AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, January 17, 2017

[Review: Anime] DRAMAtical Murder


Hello guys! Okay, Dramatical Murder ni aku tengok week by week. Aku tertarik nak tengok siri ni disebabkan oleh sinopsisnya. Kiranya lama juga lah kan aku dah habis tengok anime ni, dua tahun dah, huhu. Banyak lagi tau sebenarnya anime nak review ni. Cuma tang masa tu je yang tak banyak, and tang rajin susah sangat nak datang, XD. Dramatical Murder adalah anime yang diadaptasi daripada video game. Tapi, rasanya tak payahlah korang nak main game ni. *Sigh*  Seriously tak payah, sebab video game ni mengenai s** between male. Eeewww. Mujurlah anime tak ada langsung babak-babak macam tu, phewwww.

Genre : Sci-Fi, Drama, Psychological
Episode : 12
Sumber : Video Game
Studio : NAZ
Tahun Disiarkan : 2014
Star : 5/10
Fav Character : None


CERITA
Dramatical Murder memgambil tempat di sebuah pulau fiksyen di Midorima, Jepun pada masa hadapan. Pulau tersebut telah dibeli oleh syarikat gergasi Toue Konzern, dan telah diubah menjadi sebuah resort dipanggil Platinum Jail. Penduduk asal pulau tersebut pula dipaksa untuk tinggal di Old Residential District. Protagonist siri ini, Seragaki Aoba tinggal di pulau dan bekerja di kedai yang diberi nama Heibon (Junk Shop Mediocrity), dan mengharapkan kehidupan yang sederhana dan ringkas. Walau bagaimana pun, selepas dipaksa untuk main popular cyber game, Rhyme, kehidupan aman Aoba berakhir.

First impression aku terhadap Dramatical Murder ialah ianya mempunyai BANYAK babak aksi yang best. But I’m wrong, wuwuwu (T_T).  Tipah tertipu tau. Memang ada babak aksi, tapi tak banyak yang buat aku enjoy. Ada juga selingan komedi, tapi tak mampu buat aku ketawa pun. Anime ni lebih kepada genre drama, sebab kebanyakan masa serius je. Jadi mostly masa tengok ni rasa bosan. Gigih betul aku tengok anime ni tiap minggu, hahaha.


WATAK

Watak Utama

Visual watak memang menarik hati aku. Ni pun salah satu lah kenapa aku  berminat nak tengok Dramatical Murder, XD. Walaupun watak semua hot dan kacak belaka, tak ada seorang pun yang jadi favorite aku. Betullah orang tua-tua kata, muka kacak, tapi perangai tak menarik, buat apa nak minat kan? Hewhew. Aku tak berapa suka watak Aoba, sebab dia terlalu bergantung pada Koujaku. Nampak manja pula tu. Lelaki begini bukan pilihan hati aku, XD. Koujaku pula terlalu melindungi Aoba, begitu juga Clear. Watak yang lain, no comment.


ANIMASI
Animasi untuk Dramatical Murder ni patut dipuji, sebab penyampaiannya sangat cantik. Tapi ada certain part aku tengok macam terlebih-lebih pula. Dan babak aksi pun membosankan. Blerghhh.

Babak ketika Aoba bermain Rhyme.


MUSIC
OPENING
ENDING
“SLIP ON THE PUMPS” by GOATBED
“BOWIE KNIFE” by GOTBED

Masa aku mula-mula dengar lagu opening anime ni, aku rasa macam, “lagu apa aku dengar ni weh??” Hahaha, memang tak ada feeling betul lagu tu. Bak kata bapa aku, lagu apa-apa entah, XD. Then start episode dua dan seterusnya, aku skip je part opening. Ending pula, aku rasa instrumental je kot. Sebab tak dengar suara orang pun. Tak tahulah kalau dia sorokkan suara disebalik melodi kan, haha. Tapi ending pun boring. Mengantuk aku dengar.


KESIMPULAN
Overall, Dramatical Murder tak seperti yang aku harapkan. Jalan cerita tak berapa menarik, banyak babak membosankan, watak yang tak tahu komedi (hahaha). And yes, menyesal sangat tengok Dramatical Murder ni. Rugi download. Hurm, gigih juga aku habiskan anime ni kan? XD.


-End the written while listened to : Ailee - Singing Got Better-


Belanja sikit gambar Clear without mask, XD.


No comments: