AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, January 12, 2017

[Review: Anime] Natsume Yuujinchou Series (Season 1-5)


Aku terminat nak tengok siri Natsume Yuujinchou ni sebab macam best je sinopsisnya. Aku decide nak tonton semua season baru buat review. Actually, siri ni nak terbitkan season 6 pula tahun ni, tapi lama sangat aku nak tunggu season 6 tu kan. Tu yang aku terus buat je review sampai season 5. Kalau tak nanti aku lupa terus nak buat. Hewhew.

Genre : Supernatural, Drama, Mystery, Comedy
Episode : 13 (Season 1), 13 (Season 2), 13 (Season 3), 13 (Season 4), 11 (Season 5)
Sumber : Komik (oleh Midorikawa Yuki)
Studio : Brain’s Base (Season 1-4), Shuka (Season 5)
Tahun Disiarkan : 2008, 2009, 2011, 2012, 2016
Star : 8/10
Fav Character : Natsume Takashi, Madara/Nyanko-sensei, Natori Shuuichi


CERITA
Natsume Yuujinchou (Natsume’s Book of Friends in English) mengisahkan tentang Natsume Takashi, seorang remaja lelaki yang mewarisi kebolehan neneknya, Natsume Reiko untuk melihat youkai (makhluk halus). Disebabkan kebolehan itu, Natsume selalu diusik oleh youkai di sekelilingnya, dan menyebabkan orang lain beranggapan yang dia ni pelik dan suka minta perhatian. Natsume ni seorang yatim piatu, dan dari zaman kanak-kanak sehingga remaja, dia dibela oleh saudara-mara sebelah bapanya secara berganti-ganti.

Natsume tak duduk lama dengan keluarga saudaranya disebabkan dia selalu tiba-tiba menjerit atau melarikan diri. Itu semua sebab dia nampak makhluk halus yang menakutkan. Namun begitu, Fujiwara Shigeru dan Fujiwara Touko yang baik dengan rela hati ingin menjaga dan membesarkan Natsume seperti anak mereka sendiri disebabkan mereka tidak mempunyai zuriat. Pasangan Fujiwara ni saudara jauh bapa Natsume. Jadi Natsume pun duduk bersama dengan mereka di pekan kecil yang dipanggil Yatsuhara.

Pasangan Fujiwara Shigeru dan Fujiwara Touko bergambar bersama Natsume.

Nenek Natsume, Reiko mempunyai sebuah buku yang dipanggil The Book of Friends dan mewariskannya kepada Natsume. The Book of Friends ni rupa-rupanya kontrak yang mengandungi nama-nama youkai yang telah dikalahkan oleh Reiko suatu ketika dulu. Akibatnya, Natsume yang dikejar oleh youkai-youkai ni untuk dapatkan nama mereka balik sebab Natsume mempunyai bau yang sama seperti Reiko. Sesetengah youkai nak dapatkan The Book of Friends ni sebab nak menguasai youkai yang lain.

Suatu hari, Natsume dengan tak sengaja terlanggar tali di sebuah kuil ketika menyelamatkan diri daripada youkai. Tali tu pula terputus dan menyebakan youkai yang dikurung dalam kuil tersebut bebas. Tapi yang kelakarnya yang keluar dari tempat kurungan tu adalah patung maneki-neko (lucky cat). Aku pun ingat youkai yang keluar muka ganas, haha. Tapi bentuk sebenar youkai tersebut seperti serigala raksasa berbulu putih dipanggil Madara.

Nyaaaaaaaaaaaw!

Madara juga seperti youkai yang lain, cuba dapatkan The Book of Friends tu secara paksa, tapi kena tumbuk pula dengan Natsume, terus kalah. Macam tak logik je. Kalahkan youkai guna penumbuk, XD. So, Madara buat keputusan jadi bodyguard Natsume sampai Natsume bagi The Book of Friends pada dia. Natsume panggil Madara ni Nyanko-sensei, sebab Madara yang suruh panggil macam tu. Lepas Natsume belajar dengan Madara macam mana nak pulangkan balik nama-nama youkai pada tuan punya badan, Natsume bertekad nak pulangkan balik semua nama youkai dalam buku tersebut.

Hurm, aku nak buat synopsis pendek je. Kenapa jadi sampai lima perenggan ni? Hahahaha. (-.-’)   Okay, first impression aku terhadap anime ni adalah, ianya berunsurkan slice of life yang ditambah elemen supernatural. Tapi rupa-rupanya tak. Jauh menyimpang sama sekali. Adalah sikit genre slice of life tu, tapi ianya lebih kepada supernatural. Cerita ni fokus kepada kebolehan Natsume dan juga kepentingan The Book of Friends. Selain tu, elemen komedi yang ditambah, juga misteri mengenai Reiko yang belum terjawab juga merupakan rencah yang menjadikan plot cerita lebih menarik.

Banyak sangat tau misteri dalam anime ni, dan buatkan kita rasa tak sabar nak tunggu next episode untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi. Konsep anime ni pun santai je, tak ada babak-babak bertarung yang kompleks macam anime genre supernatural yang lain. Memang relaks je masa tonton Natsume Yuujinchou ni. Tapi bila setiap season habis, rasa macam tak puas hati sangat sebab endingnya bukan seperti yang diharapkan. Mungkin sebab setiap season bersambung, so ending pun just dibuat ringkas je lah kot.


WATAK

Sebahagian watak dalam Natsume Yuujinchou.

Watak kegemaran aku dalam siri ni yang pertama dah tentulah teraju utamanya, Natsume Takashi. Natsume ni seperti remaja biasa tetapi mempunyai kebolehan melihat youkai. Apa yang bagusnya mengenai Natsume ni, walaupun sering dilihat sebagi seorang yang pelik dan kononnya selalu timbulkan masalah (semuanya disebabkan youkai), dia tak ada berubah jadi seorang yang ganas atau suka marah-marah. Sebaliknya dia akan jaga keselamatan orang sekeliling yang jaganya supaya tak kena kacau dengan youkai. Lagi-lagi bila dia tinggal dengan Shigeru dan Touko. Memang dia pastikan yang youkai langsung tak sentuh mereka berdua, sebab untuk pertama kalinya dia rasa dia ada orang yang dia sayang dan dia perlu lindungi mereka.

Selain pasangan Fujiwara, Natsume juga perlu lindungi kawan-kawannya daripada youkai. Shigeru, Touko dan kebanyakan kawan baiknya tak tahu mengenai kebolehan dia ni, kecuali dua orang kawan sekolahnya, Tanuma Kaname dan Taki Touru. Actually kedua-dua mereka sebenarnya tahu dan percaya dengan dunia youkai. Tanuma dapat rasakan kehadiran youkai dan dapat lihat bayang-bayang youkai je. Kadang-kadang Tanuma jatuh sakit disebabkan mereka. Taki pula tak ada langsung kebolehan melihat tetapi tahu cara untuk melihat youkai yang dia belajar daripada datuknya.

Nyanko-sensei dan the kacak, Natori Shuuichi. XD

Another favorite character aku adalah Madara/Nyanko-sensei dan Natori Shuuichi. Selain Nyanko-sensei, Madara mempunyai nickname lain seperti Nyangoro dan Ponta oleh watak lain. Walaupun Nyanko-sensei kadang-kala sangat annoying dan buat aku geram je dengan sikap dia, tapi aku suka sangat tengok memek muka dia masa marah dan terkejut. Comel kot, hahaha. Lagi satu, aku suka sangat bila dia berubah kepada bentuk sebenar, walaupun besar dan nampak menakutkan, tapi bagi aku, dia agak comel juga sebab bulu dia panjang-panjang dan nampak fluffy je. Kadang jealous aku dengan Natsume sebab dapat baring atas dia. Nak jugaaaa, XD.

Natori Shuuichi pula adalah seorang pelakon tapi dalam masa yang sama seorang exorcist dari keluarga Natori. Masa mula-mula muncul, dia ni nampak macam watak antagonist je tau. Tapi dia ni sebenarnya baik, dan selalu lindungi Natsume bila ditimpa masalah. Dia selalu juga nak jadikan Natsume sebagai pembantu, tapi Natsume tolak permintaan dia. Kenapa aku suka Natori? Perlu ke ada sebab nak suka ikemen ni? XD.   Okay, okay. Dia kacak, baik, dan kaya mungkin? Hahaha. Hala, nak berangan kejap je pun. Hewhewhew. Natori ni kan ada tanda lahir bentuk seperti cicak pada badan dia tau. Tapi yang lagi pelik, tanda lahir tu boleh bergerak-gerak seluruh badan, kecuali kaki kiri. Bila diselidik, rupa-rupanya tanda lahir tu adalah youkai. Hanya mereka yang ada kebolehan melihat youkai je boleh nampak tanda lahir unik ni.

Matoba Seiji, kacak but creepy.

Ada lagi seorang ikemen dalam siri ni iaitu Matoba Seiji, tapi aku tak berapa suka sebab dia ni creepy sangat. Penuh dengan aura misteri sekelilingnya. Seiji ni adalah ketua kepada keluarga Matoba yang pakar dalam bidang exorcist. Kiranya keluarga Matoba ni yang paling berkuasa lah dalam bidang exorcist ni. Seiji ni pun minat sangat dengan kebolehan Natsume, dan selalu juga nak jadikan Natsume sebagai orang bawahan dia. Natsume tak suka dia ni, sebab dia guna cara yang teruk untuk hapuskan youkai. Dia juga suka memburu youkai untuk dijadikan hamba. Tapi yang best mengenai Seiji ni adalah seiyuu dia, Suwabe Junichi. My another favorite seiyuu. Sekali dengar suara dah tau Junichi yang bawa. Dan watak Seiji memang sangat kena dengan suara Junichi. Heeeee.

Watak-watak Natsume Yuujinchou memang banyak kalau nak list satu-satu. Lagi-lagi watak youkai. Tapi kebanyakan watak tu menyokong dan berkait dengan watak yang lain. Sepanjang 5 season ni, aku memang nampak perkembangan pada watak Natsume. Dari seorang yang senyap je, suka bermurung dan menyendiri, bertukar jadi seorang yang ceria dan suka berkawan tak kira manusia atau pun youkai. Malah suka sangat bersembang dengan Shigeru dan Touko. Watak Reiko yang penuh misteri pun semakin banyak dibongkarkan. Tak sabar nak tahu siapa Reiko yang sebenarnya.


ANIMASI
Aku tak pernah baca manga dia, so aku tak tahu art dia macam mana. Tapi aku sangat puas hati dengan art untuk anime. Sangat santai dan tak kompleks sangat. Design watak pun cantik, dan tak adalah menakutkan sangat nak tonton anime ni. Youkai semua cantik-cantik belaka. Youkai yang hodoh pun tak menyeramkan sangat. Warna yang diguna tak terlampau terang dan sangat cantik.


MUSIC

OPENING
ENDING
SEASON 1
Kita Shuuhei – Issei no Sei
Atari Kousuke – Natsu Yuuzora
SEASON 2
LONG SHORT PARTY – Ano hi Time Machine
Kourin – Aishiteru
SEASON 3
HOW MERRY MARRY – Boku ni Dekiru Koto
Atari Kousuke ft. Miyamoto Emiri – Kimi no Kakera
SEASON 4
Hiiragi – Ima, Kono Toki
Kawano Marina – Takaramono
SEASON 5
Sasanomaly – Takarabako
Aimer – Akane Sasu

Opening bagi semua season mempunyai melodi yang sangat tenang untuk pendengarnya. Rentak perlahan tapi mampu mencuri hati pendengar dan penonton. Bagi ending pula, mostly berentak balada dan penuh emosi, dan ending untuk season 5 nyanyian Aimer bagi aku adalah yang terbaik antara kelima-lima ending.


KESIMPULAN
Overall, Natsume Yuujinchou ni anime bergenre supernatural yang sangat santai untuk ditonton, penuh dengan komedi yang comel dan mempunyai art style yang tak keterlaluan. Misteri yang ditimbulkan membuatkan aku tertanya-tanya, but that’s a good thing sebab ianya menyebabkan aku rasa nak tengok lagi episode dan season seterusnya untuk menjawab misteri tersebut. Hish, tak sabar tunggu season 6 ni, XD.


-End the written while listened to : Nogizaka46 – Yubi Bouenkyou [Magi: The Labyrinth of Magic – Ending 01]-


"Apa tuuuu??????" haha Nyanko-sensei, XD. Okay, jumpa lagi. :D


No comments: