AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Wednesday, November 23, 2016

[Review: Anime] Gunslinger Stratos : THE ANIMATION


Untuk review kali ni, aku nak try tulis review without points macam point watak, animasi and music. Aku nak ulas secara umum untuk semua bahagian. Sebab mungkin ada point yang aku tak tau nak ulas apa. Saja nak tukar angin, cari gaya penulisan yang sesuai untuk aku. Heeeeee. Bukan apa, bila aku dah setkan post untuk review perlu ada struktur point kecil, aku jadi terikat. Benda yang aku rasa nothing to review, aku terpaksa memerah otak untuk cari juga apa yang best or bad pasal point tu. So nak try method “bebas” ni supaya aku langsung tak rasa terikat dan stress berfikir untuk cari bahan nak buat ayat dan post. Hewhew.

Genre : Superpower, Supernatural, Sci-Fi
Episode : 12
Sumber : Video Game
Studio : A-1 Pictures
Star : 6/10
Fav Character : None


ULASAN
Gunslinger Stratos : THE ANIMATION ni mengisahkan mengenai negara yang dulunya dikenali sebagai Jepun tetapi dah berpecah menjadi dua parallel world, Frontier S (Stratos) dan 17th East Imperial City Management District. Frontier S merupakan dunia yang tiada undang-undang dan bebas tetapi penuh kemunduran, manakala 17th East Imperial City pula adalah dunia yang maju dan pesat membangun tetapi semuanya dikawal oleh kerajaan. Bagaimana pun, kedua-dua dunia mengalami masalah yang sama iaitu ada sesuatu yang serang secara rawak dan sebabkan mangsanya bertukar menjadi pasir. Dan untuk beberapa tahun lagi, mungkin tiada seorang pun yang akan tinggal. Tak lama lepas tu, Timekeeper muncul dan bawa mesej dari masa depan iaitu cara untuk selamatkan dunia masing-masing adalah dengan kalahkan dunia lagi satu. Pengembara masa dari kedua-dua dunia dihantar balik ke tahun 2015 di tapak pertempuran di Tokyo. Diorang bertarung sehingga salah seorang mati atau berundur. Pihak yang menang akan dapat energy cube (kiub tenaga) yang mempunyai kebolehan istimewa untuk tukar senjata jadi lebih kuat.

Kiri watak "White World", kanan watak "Black World"

Syarat untuk jadi pengembara masa adalah orang tersebut mesti wujud di dalam dua-dua dunia. So watak-watak yang ada dalam anime ni mempunyai dua watak yang sama yang hidup dalam dua dunia berbeza. Rupa dan senjata semua sama, tapi apa yang membezakan diorang ni adalah sikap dan juga pakaian diorang. Aku juga bezakan watak dengan label watak dari 17th East Imperial City sebagai “Black World”, manakala untuk watak dari Frontier S, aku labelkan sebagai “White World” based on baju Kazasumi Tohru. Watak utama, “Black” Tohru mempunyai sikap yang rendah diri dan tak suka cari perhatian, tetapi “White” Tohru pula seorang yang suka berlawan untuk jadi yang terkuat untuk lindungi keluarganya. Dua-dua Tohru sangat benci bila jumpa dirinya dari dunia lain. Manakala untuk kedua-dua Katagiri Kyouka mempunyai ciri yang sama iaitu ada perasaan terhadap Tohru. Sebab tu bila bertarung dengan Tohru dunia lain, Kyouka jadi hesitate untuk shoot because it is Tohru.

Anime ni diadaptasi daripada video game, yang mana game ni terdapat banyak watak untuk dimainkan. Disebabkan itu, bila creator bawa most of the characters into the series, ianya jadi terlalu padat dengan watak sampingan sahaja. Dah lah padat, then mostly diorang ni cuma ada 1, 2 line sahaja. It’s hard to hear their voices and to see their actions. Sepatutnya creator anime ni just ambil about 5 to 6 characters only so siri ni tak nampak terlalu penuh dan develop sebaik mungkin watak tersebut. Mungkin kalau siri ni mempunyai episode yang panjang macam Naruto or Bleach, they can use all of them. Bila dah penuh, characters development pun tak ada. Tak semua orang main game dia, macam aku (sebab aku bukan kaki game XD). Takkan nak tau kuasa setiap watak kena main game dia pulak kan? Blerghhh.

Black Tohru dan White Tohru bertarung

Antara sebab kenapa aku tertarik nak menonton anime Gunslinger Stratos ni, yang pertamanya adalah anime ni bergenre aksi, dan keduanya mempunyai idea yang menarik, iaitu manusia dari dua dunia berlainan berlawan antara satu sama lain. Dengan idea yang menarik plus with my favorite genre, I have high expectation on this. Tapi malangnya, tak semua babak bertarung impress me. Not at all. Mungkin a little, babak Kyouka defend dirinya dari kena shoot dngan tentera Dr. Odhner. Yang lain semua so-so je.

Walaupun so-so je, tapi aku boleh bagi point lain yang menarik mengenai anime ni. Lagu opening dia sekali dengar terus rasa nak download. Lagu yang dinyanyikan oleh Mashiro Ayano ni bertajuk Vanilla Sky, genre rock. Memang dah kena dengan taste aku lah tu. Hehehe. Animation untuk opening dia okay, tapi tak mengagumkan aku. Bagi aku tak ada WOW. Mencari juga, tapi tak jumpa. Haha. Untuk ending pula, lagu okay. Kalau yang jenis suka dengar lagu slow tu, memang sesuai. Lagi pun lagi ending yang bertajuk Mirai (Masa Depan) ni nyanyian Garnidelia. Siapa yang mengikuti perkembangan muzik Jepun mesti tau kehebatan kumpulan duo ni bila menyanyi kan. :D


KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Gunslinger Stratos : THE ANIMATION ni tak adalah teruk sangat. Cuma terkadang tu confuse juga penceritan dia. Kalau tak baca info sebelum tengok anime ni, memang tergagau nak memahami isi cerita. Hewhew. Sangat sedih sebab babak pertarungan tak buat aku kagum pun. Huhhhh. Tapi masih boleh layan lagi anime ni. 6 out of 10. Pendapat orang semua tak sama tau. So, kalau tiba-tiba kau jumpa review yang bagi 10/10 for this, it’s the author’s opinion. Respect it. Tu perasaan dia bila tengok siri ni. Macam kau suka tengok AF, tapi kawan kau tak suka. Ha, gitulah. Hehe. Dan terpulang nak tengok atau tidak, it’s your own choice. But this will never be in my MUST WATCH list. XD


-End the written while listened to : Hirata Shiroko ft Lotus Juice – Beauty of Destiny [Persona 4 The Animation – Ed 1]-


"Jumpa lagi!", says Kyoka


No comments: