AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Monday, February 6, 2017

Anime Review 2017 – Part 1


Guys, I have bad news, sobsob. Setelah  berfikir semasak-masaknya sampai boleh masak maggi, aku buat keputusan untuk stop dari buat full review of anime. Means, mulai post hari ni dan seterusnya, anime review aku akan jadi seringkas-ringkasnya. And I will not put any synopsis but I’ll put link of the info for you, ;)   Ini disebabkan tanggungjawab aku semakin hari semakin banyak, dan aku rasa tersangat-sangatlah sibuk sekarang ni, huhu. So berkemungkinan setiap post akan mengandungi 10-15 review anime (berdasarkan kerajinan aku , XD). Actually it’s broke my heart so much, sebab aku memang suka sangat nak share my thought of the anime that I’ve been watching, tapi yela, bila dah semakin sibuk ni, sangat kurang masa dan peluang untuk menulis. Aku harap korang faham dengan keputusan aku. Walaupun sibuk, aku still ada masa sikit untuk enjoy anime, hihi. Urghh, I need so much “ME-TIME” right now!

Post ni mengandungi review: Tales of Zestiria the X, GATE: Jietai Kanochi nite, Kaku Tatakaeri, Ajin: Demi Human, 11Eyes, Trinity Seven, Ushio to Tora, Yamada-kun and The Seven Witches, Donten ni Warau, Akagami no Shirayukihime Season 1, Barakamon, Devil Survivor 2: The Animation, dan Big Order.



TALES OF ZESTIRIA THE X


Genre: Fantasy, Action, Adventure
Episode: 13
Sumber: Video Game (oleh Bandai Namco Studios & tri-Crescendo)
Studio: Ufotable
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Tales of Zestiria the X ni anime yang diadaptasi daripada video game Tales of Zestiria dan Tales of Berseria. Setahu aku, Zestiria dan Berseria ni berlainan jalan cerita. Permulaan episode sangat baik, tapi tiba-tiba sampai episode 5 dan 6, ianya berubah kepada cerita lain, Berseria. It’s kind of disturbing dan mengganggu fokus aku terhadap jalan cerita Zestiria, sebab dalam episode 4, Sorey, Mikleo dan Lailah tengah berdepan dengan punca utama berlakunya tornado di Kota Kerajaan Hyland. Masa aku tengok episode 5, aku mati-mati ingat yang Velvet Crowe ni adalah protagonist utama siri Zestiria. Tertipu sangat rasa tau. Memang tak ada kaitan langsung, tapi setting kedua-dua anime adalah sama. Dan aku terfikir, apalah maksud “Malak” tu, and then dapat tahu, ianya merupakan salah satu puak utama dalam Bestiria. Sesiapa yang main game ni mesti lagi faham kot jalan cerita. Pendek kata, tak sesuai langsung mix kan Bestiria dalam ni, hewhew. Yang paling aku suka dalam ni bila Sorey bergabung dengan Seraphim (Lailah, Mikleo) dan bertukar uniform, which is cool sangat tau. Tiba-tiba Sorey yang comel berubah kacak, haha. Okay, now boleh proceed untuk tengok second season, hihi.



GATE: JIETAI KANOCHI NITE, KAKU TATAKAERI


Genre: Fantasy, Comedy, Action, Military
Episode: 24
Sumber: Light Novel (oleh Yanai Takumi)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2015-2016
Star: 9/10
Fav Character: Itami Youji
Anime Info: Klik Sini

Sebenarnya aku tak expect pun yang aku akan enjoy sangat-sangat masa tonton anime GATE ni. Sebabnya kan, video opening dia kurang menarik hati aku. Macam tak best je aku rasa. This is what you call “don’t judge a book by its cover”, hewhew. Ianya menarik sebab it’s rare tau nak tengok dalam anime how exactly Japan Self-Defence Force (JSDF) doing their job. Bila aku tengok anime ni, serta-merta perasaan hormat dan terharu terhadap anggota tentera tu terbit. Macam mana sanggupnya diorang ni menggadaikan nyawa demi pertahankan negara dan menyelamatkan walau pun seorang rakyat mereka. Episode pertama memang dah best, dan menyebabkan aku terpanggil untuk terus tonton GATE. Aku sebenarnya menangis masa tengok episode pertama. Tak tahu kenapa, tapi rasa sedih sangat, hukhuk. T_T   Aku suka sangat dengan Youji dan skuad dia. Bayangkan Youji seorang otaku lead skuad dia termasuk seorang magician, elf dan war god dari dunia fantasi. Kelakar sangat, lagi-lagi bila dia cakap ,macam orang malas je tapi sebenarnya Youji ni seorang yang sangat hebat. Youji juga jenis dahulukan hobi dari kerja. Haha. Terlalu banyak watak dalam ni walaupun episode cuma 24 je. Tapi itulah yang buat aku lebih excited. Tapi ending dia menghampakan. Sebab aku mengharapkan battle yang memberi impak, tapi yelah, sebab ianya rescue mission, JSDF tak boleh nak all out, hewhew. Harapnya akan muncul season kedua. Urghhh, tak sabarnya! XD



AJIN: DEMI HUMAN


Genre: Supernatural, Action, Mystery, Psychological, Adventure, Horror
Episode: 26
Sumber: Komik (oleh Sakurai Gamon)
Studio: Polygon Pictures
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 9/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime ni merupakan salah satu top anime in 2016 untuk aku selain GATE. Ianya banyak buat aku berfikir disebabkan anime ni banyak bermain dengan psikologi. Konsep art dia unik tau, ianya 2D, tapi pergerakan macam 3D. Jujurnya aku tak berapa suka dengan art dia, tapi bila dah tengok berepisod, it’s kind of okay, walaupun gerak macam robot, haha. Jalan cerita sangat-sangat menarik, pace pun sedang-sedang je, tak laju tak lambat. It’s almost perfect. Ajin mempunyai senarai watak-watak yang mengagumkan dan memberi impak terhadap siri ini, lagi-lagi watak Nagai dan Satou. In fact, watak Nagai itu sendiri sangat menarik. Selfish, tetapi genius, dan hanya ambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain. Tapi dalam masa yang sama mengambil berat terhadap orang sekelilingnya. Dan Satou pula adalah antagonist yang paling baik aku rasa setakat ni. Baik kat sini maksud aku, he got “nice” bad characters, dan seiyuu Satou melakonkan suara Satou dengan baik sekali, playful and tricky guy walaupun dah berumur, sampai aku pun rasa seram kalau terjumpa Satou ni (in case lah, haha). Opening Ajin pun sangat-sangat menarik, lagi-lagi first opening by flumpool. Tak pernah skip pun masa opening yang ini, hehe. Lagu ending pula mempunyai melodi rentak perlahan. Cuma yang menjadi persoalan adalah, macam mana spesis Ajin ni boleh wujud? Dari mana datangnya ajin? Apa sebenarnya Ajin ni? Mungkin misteri Ajin ni pun masih belum terjawab dalam manga, and I assume it will have a new season soon…hope so, XD.



11EYES


Genre: Supernatural, Action, Mystery, Romance
Episode: 12 + 1 (OVA)
Sumber: Video Game (oleh Lass)
Studio: Doga Kobo
Tahun Disiarkan: 2009
Star: 4/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

I have high expectation of this series after watching an opening video. Tapi, ianya sangat menghampakan. Jalan cerita dan watak totally out. Konsep cerita bagus dah, tapi cara penyampaian tak berkesan. Sangat menyampah dengan Yuka sebab terlalu obses dengan Kakeru, sampai dah tak fikir tentang orang lain langsung. Yang paling gross sangat, bila ada adegan s** kat dalam makmal sekolah walaupun ianya ditapis. Ewww, ni anime action ke h***** yang aku tengok ni? (=.=)   Watak protagonist pun tak berapa menarik walaupun dia ada mata Aeon. Actually, kuasa mata tu biasa je, boleh nampak masa depan ketika bertarung, sebab aku pernah jumpa kuasa mata yang lebih power kot (sharingan, rinnegan). Yang sampai sekarang aku tak boleh nak hadam, apa kaitan tajuk 11Eyes ni dengan cerita? Sebab aku rasa ianya langsung tak diterangkan dalam anime ni. Ke Aeon tu means 11? Apa pun, syabas untuk aku sebab berjaya habiskan 11Eyes ni dalam masa satu hari walaupun boring sampai tertidur-tidur. Serius kau, waktu siang pula tu. Bangun tidur, bangun tidur tengok anime ni, hahaha.



TRINITY SEVEN


Genre: Fantasy, Action, Harem, Romance, Comedy, School
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Saitou Kenji)
Studio: Seven Arcs Pictures
Tahun Disiarkan: 2014
Star: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Aku mula tengok anime ni tahun 2014 week by week, tapi habis tengok 2015 disebabkan pindah rumah then rumah baru tak ada internet lagi. Jadi aku tak berapa nak ingat jalan cerita, tapi yang aku tahu, aku tak berapa enjoy anime ni. Perasaan tu biasa-biasa je, tak exited sangat, tapi still nak habiskan juga anime ni sampai episode akhir. Kadang aku pun tak faham dengan perangai sendiri, haha. Aku rasa konsep Trinity Seven ni macam complicated sikit, sebab kebanyakan term yang dinyatakan aku tak faham. Macam bidang magic diorang. Tema apa, dan diambil dari archive mana. Tapi aku faham lah yang group Trinity Seven ni berdasarkan konsep 7 deadly sins (wrath, lust, gluttony, envy, pride, greed dan sloth). Ada banyak babak kelakar, tapi not blending so well with me. Dah kalau anime berunsurkan harem kan, so kebanyakan funny scene contains some erotic and lewd things. Beware guys, hewhew. By the way, they got nice opening song. Check it out!



USHIO TO TORA


Genre: Action, Supernatural, Comedy
Episode: 39
Sumber: Komik (oleh Fujita Kazuhiro)
Studio: MAPPA & Studio VOLN
Tahun Disiarkan: 2015-2016
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Aku recommend sangat anime ni dekat korang, lagi-lagi peminat tegar supernatural + action genre. It has nice vibe, action yang menarik walaupun hanya guna lembing, and also how Ushio values so much friendship with human and youkai (seriously, babak macam ni memang buat aku menangis. Aku hati tisu weh, hewhew). Ushio to Tora juga mempunyai episode yang panjang, tetapi amat memuaskan hati aku, which is aku dapat lihat perkembangan kebanyakan watak, dan jalan cerita yang lebih menarik. Walaupun terkadang Ushio dan Tora punya perangai buat aku annoying dan menyampah sikit, but in the end aku jadi suka dengan hubungan yang diorang berdua ni tunjukkan. Aku banyak menangis masa tengok anime ni, bukan sebab ianya melodrama, tapi babak yang menyentuh hati. Walaupun dalam siri ni ditunjukkan yang Ushio care so much terhadap Asako, tapi aku lagi suka kalau dia lebihkan pada Mayuko. Sebab aku rasa Mayuko much better than Asuko, hihihi.



YAMADA-KUN AND THE SEVEN WITCHES


Genre: Romance, Supernatural, Comedy, School
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Yoshikawa Miki)
Studio: Liden Films
Tahun Disiarkan: 2015
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Yamada-Kun And The Seven Witches adalah anime berunsurkan supernatural yang diselitkan elemen romance dan comedy. Biasanya supernatural anime ni mesti ada setting yang sangat misteri dan kadang-kala ada watak makhluk yang menggerunkan. Tapi bukan dalam siri ni. Walaupun berunsurkan supernatural, ianya masih lagi anime yang normal untuk ditonton. Except, you can’t watch this with kids under age. Sebab too much kiss scenes in this anime. Well it’s is pretty normal for us adult sebab kadang-kadang tv or cinema pun siarkan babak sebegini, hewhew. But you know what, I never expected this anime will be so exciting and doki doki. Lagi-lagi bila Shiraishi yang pada mulanya macam tak kisah kena kiss dengan Yamada, tapi blushing bila dia dah ada perasaan dengan Yamada. Cuma yang aku tertanya-tanya, macam mana boleh wujudnya lagenda 7 ahli sihir ni, dan dah berapa lama wujud sebenarnya? Sebab dalam siri ni tak cerita lebih lanjut pun, sebab diorang sibuk nak kiss sana-sini. (=.=)



DONTEN NI WARAU


Genre: Supernatural, Historical, Action, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Karakara-Kemuri)
Studio: Dokagobo
Tahun Disiarkan: 2014
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri anime ni mengisahkan tentang kasih sayang seorang abang yang tiada penghujungnya, dan macam mana dia sanggup gadaikan nyawanya untuk protect adik-adik dia. Bagi aku Tenka ni baik sangat walaupun dia ni selalu usik adik-adik dia, lagi-lagi Soramaru. Dan kebanyakan penduduk kampung dibawah jagaan mereka sangat menghormati adik-beradik Kumou ni. Memang sedih sangat bila Tenka kena hukum disebabkan orang tuduh dia adalah vessel Orochi. Tapi sebenarnya Tenka cuma nak melindungi Soramaru, vessel sebenar Orochi. Paling aku terkejut sangat adalah bila Shirasu sebenarnya adalah watak antagonist utama dalam ni. Tak boleh terima kenyaaan, sebab dia muka baik je, dan tolong jaga adik-beradik Kumou masa ketiadaan Tenka, sobsob. Dan dalam anime juga dia imbas balik masa lalu bila Orochi kena kurung. Aku pun tak berapa nak ingat, tapi aku rasa kena kurung dalam badan moyang puak Kumou kot, tu sebab Soramaru boleh terpilih jadi vessel untuk Orochi. Hurm, main hentam je jalan cerita orang, haha. Maksud Donten ni Warau ni adalah Laughing Under the Clouds (Ketawa Di Bawah Awan, kalau translate direct melayu lah, haha). Jadi dalam anime ni, akan nampak setting tempat tu sentiasa gelap disebabkan awan mendung, walaupun waktu siang. Tu sebab Orochi masih lagi hidup dan tunggu masa nak jelma balik je. Banyak pengajaran tau boleh ambil dari siri ni. :D



AKAGAMI NO SHIRAYUKIHIME SEASON 1


Genre: Romance, Fantasy, Drama, Shoujo
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Akizuki Sorata)
Studio: Bones
Tahun Disiarkan: 2015
Star: 8/10
Fav Character: Zen Wistalia
Anime Info: Klik Sini

Akagami no Shirayukihime atau Snow White with the Red Hair merupakan anime berunsur romance yang kita boleh lihat kat mana-mana, dalam drama melayu pun banyak kot, hihi. Tapi this kind of romance yang memang aku suka gila tengok sebenarnya. A love story between handsome prince or rich boy with commoner girl. Aku tak kisah kalau orang cakap, cerita sebegini dah biasa orang buat, klise sangat, and blablabla. Eh, suka hatilah, aku yang tengok, XD. Terus-terang, anime ni sangat kurang komedi, tapi jalan cerita tak boring pun. Instead put so much romance scenes, Shirayukihime juga banyak babak mengenai minat Shirayuki untuk jadi herbalist. Shirayuki juga bagi aku seorang perempuan yang kuat walaupun nampak sangat feminine dia, sebab dia sanggup keluar dari kampung semata-mata untuk pertahankan maruah dia, dan juga tak pernah minta tolong atau ambil kesempatan ke atas Zen masa berlatih untuk jadi Royal Herbalist. Cuma terkadang tu Zen sengaja nak tolong, hihi. Untuk yang minat sangat anime bergenre romace, you should try this. Actually aku baru tengok season 1, walaupun season 2 dah habis siaran, haha. Tu sebab aku buat review season 1 dulu. Nanti aku dah tengok season 2, aku review lain okay. ;)



BARAKAMON


Genre: Comedy, Slice of Life
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Yoshino Satsuki)
Studio: Kinema Citrus
Tahun Disiarkan: 2014
Star: 9/10
Fav Character: Handa Seishuu
Anime Info: Klik Sini

Aku selalu fikir yang genre Slice of Life ni memboringkan. Yela, cerita mengenai kehidupan seharian yang sebenar yang tak ada keunikan langsung. Tapi aku silap. Ya, Barakamon buat aku fikir sebaliknya lepas habis tengok anime ni. Ianya berunsurkan Slice of Life yang dicampurkan dengan elemen komedi, so memang tak memboringkan langsung. Rasa macam setiap scene kelakar, lagi-lagi scene dengan budak perempuan kenit, si Naru. Ada je benda yang dia buat menjadikan babak tu kelakar sangat. Chemistry yang ditunjukkan Handa dengan Naru pun sangat best, macam abang dengan adik. Comel sangat. Watak-watak orang kampung pun banyak menghidupkan siri ni. Setiap mereka mempunyai peranan tersendiri untuk menjadikan babak lebih menarik. Pengajaran yang boleh diambil di sini, bila dah berjaya, jangan sentiasa mendongak langit. Pandang juga rumput dibawah. Recommend sangat-sangat siri ni kat korang. Art dia pun simple je, tak terlebih-lebih dengan art melampau. It’s kind of nice. Jalan cerita ringkas dan mudah untuk difaham. Opening pun sedap didengar. That’s why it deserve 9 out of 10 stars.



DEVIL SURVIVOR 2: THE ANIMATION


Genre: Action, Drama, Supernatural
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Uezu Makoto)
Studio: Bridge
Tahun Disiarkan: 2013
Star: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime ni berasal daripada video Game Shin Megami Tensei: Devil Survivor 2 yang direka oleh Atlas untuk Nitendo DS. Tapi jalan cerita diambil daripada manga oleh Uezu-sensei. Dah lama sangat tengok anime ni, tahun 2013, so banyak dah lupa sebenarnya. Kalau korang cari Devil Survivor 1: The Animation, memang tak akan jumpa. Sebab tajuknya memang seperti diatas. Huhu. Aku tak expect pun cerita ni best tau, in fact it is interesting. Walaupun ending dia macam tak best. Main character, Kuze Hibiki pun nampak macam biasa ja, tapi jumper dia cantik kot. Mana bole beli tu ye, XD. Actually, action pun biasa je bagi aku, sebab yang berlawan tu bukan orang, tapi Demon yang dipanggil menerusi phone app. Cuma bagi aku yang seram sikit, adalah bila kau dapat video yang tunjukkan kau macam mana kau mati beberapa saat sebelum mati. Ngeri wehhhh. (=.=)   Konflik pun banyak dalam ni, lagi-lagi bila Daichi rasa inferior sangat bila team JP cuma panggil Hibiki je untuk bertarung. Cumanya, kalau anime ni boleh extend lagi episodnya lagi best kot. Sebab jalan cerita macam laju je nak habiskan 13 episod tu, hewhew.



BIG ORDER


Genre: Action, Supernatural
Episode: 10
Sumber: Komik (oleh Esuno Sakae)
Studio: Asread
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Sampai sekarang aku terfikir, kenapalah aku nak sangat tengok anime ni, yang mana buat aku menyesal je bila habis tengok, T_T. Ending dia pun aku dapat teka. Jalan cerita pun banyak lompong. Watak utama, Hoshimiya Eiji pun tak menarik dan terlalu obses dengan adik tirinya, Sena. Banyak-banyak Order yang ada, aku suka Order Kurenai Rin, iaitu healing ability, yang mana dia boleh sembuhkan dirinya dan orang lain. Tapikan Rin ni muka dia macam watak dalam cerita Mirai Nikki, Gasai Yuno, hewhew. Bagi aku, kalau anime ni dipanjangkan lagi episode, mesti menarik. Bila anime cuma 10 episod, ianya nampak sangat setiap episode tu terkejar-kejar dan laju sangat pacing. So audience nak faham pun tak sempat, belum sempat faham scene yang ini, dah pergi scene lain pula. Apa yang bestnya anime ni adalah lagu opening, sebab yang buat lagu ni YUI tapi dinyanyikan oleh orang lain. Tak recommend sangat pun, tapi kalau nak tengok terpulang lah. ;)



**Sekian untuk Anime Review 2017 – Part 1 yang mana ada dua belas siri anime yang dah aku review untuk post ni. Nantikan pula Anime Review 2017 – Part 2 dari aku yang entah bila akan kunjung tiba, XD. Sebab post yang ni pun makan seminggu jugalah untuk siapkan, hewhew. By the way, cara macam ni memang jimat masa baaaaaaaaanyak sangat. Aku senang hati nak buat kerja lain. Haha. Jumpa lagi in next post. Tata. :D


-End the written while listened to : Lil’B – Orange [Bleach OST – Ed 15] -




Post a Comment