak.

Iida pula adalah ketua kelas 1-A dan datang daripada keluarga yang dikenali ramai. Iida dilahirkan dalam keluarga yang menjadikan Hero sebagai kerjaya profesional, dan menjadikan abangnya, Ingenium sebagai idola. Iida ni sikapnya sangat tegas dan jujur. Sikapnya ni terbawa-bawa sehingga dalam kelas. Masa latihan pertarungan pun sama. Bila dia dapat peranan jadi Villain, dia betul-betul menghayati watak Villain tu. Comel je, haha.  Quirk Iida adalah Engine, yang mana bahagian betis Iida mempunyai enjin yang mampu membuatkan Iida bergerak dengan sangat pantas.

Oh, lupa pulak nak cakap pasal Kacchan. Kacchan ni masa sekolah menengah rendah dianggap pelajar yang berpotensi masuk U.A High School, sebab Quirknya ketika itu adalah yang terkuat daripada pelajar lain. Quirk Kacchan adalah Explosion, yang mana bila Kacchan mengeluarkan peluh, peluh tersebut akan menjadi nitroglycerin dan meletup bila menyentuh sesuatu. Selalunya Kacchan perlu ada dekat dengan musuhnya kalau nak guna Quirk ini. Kacchan sebenarnya masa kecik kawan baik dengan Deku. Tapi jadi sangat sombong bila suatu hari dia jatuh dalam sungai, Deku turun dan hulur tangan untuk tolong dia naik balik. Tapi dia fikir yang Deku pandang rendah dekat dia, so dia tolak tangan Deku, dan sejak tu dia jadi seorang yang sombong dan suka buli Deku.

Latihan pertarungan antara group Kacchan dan group Deku

Masa dalam kelas untuk latihan pertarungan, Kacchan cuba cari pasal dengan Deku sebab tak puas hati Deku tiba-tiba je ada Quirk. Bila Deku lawan balik, dia jadi terkejut sebab Deku tak pernah lawan bila kena buli dulu. Disebabkan Deku guna Quirknya, tangan kirinya cedera parah. Habis je latihan pertarungan diorang, Kacchan tengok latihan orang lain pula dekat skrin besar. Then baru dia sedar sebenarnya ramai lagi orang yang berbakat dan mempunyai Quirk lagi kuat dari dia. Masa tu dia rasa sangat-sangat rendah diri, dan janji akan bermula sekali lagi.

Pelajar kelas 1-A

Dalam siri ni, aku minat dekat Todoroki Shouto. Kalaulah dia tak ada parut kat muka tu, dia memang dah tersenarai dalam senarai ikemen (lelaki kacak) aku. Eh, ada ke tak ada tetap tersenarai jugak. Ngeee. Todoroki ni kira pelajar handal dan terkuat jugaklah dalam kelas 1-A. Quirknya adalah Fire & Ice (api  & ais), yang mana membolehkan dia kawal api dan ais. Todoroki dapat Quirknya hasil darpada perkahwinan ibu bapanya. Bapanya ada Quirk Fire dan dikenali sebagai Endeavor, Hero kedua terkuat selepas All Mighty. Maknya pula ada Quirk ais.

Pelajar kelas 1-A

Mostly kebanyakan watak masih lagi dalam fasa pengembangan. They are still developing Quirk masing-masing. Tapi aku suka sangat-sangat tengok babak masa kelas ni bertarung dengan The League of Villain (Liga Penjenayah). Kat sini boleh tengok yang kerjasama antara pelajar sangat baik, walaupun dah dipisahkan ke beberapa tempat. Antara pelajar-pelajar yang aku suka dan kagum dengan Quirk diorang, Yaoyorozu Momo yang mempunyai Quirk Creation, dan Kaminari Denki yang mempunyai Quirk Charge. Momo punya Quirk membolehkan dia cipta banyak benda (kecuali benda hidup) dengan syarat, dia tahu struktur molekul mereka. Kaminari pula boleh hasilkan dan menyerap tenaga elektrik.

Pelajar kelas 1-A

Ada juga watak student yang tak terlalu menonjol, atau kurang ditonjolkan. Mungkin watak mereka masih dalam fasa awal untuk dikembangkan. Aku pun jadi tertanya-tanya apa kuasa diorang masa mula-mula cerita. Certain student ada Quirk yang macam tak munasabah je nak dijadikan kuasa, macam cellophane tape (selotep). Ahahaha. =.=   Fuhhh, genius betul creator anime ni. Benda-benda macam tu pun boleh buat jadi Quirk eh.

Cikgu U.A High School

U.A High School ni ada banyak cikgu yang dulunya dan masih seorang Hero yang profesional. Tugas diorang selain mengajar, adalah untuk pupuk bakat Quirk anak murid diorang. Aizawa Shouta adalah guru kelas 1-A. Dulunya seorang underground Hero dan dikenali sebagai Eraser Head, yang mana Quirknya mampu untuk nullify Quirk orang lain. First impression nampak macam pemalas tau sebab kemunculan pertama dia, dia depan kelas masih dalam sleeping bag. Heh. Tapi seorang yang sangat tegas dan tak suka buang masa.

Main Villain

Kemunculan pertama Villain utama, Shigaraki Tomura dengan konco-konconya adalah masa kelas 1-A nak buat latihan bantuan bencana dengan All Mighty, Cikgu Aizawa dan Cikgu No. 13. Main purpose diorang pada mulanya adalah untuk membunuh All Mighty, tapi malangnya All Mighty masa kejadian tak ada, sebab tengah rehat lepas 3 jam jadi Hero. Shigaraki juga plan nak guna student sebagai tebusan supaya All Mighty serah diri, tapi gagal sebab most of the student mampu melawan Villain, malah lebih kuat lagi dari Villain. Shigaraki bawa Nomu yang dicipta khas untuk menumpaskan All Mighty. Bila All Mighty sampai lepas dapat berita kejadian dari Iida, dia jadi marah sangat. Dengan bantuan anak muridnya, All Mighty dapat mengalahkan The League of Villain dan menumpaskan Nomu.


ANIMASI

Boku no Hero Academia ni dihasilkan oleh Studio BONES. Studio BONES ni memang sangat popular animation diorang, lagi-lagi bila melibatkan fight scene. Memang sangat tip top. So this anime got an amazing work done! Aku bukannya pakar sangat bab-bab animation ni. Aku tak tahu pun apa flaw diorang, mata tak tajam pun nak menilai. Hewhew. Tapi aku tahu scene yang hebat dan menarik, yang aku boleh repeat babak or anime tu banyak kali. That’s how I enjoyed animation. Kehkeh.

Fight scene between Deku and Nomu

SEIYUU
Time aku tengok anime ni, aku rasa macam seiyuu untuk watak Deku macm tak kena je. Aku tak tau lah kalau telinga aku je yang dengar tak kena. Haha. Tapi persembahan seiyuu overall okay. Kelemahan suara tak kena tu dah ditutup dengan kehebatan seiyuu menghayati watak. Actually, ada dua orang favorite seiyuu aku dalam anime ni, and both adalah watak sampingan. First is Hosoya Yoshimasa yang pinjamkan suara untuk watak Tokoyami Fumikage, student berkepala seakan burung gagak. Tak banyak line pun dia dalam anime. In fact, aku tak sedar pun bila masa Fumikage ni bercakap.*Lap Peluh* And the worst is, aku tak sedar pun Yoshi dalam ni.  T_T  . Second is Suwabe Junichi as Aizawa. Bila Junichi buat lazy voice macam tu, aku pun tak dapat tangkap tu dia. Memang lain dari watak yang selalu dia bawa macam Atobe Keigo (Prince of Tennis) or Aomine Daiki (Kuroko no Basket). Hurm. Bagilah line banyak sikit kat Fumikage bila keluar season 2 nanti. Hewhew.

Bagilah line banyak sikit kat Yoshi~ hukhukhuk   T_T


MUZIK
Opening : Porno Graffitti - THE DAY
Ending : Brian The Sun - HEROES
First time masa tengok opening anime ni, macam dengar angin lalu je lagu dia. Langsung tak lekat kat kepala, sebab mindset lagu tak sedap. Haha. Tapi each time aku dengar opening masa pasang cerita anime ni, automatic mindset tukar jadi sedap pulak, dan memang sesuai untuk lagu pembukaan anime ni. Lagu Porno Graffitti mana ada yang tak sedap. Ending pun gitu juga. Kena play banyak kali kalau nak dengar sedapnya tu. =.=”


KESIMPULAN
Overall, I really enjoyed this anime. Tersangat lah best hurm hurm. Boleh repeat berulang kali bestnye tu. Haha. Kalau ada flaw pun, aku tak nampak sangat. Eh korang yang nampak flaw tu memang ada hawk eyes lah. Tabik spring sikit~  Hihi. Laa ni memang tak sabar nak tunggu season 2 keluar ni, sebab nak baca manga dia teramatlah malas. Bukan dasar pemalas, aku busy dengan alam dewasa okay. *mata juling ke atas* Conclusion, anime ni patut ada dalam senarai Anime Wajib Ditonton. I give 5 out of 5 stars. They deserved it.


Hurm hurm hurm. Plan nak review santai-santai tak menjadi. T_T


-End the written while listened to : Dato’ Siti Nurhaliza – Hati [OST 1957 Hati Malaya]-


See you next entry~


No comments: