AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, November 20, 2016

[Review: Anime] Yuuki Yuuna wa Yuusha de Aru (Yuuki Yuuna is a Hero)


Hi! Okay, those yang minat sangat dengan magical girl mungkin akan meminati juga anime Yuuki Yuuna wa Yuusha de Aru (Yuuki Yuuna is a Hero) ni. Aku bukannya berapa minat sangat pun dengan genre mahou shoujo ni, tapi still boleh layan lagi. Biasalah kalau mahou shoujo ni watak-wataknya semua perempuan dan mempunyai kuasa dengan tujuan untuk selamatkan bumi daripada orang jahat. Tapi, Yuuki Yuuna ni bukanlah typical mahou shoujo sebab twist plot yang dipamerkan sangat menarik. Selalunya genre mahou shoujo ni ceria je kan penceritaan dia, tapi tak bagi siri ni. Sebab penceritaannya makin lama  makin tunjukkan darker side dan plot tragis dalam ni.

 
Genre : Mahou Shoujo, Supernatural
Episode : 12
Sumber : Original (ditulis oleh Uezu Makoto)
Studio : Gokumi
Star : 7/10
Fav Character : None


SINOPSIS
Yuuki Yuuna wa Yuusha de Aru (Yuuki Yuuna for short) mengambil tempat dalam sebuah bandar kecil, iaitu Bandar Sanshuu (bandar fiksyen) di kepulauan Shikoku, Jepun. Siri ni berdasarkan kehidupan sebenar di Bandar Kan’onji di wilayah Kanagawa, tetapi mempunyai setting Era Ketuhanan (Divine Era) pada masa depan.

Yuuna and Togo masa memula kena rekrut.

Yuuki Yuuna ni pada mulanya mengisahkan Kelab Hero yang ditubuhkan oleh Inubozaki Fuu di Sekolah Menengah Sanshuu dengan tujuan untuk menolong mereka yang memerlukan. Fuu yang merupakan presiden kelab mengrekrut ahli lain iaitu adiknya sendiri Inubozaki Itsuki, Yuuki Yuuna dan Togo Mimori. Mereka berempat kemudiannya melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk membantu masyarakat setempat dan build a sense of duty untuk bantu orang lain.

Satu hari, ketika menjalani kehidupan normal, semua ahli Kelab Hero di pindahkan ke dalam dimensi lain dan bertemu dengan raksasa aneh dikenali sebagai Vertex. Vertex ni wujud dengan tujuan untuk musnahkan Shinju (Divine Tree), Dewa yang melindungi dan merahmati umat manusia. Fuu kemudiannya mendedahkan dia adalah sebahagian dari Taisha, organisasi yang melindungi Shinju, dan mereka yang lain adalah sekumpulan gadis terpilih untuk berlawan dengan Vertex dan melindungi Shinju. Dengan menggunakan  aplikasi telefon yang dibekalkan oleh Taisha, Yuuna dan kawan-kawannya bertukar menjadi “heroes” dan gunakan kuasa magik untuk dunia daripada musnah.

Dalam hutan aneh

Selang beberapa minggu (or month? Aku pun tak berapa nak ingatlah. Ehehehe) kemudian, seorang pelajar bernama Miyoshi Karin berpindah ke Sekolah Menengah Sanshuu sebagai Hero berpengalaman yang ditugaskan untuk supervise dan memerhati Kelab Hero. Pada mulanya Karin merupakan seorang yang sombong dan mempunyai ego yang tinggi. Tetapi berbekalkan semangat tinggi, Yuuna tak putus-putus ajak Karin untuk join Kelab Hero. Karin akhirnya mengalah dan join juga kelab tersebut. Karin juga bergabung tenaga dan kuasa bersama empat Hero yang lain untuk menentang Vertex.


WATAK

Watak Utama

Bagi aku, design characters sangat menarik. Fighting form pun nampak cantik dan selesa untuk dipakai masa bertarung. Senjata yang digunakan biasa je sebab memang selalu nampak senjata macam pedang besar, sniper rifle, double katana dan arm fist. Tapi senjata yang digunakan Itsuki berbeza dan nampak unik. Ianya seakan-akan gelung yang mengeluarkan wayar halus yang digunakan untuk lumpuhkan pergerakan Vertex.

Kelab Hero dan senjata masing-masing.

Setiap Hero dibekalkan dengan system fairies dan mankai. Fairies ni adalah familiar yang diberi oleh Taisha untuk mengawasi pergerakan Hero, juga sebagai kuasa tambahan untuk power up masa bertarung. Satu lagi fungsi fairies ni adalah untuk menghalang Hero daripada buat sesuatu yang reckless dan mati. Cubalah buat apa je untuk bunuh diri, tikam badan, kelar leher, minum racun, terjun bangunan ke, semua tindakan tersebut akan dihalang oleh fairies. Nampak je kecil, kan.

Gyuuki ngapp familiar karin XD

System mankai pula adalah system yang mana bila Hero dah habis gunakan semua kuasanya, mankai akan digunakan. Kuasa Hero akan jadi double dan mampu untuk kalahkan Vertex berseorangan. Tapi, kelemahan system ni, sekali guna, akan kehilangan salah satu fungsi anggota badan. Macam Yuuna, yang first time guna mankai, hilang deria rasa. Kali kedua pakai, hilang fungsi berjalan dan bila dah guna berkali-kali akhirnya jadi koma.

Dalam anime ni, aku suka dengan Yuuna. Dia cantik, seorang yang sentiasa berfikiran positif, dan tak mudah mengalah. Respect sangat yang dia sanggup berkorban untuk kawannya dan untuk melindungi dunia so that dia dan kawan-kawannya dapat bersama sampai bila-bila. Comel sangat bila dia penat terpaksa layan Gyuuki, familiar dia sebab Gyuuki ni nakal sikit. Suka suka hati je nak keluar dari aplikasi kacau orang lain, kacau familiar lain. Yang tak boleh blah, dia boleh makan familiar Karin sebab lapar sangat. Hahahahaha.


ANIMASI
Anime Yuuki Yuuna ni banyak bertemakan bunga. Setiap kali nak transform je mesti kelopak bunga berterbangan sana sini which is so artistic and beautiful. Warnanya meriah dan menarik hati. Babak pertarungan pun cantik dan solid,meyakinkan dan nampak bertenaga. Kesan khas CG untuk musuh tak nampak disturbing sangat since anime ni tak focus sangat terhadap Vertex. It’s blending well. Studio Gokumi berjaya menghasilkan animasi yang impressive. Well done!


SEIYUU
Aku tak tahu kenapa, tapi suara yang dipinjamkan untuk watak dalam anime ni tak meninggalkan kesan kat aku, dan tak tertarik untuk tahu langsung mengenai seiyuunya. Well, suara yang dipinjamkan oleh Terui haruka untuk Yuuna memang comel, tapi suara untuk Karin pula bagi aku macam terlalu nyaring.


MUZIK
Opening : Sanshuu Chuugaku Yuushabu – Hoshi to Hana
Ending : Sanshuu Chuugaku Yuushabu – Aurora Days
Ending Ep. 4 & 9 : Inori no Uta – Kurosawa Tomoyo

Tak banyak nak ulas pasal muzik dia, semuanya ok, catchy, sedap didengar but not in my list. Tak banyak beza pun antara opening and ending sebab both dinyanyikan oleh orang-orang yang sama.


KESIMPULAN
Cerita ni pada permulaannya nampak biasa dengan babak ceria, lighthearted dan cerita kehidupan harian. Tapi dengan jalan cerita yang tragis dan penuh twist plot, ditambah darker side menambahkan lagi rencah dalam siri ni, dan tidak membosankan aku. Lagi-lagi part bertarung dengan Vertex tu. Tapi pada satu tahap, aku rasa macam bosan dengan watak, lagi-lagi dengan Karin. Emosi yang cuba ditonjolkan pun tak terkesan kat aku. Selalu kalau babak sedih, mesti aku pun menangis juga. Hahaha. Tapi sebab animation dia best dan cantik, aku up lagi bintang dia. ;)  Overall, it’s not a waste anime, dan bukan juga anime yang terbaik, sebab for me, jalan penceritaan dia boleh jadi lebih baik dari yang ni. 7 out of 10. Sekarang aku up kan 5 star jadi 10 star. Sebab 5 tu macam sikit je. Hewhew.


-End the written while listened to : Cherry Blossom – Dive to World [Kateikyoushi itman Reborn – Op 3]-


Jumpa lagi! Grrrrrrr!!!~


No comments: