AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Wednesday, November 30, 2016

[Review: Anime] Kyoukai no Kanata (Beyond The Boundary)


Fuyukai desu~! Ha, ni lah ayat yang korang akan selalu dengar bila tengok anime Kyoukai no Kanata (KNK) ni. Apa yang membuatkan aku nak tengok siri KNK ni adalah Mirai. Aku ni jenis suka tengok speedpaint kat youtube tau. One day, aku tengok ada artist ni, selamba je lukis Mirai and Mitsuki. At first, aku tak tau siapa character tu, sebab aku ingat tu Original Character (OC) artist tu. Then bila aku terjumpa anime yang ada muka budak dua orang ni,and baca sinopsisnya, cepat-cepat aku download nak tengok. Hihihi. Selain anime, KNK pun ada buat dua movie, iaitu Kyoukai no Kanata : Kako-hen, dan Kyoukai no Kanata : Mirai hen.

Genre : Action, Supernatural, Fantasy, Romance
Episode : 12 + OVA
Sumber : Light Novel (oleh Torii Nagomu)
Studio : Kyoto Animation
Tahun Disiarkan : 2013
Star : 8/10
Fav Character : None


SINOPSIS
Suatu petang, pelajar sekolah menengah tinggi, Kanbara Akihito cuba selamatkan kawan sekolahnya, Kuriyama Mirai daipada terjun dari atas bangunan sekolah. Mirai kemudiannya melompat dan terus menikam Akihito menggunakan pedang yang dibentuk dari darahnya. Lebih mengejutkan, Akihito tak mati dengan tikaman itu. Rupa-rupanya Akihito adalah manusia half-youmu, dan mempunyai badan yang  immortal (tak boleh mati).

Mirai adalah Ikaishi (Spirit World Warrior) iaitu pakar yang melindungi manusia dari dirasuk oleh youmu, dan juga merupakan ahli keluarga pemburu makhluk halus (keluarga yang disumpah) terakhir yang hidup. Walaupun seorang Ikaishi, Mirai sebenarnya takut untuk membunuh youmu kerana insiden masa lepas. Disebabkan itu, Akihito cuba membantu Mirai untuk kembalikan keyakinannya untuk bunuh youmu supaya dia berhenti dari menikam Akihito setiap hari.

First time jumpa dah kena tikam hewhew.

Setting dalam anime ni adalah dunia fantasi di mana youmu dan manusia hidup bersama, tetapi tidak disedari oleh manusia. Youmu adalah sejenis makhluk halus yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang mempunyai kuasa supernatural. Plot KNK pula lebih fokus terhadap hubungan antara Akihito dan Mirai yang dalam perjalanan mencari kebenaran disebalik misteri youmu, dan apa yang perlu mereka lakukan terhadap diri dan dunia itu sendiri.

Siri KNK ni adalah kombinasi antara action, comedy, dan terdapat sedikit elemen shounen dan shoujo, tapi secara keseluruhannya menceritakan kisah cinta, dan bermula dengan baik sekali pada awal episode. Pertemuan pertama kali yang unik dan creepy (tiba-tiba kau kena tikam tak tentu pasal) antara Akihito dan Mirai sebenarnya menjadikan jalan cerita lebih menarik, dan buatkan kita tak sabar untuk lebih tahu jalan cerita seterusnya.

Mirai cuba selamatkan Akihito.

Lebih banyak episode kita tonton, lebih banyak yang kita pelajari mengenai kejadian yang berlaku sebelum episode pertama, dan kenapa benda tersebut tejadi. Selalu kita nampak flashback dalam certain anime, tetapi siri KNK punya flashback tak rasa seperti dipaksa untuk diingat, sebaliknya menonjolkan lagi penceritaannya, lagi-lagi masa part kritikal anime ni. Melalui KNK, Akihito dan Mirai tunjukkan kita macam mana perasaan cinta tu boleh menjadikan kita seorang yang kuat dan boleh buat apa sahaja untuk melindungi orang-orang yang kita sayang.

Uniknya cerita ni adalah ianya mempunyai ciri-ciri MMORPG (permainan video). Bila Ikaishi berjaya membunuh youmu, ianya akan bertukar ,menjadi batu yang ada kristal. Then batu tu akan dibawa kepada appraisal untuk tetapkan harga dan dijual untuk dapatkan keuntungan hasil buruan. Semakin agresif youmu, semakin mahal batu yang diperolehi. Dalam KNK, appraisal untuk batu youmu ni juga adalah youmu yang menyamar sebagai manusia.

Akihito kena usik dengan Hiromi XD.

Selain itu, elemen komedi yang diterapkan berjaya menaikkan lagi seri perjalanan cerita siri ni. Sebab kenapa aku boleh habiskan anime ni dalam 1 hari je, dan tak berganjak langsung dari computer (selain solat, makan, mandi dan pergi toilet) adalah babak kelakar yang dipaparkan. Lagi-lagi bila Mirai yang kelam-kabut dan si miang Akihito bersembang. Ada je ayat yang buat aku ketawa. Duo antara Akihito dan Nase Hiromi pun tak kering gusi, sebab Hiromi suka sangat buli Akihito. Dan juga bila Nase Mitsuki perli sifat obses Akihito terhadap gadis bercermin mata.

Lagi yang best adalah episode filler. Okay, selalu kalau tengok filler anime bersiri, kebanyakannya macam bosan, seolah-olah dipaksa buat untuk panjangkan lagi tempoh siaran anime. Tapi untuk filler KNK, aku bagi full mark sebab sebab asyik buat aku gelak tak henti dari mula sampai habis. Ada yang kata, macam tak ada fungsi selitkan filler dalam anime ni, tapi bagi aku ianya memadai kalau boleh undang gelak tawa penonton. Kan? Sep sikit siapa setuju. Hihi.

Group KNK. Bunyi macam nama supermarket pula, haha.

Walaupun anime ni best, tapi ianya bukan sempurna. Sebab ada lompong sana-sini. Banyak misteri yang tak terjawab. Contohnya mengenai tindak-tanduk Fujima Miroku yang macam ada udang disebalik batu. Siapa dia sebenarnya, dia bertindak atas arahan siapa, dan apa tujuan dia lakukan semua tu? Semuanya tak diberi pencerahan pun. No explanation.

Begitu juga dengan mak Akihito. Masa last episode tu, mak dia sampaikan berita yang Mirai still hidup. Tapi lebih mengejutkan maknya boleh tahu keadaan Mirai dalam dunia lagi satu, dan dia create another version of Akihito. How does she know about it? Dan siapa Kanbara Yayoi yang sebenarnya? Dan juga macam mana Mirai yang sepatutnya dah mati hidup semula? Too much hole.


WATAK

Watak Utama

Watak dalam anime ni tertumpu pada ahli Kelab Kesusasteraan yang terdiri daripada Ikaishi dan half-youmu. Walaupun nampak macam rapat dan mesra, tetapi hubungan mereka sebenarnya lebih kepada “pemerhati” dan juga “yang diperhati”. Keluarga Nase, sebuah keluarga Ikaishi yang terkenal mengarahkan Mitsuke dan Hiromi untuk memerhati tingkah-laku Akihito supaya dia tidak berubah menjadi youmu dan mengganas. Bila Akihito jadi youmu, dia hilang pertimbangan dan tak kenal pun orang sekelilingnya. Akihito ni ada kebolehan untuk sembuh dengan cepat dari sebarang luka, tapi still merasa sakit.

Dalam kehidupan normalnya, Akihito sangat tertarik dengan perempuan yang bercermin mata. Bagi aku, fetish dia terhadap perempuan bercermin mata tak adalah begitu creepy, sebab aku still masih boleh terima watak dia yang sebegitu. Dia cuma suka tengok, suka puji dan suka bercakap mengenainya. Tak ada sampai tahap stalk perempuan bercermin mata. Tapi tak tahulah kalu dia ni jenis level otaku, sebab dia ada koleksi gambar Mirai masa kerja as part-time sebagai model gambar. Walaupun Mirai rasa creepy, aku tetap tak rasa gitu, hewhew. Normal lah, budak lelaki kan. XD

Akihito in youmu form.

Akihito tak akan berubah menjadi youmu kalau tubuhnya sihat walafiat. Tapi kalau tubuhnya lemah, lagi-lagi dah nazak, atau masa musim The Calm (musim di mana youmu menjadi lemah), serta-merta youmu dalam badannya akan ambil alih. Badan Akihito akan berubah sedikit menjadi menakutkan. Bila dalam bentuk youmu, Akihito akan jadi sangat kuat, malah mampu untuk pecahkan sangkar dan dinding supernatural, dan musnahkan landskap sekelilingnya. Pernah dulu lepas tersedar dari rasukan youmu, Akihito terkejut dan menjadi murung sebab secara tak sengaja hampir-hampir membunuh Hiromi.

Kali kedua jadi youmu, Mirai yang selamatkan Akihito dengan memeluknya masa baju Mirai penuh dengan darah. Darah Mirai bukan je boleh mengeras jadi pedang, tapi juga mempunyai asid yang tinggi, yang merupakan racun kepada youmu. Skill dia masa bertarung pun sangat hebat dan mantap. Tapi masa melakukan aktiviti harian yang normal, Mirai menjadi seorang yang kelam-kabut dan penakut. Dia tak pernah ada kawan lepas insiden dengan Hollow Shadow masa lalu, sebab takut jadi benda yang sama. So Mirai jadi janggal untuk bersembang dengan orang lain. Dia juga jenis susah nak sorok emosi dia, lagi-lagi bila dia bersalah buat sesuatu.

Karakter Mirai ni seorang yang introvert, suka buat benda berseorangan sebab trauma dengan kisah lepas. Tapi berubah sikit lepas jumpa Akihito dan Ikaishi yang lain. Aku suka dengan Mirai ni sebab dia comel sangat, lagi-lagi bila pakai spec, dengan gaya rambut potongan bob pula tu. Nak dekat akhir cerita, terbongkarlah yang sebenarnya Mirai ni diarahkan oleh Nase Izumi (kakak Hiromi dan Mitsuki) untuk bunuh youmu yang ada dalam badan Akihito. Sedih masa tengok part ni, lebih lagi kita pun turut terkesan dengan emosi dan tangisan Mirai yang dalam terpaksa menikam Akihito. :’(

Mitsuki kena buli dengan Akihito dan Hiromo.

Untuk Hiromi dan Mitsuki pula, wataknya tak banyak pengembangan, tapi di design dengan baik sekali. Watak mereka melengkapkan jalan cerita sebagai kawan yang juga “pemerhati” kepada Akihito. Nampak je diorang ni macam buat tak tahu dengan nasib Akihito, tapi sebenarnya diorang sangat caring dengan Akihito. Yela, diorang tak ada kawan lain dan rapat dengan Akihito semata-mata, mesti ada punya perasaan sayang tu walaupun sikit. Watak Ayaka dan Ai sebagai youmu bertopengkan manusia pun memberi impak yang tersendiri.

Pada mulanya aku sangat tak suka dengan Izumi sebab dia ni bagi vibe negative je sepanjang aku tengok anime ni. Aku rasa macam dia ni antagonist dalam diam, (=.=).   Tapi sebaliknya, apa yang dia buat semuanya adalah untuk lindungi kawasan yang dijaga keluarga Nase, dan juga untuk selamatkan Akihito daripada Fujima. Fujima ni pun watak yang creepy. Tengok sikap pun dah tahu. Dia nak sangat Akihito, tapi aku pun tak tahu kenapa, misteri ni tak berjawab pun. Miroku ni  pegawai penyiasatan daripada Spirit World Warriors’ Observation Department, tapi surrender badannya pada youmu.

Fujima vs Izumi


Overall, characters design sangat baik. Watak-watak sampingan yang ada dalam KNK ni semuanya menonjol dan tak tenggelam dengan watak utama. Malah boleh jadi sama level, dan kita sebagai penonton boleh cam semua watak walapun tak ingat nama. Macam aku. Haha. Tak semua watak ada dalam novel. Ada beberapa watak yang hanya muncul dalam anime seperti Shindo Ai (adik Shindo Ayaka) dan Inami Sakura (adik Inami Yui).


ANIMASI
Selalunya bila bercakap mengenai Kyoto Animation (KyoAni), mesti akan teringat-ingat anime comel macam K-ON!, Clannad dan Tamako Market, dan benda paling popular penonton discuss adalah mengenai characters design yang hampir sama dengan setiap anime. Tapi kan, entah kenapa bila aku tonton KNK ni, aku langsung tak sedar ni KyoAni punya production (aku selalunya malas nak ambil tahu studio mana yang produce sesebuah anime, XD). Characters design memang lebih kurang, tapi mungkin sebab background dan setting dia yang nampak lain dari yang lain. And then, babak aksi pun clear dan smooth je. Warna dia pun vibrant, walaupun background waktu malam, still boleh nampak dan tonton anime dengan tenang tanpa kecikkan mata sebab nampak dengan jelas apa dorang buat, haha. Certain anime, bila waktu malam, gelap betul. Tau lah malam, tapi aku tak nampak kot apa watak tu buat malam-malam buta. Haih. Sakit mata. Hewhew.


MUSIC

OPENING
ENDING
Chihara Minori - Kyoukai no Kanata
STEREO DIVE FOUNDATION - Daisy

Lagu opening KNK adalah salah satu lagu kegemaran aku. Mula-mula dengar, rasa suara penyanyinya unik sangat, bersatu dengan baik dengan melodi dan muzik. Melodi lagu ni memang buat terngiang-ngiang je kat telinga, dan tak susah untuk dinyanyikan balik oleh amateur macam aku. Dan secara tak sengaja aku pun jatuh cinta dengan melodi lagu ending dia yang bersahaja. Sekali dengar je tau. Selalu susah aku nak hadam lagu jenis macam tu. XD


KESIMPULAN
Aku recommend sangat siri ni kat korang. Tengoklah, tengoklah. Korang tak akan jumpa watak K-ON! punya dalam ni. Walaupun ada sedikit kelemahan dalam jalan cerita, tapi sebab animation dia sangat best, kelemahan tu kita boleh lupakan. Hikhik. Dan tentu korang pun akan jatuh hati dengan duo Akihito dan Hiromi, percayalah. Bukan sebab diorang handsome, tapi sebab perangai fetish diorang. Haha. So overall aku bagi 8/10 bintang.


-End the written while listened to : STONES – Iroasenai ano Sora e [OVA Prince of Tennis (Another Story) – Ending]-


Jumpa lagi! :D


No comments: