AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Friday, December 9, 2016

[Review: Anime Movie] Detective Conan The Movie 20: The Darkest Nightmare


Setiap tahun aku memang selalu tunggu filem Detective Conan (DC), sebab semua filem yang ditulis oleh Aoyama-sensei memang terbaik, lagi-lagi dari segi penyiasatan. Cuma kadang tu adalah juga babak yang agak boring sikit kan masa tengok filem-filem terdahulu. Tapi tapi tapi, filem yang ke 20 ni memang sangat terbaik dan kat Jepun sendiri berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam franchise DC, iaitu 6.102 billion Yen, dan mengalahkan rekod filem yang ke 19, Sunflowers of Inferno. The Darkest Nightmare ni pun baru je ditayangkan April lalu. Filem ni juga adalah filem ketiga yang melibatkan Black Organization. Excited hakak masa tonton filem ni tau. Hiks! >_<

Genre : Shounen, Mystery, Action
Episode : 1
Sumber : Original (oleh Aoyama Gosho)
Studio : TMS Entertainment
Tahun Disiarkan : 2016
Star : 9/10
Fav Character : Edogawa Conan, Akai Shuichi & Furuya Rei


SINOPSIS
The Darkest Nightmare berkisarkan tentang seorang gadis yang ditemui oleh Edogawa Conan dan Detective Boys di Touto Aquarium yang mempunyai amnesia. Identity sebenar gadis tersebut adalah Curacao, salah seorang ahli Black Organization yang pakar dalam bidang pengumpulan maklumat. Sebelum mengalami amnesia, Curacao menyamar sebagai agent dan menyelinap masuk ke pejabat NPA Security Bureau untuk curi data rahsia. Selepas berjaya mencuri maklumat mengenai NOC (Non-official Cover) yang ada dalam Black Organization, Curacao bagaimanapun cuba ditangkap oleh Kazami Yuya dan Furuya Rei (Amuro Tooru/Bourbon) tapi terlepas.

Furuya kemudiannya disertai oleh Akai Shuichi cuba mengejar Curacao dengan kereta masing-masing di Rainbow Bridge. Adegan kejar-mengejar berakhir apabila Akai menembak tayar kereta dipandu oleh Curacao dan menyebabkan kereta tersebut terbabas dan jatuh dari jambatan. Fuhhh! Permulaan cerita ni pun dah buat aku berdebar-debar and exited so much! Adegan kejar-mengejar ni memang wajib ada dalam filem DC. Tapi yang kali ni punya scene memang menarik gila! Masa Curacao cuba nak lepaskan diri dari balai polis dengan terjun dari bangunan, cara dia terjun, dan martial art yang ditunjukkan pun memang tiptop.

The beginning.

Esoknya, Curacao dijumpai oleh Detective Boys dan Profesor Agasa.  Apa yang Conan temui pada Curacao adalah telefon bimbit yang telah rosak dan transparent cards berwarna. Conan ambil gambar Curacao untuk diberikan pada pihak polis untuk mencari keluarga atau pihak yang mengenali Curacao. Telefon bimbitnya pula diberikan kepada Profesor Agasa untuk recover data. Detective Boys kemudian decide untuk bantu Curacao memulihkan ingatannya kembali dengan membawa jalan sekitar Touto Aquarium. Masa on the way nak naik ferris wheel, Genta tak sengaja jatuh, dan Curacao selamatkan Genta dan jatuh bersama ke bawah, tapi kedua-duanya tak cedera. Aku ulang dua kali scene dia selamatkan Genta tu sebab tak puas! Hihihiii. Masa tu Haibara dah syak something tak kena dengan Curacao. Pada mulanya, Haibara dan Conan buat hipotesis yang Curacao tu Rum, second big boss dalam Black Organization berdasarkan ciri-ciri yang ada pada Curacao.

Masa kena kejar dengan Furuya dan Akai, Curacao berjaya hantar nama spy yang menyelinap dalam organisasi pada Rum, iaitu Stout, Aquavit dan Riesling yang mana ketiga-tiga mereka dibunuh oleh Korn, Chianti dan Gin. Tapi rupa-rupanya nama Kir (Hondou Hidemi) dan Bourbon (Furuya) pun ada dalam mesej tersebut, cuma info tersebut tak ada bukti kukuh. Tapi biasalah Gin, dia tetap nak juga bunuh diorang ni walaupun tak ada bukti. Masa Kir cuba nak lepaskan diri dari gari guna pin rambut, Gin tembak bahu Kir. Dan sebelum Gin sempat nak tembak both of spies, satu tembakan dilepaskan pada lampu gantung yang jatuh hempap lampu bawah dan sebabkan tempat jadi gelap gelita. Then tetiba ada orang buka pintu, bila toleh pada spies, Bourbon dan tak ada dekat situ, just Kir sahaja yang tinggal. Masa ni memang berdebar habis, sampai aku wish, minta-minta ada lah yang selamatkan diorang. Haha, menghayati cerita betul aku ni.  XD

Dalam ferris wheel. Besar betul ferris wheel nye.

Lepas kejadian Genta jatuh dari tempat tinggi, Conan tak bagi Detective Boys pergi mana-mana dan minta Profesor Agasa perhatikan diorang dan Curacao. Tapi sebab Profesor Agasa leka dengan burung merpati (blerrrrghhh, sabar jelah dengan orang tua ni..haha), diorang hilang sekelip mata. Rupa-rupanya diorang pergi balik kat ferris wheel tadi sebab nak tunjukkan scenary yang cantik pada Curacao. Bila sampai bahagian atas, dan Curacao padang luar and nampak lampu warna-warni, kepalany mula sakit dan meracau pelik-pelik, dan sebut nama-nama spies tadi. Nama-nama tu sempat ditulis oleh Mitsuhiko. Sebab takut sangat, Ayumi call Conan untuk dapatkan bantuan. After that, Curacao dibawa ke pusat kesihatan, dan seterusnya dipindahkan ke hospital polis berdekatan untuk tujuan penyiasatan.

Masa kat hospital, Curacao diserahkan pada Public Security Bureau (PBS) untuk kes pencurian data rahsia pihak polis. PBS pula bawa Curacao ke Touto Aquarium balik untuk naik ferris wheel balik, supaya ingatannya pulih, senang nak jalankan siasatan nanti. Kebetulan, Genta, Ayumi dan Mitsuhiko pun naik sama tapi dalam kotak ferris yang berlainan. Dalam masa yang sama, Black Organization dah letak bom dekat mesin kereta kabel tu dengan tujuan untuk bunuh Curacao. Conan sedar dan nak minta tolong Akai untuk matikan bom, tapi Akai tengah bertumbuk dengan Furuya kat atas wheel tu. Alahai. Macam tak ada tempat lain nak bergaduh dua orang ni. Aku yang tengok pun gayat. Hewhew.

Babak terakhir dalam filem.

Then bila both of them sedar yang Conan minta tolong, diorang stop gaduh dan bekerjasama untuk hentikan rancangan Gin. Meanwhile, Curacao yang pulih ingatan terus call Vermouth. Tapi Curacao tahu yang diorang akan bunuh dia masa dalam box tu, then dia keluar untuk selamatkan diri. Start dari sini, babak jadi lebih menarik dengan adegan tembak-menembak, dan bagaimana Conan bersama Akai dan Furuya dan juga Curacao selamatkan penumpang dalam ferris wheel. Aku nangis weh part Curacao nak selamatkan Detective Boys tu. Sedih sangat, sebab tetiba dia nampak baik dan innocent je. Yang paling sedih, dia tak dapat jumpa pun budak-budak tu sebab dah mati terbakar dalam crane. Ni nak nangis rasa bila ingat balik. T_T



WATAK

Curacao @ Onee-chan yang baik, XD

Watak utama untuk filem DC kali ni yang pertamanya dah tentulah si comel Conan dan Detective Boys. Biasalah Conan always look stunning, cool dan comel sangat dalam ni (sorry I’m a bit bias this time, XD). Okay, The Darkest Nightmare ni tampilkan Detective Boys sebagai peranan utama dalam jalan. Macam mana kanak-kanak dapat tawan hati Curacao untuk buat baik, yang mana sebelum tu selalu buat kerja jahat untuk Black Organization. Watak Curacao pun menonjol walaupun dia hilang ingatan pada mulanya, tapi sebab her body still ingat martial art, mata aku tak lepas dari pandang dia.

Kyaaaaaaa~ comel!!! XDDDD

Conan pun tak kurang hebat dengan deduction dia dan menggunakan gajet dengan semaksimum mungkin. Kecomelan dia buat aku rasa “kyaaaaaaa~” je sepanjang menonton. Haha. Another character yang buat aku “kyaaaaaaa~” adalah Akai Shuichi! Weh, cool gila tau masa dia sambut tangan Conan tu. Dia memang lah tak secomel Conan dan sekacak Furuya, but Akai ada aura tersendiri yang mampu tarik minat penonton. Tak habis “kyaaaaa~” lagi ni, XD. Maaflah, hakak kalau dah excited memang gini ler. Hikhik. Tak kurang juga Furuya. Tapi Furuya dalam ni nampak sangat sifat tak sabar dia tu, dan masih lagi berdendam dengan Akai. Permulaan cerita pun dia dah nampak sangat marah dengan Akai. Tapi one thing yang aku suka sangat dengan Furuya is, dia sanggup ketepikan masalah dia dengan Akai, dan terus tolong Conan yang dalam masalah.

Akai & Furuya

Selain tu, watak ahli Black Organization juga menonjol sikit, lagi-lagi watak Chianti. Cara gelak dia pun dah buat aku rasa nak hempuk je kepala dia dengan senduk. Korn pula nampak macam lurus sengal-sengal sikit, which is for me rasa macam kelakar je.  Aku pun tak tahu kenapa, haha. Gin macam biasa, penuh denga muka kejam. Vodka dan Vermouth pula tak berapa mainkan sangat peranan aktif dalam ni. Just sebagai pembantu Gin I guess. They even showed us Stout, Aquavit and Riesling, tapi aku rasa tak ada pun tak apa. Sebab watak diorang ni just one shot je. Yang berulang-ulang hanyalah nama mereka. Kir pun kalau tak ada dalam movie, it is okay. Tak mengganggu pun jalan cerita.

There’s too much pointless characters in The Darkest Nightmare. But because it is DC and it is about Black Organization, watak-watak tersebut kena letak juga just as penambah seri dan watak wajib ada. Sebenarnya aku nak tengok more martial art from Ran dalam filem ni, but watak Ran memang tak buat apa langsung dalam ni. Just thinking about Shinichi, Shinichi, and Shinichi. Yang Sonoko pula jadi batu api, and cakap yang Shinichi maybe datang aquarium tu dengan perempuan lain. What the?? Tapi memang aku tak berapa berkenan sangat pun dengan watak Sonoko ni walaupun dalam tv series, hewhew.


ANIMASI
TMS Production berjaya menghasilkan animasi tulisan Aoyama-sensei dengan baik sekali. Lagi-lagi babak action, kejar-mengejar, tembak-menembak semua tu. Ada nampak juga beberapa movement yang tak berapa nak smooth untuk babak aksi, but I’m okay with that. Angle yang dipaparkan dari pelbagai sudut dan perspektif pun sangat menarik, dan tak nampak serabut.

Another screenshots


MUSIC

THEME
B’z – Sekai wa Anata no Iron ni Naru

Masa aku dengar lagu tema The Darkest Nightmare ni, aku fikir-fikir macam aku pernah dengar lagu ni tau. Bila diingat-ingat balik, dan mainkan beberapa episode DC, baru dapat tahu, ianya adalah lagu opening DC yang ke 43 dan yang terbaru. Dalam banyak-banyak lagu B’z yang dijadikan opening atau lagu tema, lagu yang ni la yang aku rasa paling sesuai dengan DC. Yang lain macam kurang sikit. Hewhew. Lagu ni sesuai dengan tema mengenai Black Organization sebab melodi dan muziknya macam agak dark sikit kalau dengar kan? Ke aku je yang rasa camtu? Haha~!


KESIMPULAN
Kalau korang rasa filem-filem DC yang dulu sangat best dan gempak, better korang tengok the latest movie ni dulu. Then, baru korang timbang balik which movie sparks your interest more. Movie kali ni sangat impressive dengan animation yang gempak dan cantik, dan jalan cerita yang sangat menarik, serta watak-watak yang sangat ditunggu-tunggu kemunculannya either in tv series or movie. 9 out of 10. Enjoy this guys! Tak menyesal punya. XD


-End the written while listened to : Naifu – Myterious [Detective Conan – Opening 24]-


"Jaa na~" say Gin.


No comments: