AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Tuesday, February 14, 2017

Anime Review 2017 – Part 2


Hi guys! Genki desu ka? Watashi wa genki desu! Eceh, berlagak cakap Jepun, padahal ayat tu je yang aku tahu, hahaha. Bila aku cek senarai anime yang aku dah download tapi tak tengok lagi, aku rasa macam nak pengsan (@_@). Rupanya banyak lagi tak tengok, yang season-season lepas lagi, yang tahun-tahun lepas lagi. Uih banyaknye. Belum lagi yang aku nak download season ni punya. By the way aku ni memang jenis yang suka tengok anime secara marathon. Bukan anime je, J-Drama dan K-Drama pun sama. Mesti tunggu habis siaran baru tengok, habiskan semua episode terus. Cuma yang bestnye bila tengok anime ni, satu malam pun boleh habis tengok untuk anime 12 episod, lagi-lagi kalau anime tu the amazing one. Mesti rasa nak habiskan  malam tu juga. Bila cakap pasal drama, lama betul aku tak tengok drama melayu ye. (-.-)    Apa khabar agaknya mereka.

Okay, teruskan dengan anime review. Post kali ni mengandungi review: Qualidea Code, Re: Zero Kara Hajimeru Isekai Seikatsu, Kamisama Hajimemashita Season 1 & 2, Koutetsujou no Kabaneri, Gatchaman Crowds, Gatchaman Crowds insight, Handa-kun, Log Horizon Season 1 & 2, One Piece The Movie 13: Gold, Zetman, Tokyo ESP, dan Nisekoi.



QUALIDEA CODE


Genre: Action, Superpower, School
Episode: 12
Sumber: Light Novel (oleh Sagara Sou & Watari Wataru)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 7/10
Fav Character: Chigusa Kasumi
Anime Info: Klik Sini

This anime really good and amazing, tapi lagi baik sekiranya they can extend the episode. Sebab aku rasa macam tak puas je tengok 12 episod, hewhew. Konsep bagus, jalan cerita yang menarik walaupun pacing laju, dan lagu opening yang best. Tapi yang paling best, masa di pertengahan episode tu aku boleh agak yang jalan cerita ni akan ada twist, and guess what? I’m right. Don’t know if I’m simply amazing or they just being so lazy to think for better ending.  Aku suka sangat dengan chemistry yang ditunjukkan adik-beradik Chiba. Nampak je yang diorang macam tak rapat dan suka gaduh mulut, but the truth is diorang sayang dan ambil kisah antara satu sama lain. Yang lagi best bila dua-dua suka sarcasm Ichiya (Icchan), lagi-lagi Kasumi. Suka sangat gaduh dengan Ichiya. Masa tengok Qualidea Code ni, aku geram sangat dengan sikap angkuh, bongkak dan sombong Ichiya, semua benda nak buat sendiri, dan tak ada langsung semangat kerjasama walaupun dia Leader untuk pelajar-pelajar Tokyo. Bila Canaria injured, baru nak bekerjasama. Such a selfish person. Tapi kan, masa Canaria kena telan dengan Unknown tu, aku be like “omaigad, omaigad!” Aku pula cuak lebih, haha. Sampai terbangun dari pembaringan kau. Maihime pula amaze me so much! Dia kecil, tapi kuat. Lagi-lagi masa dia cuba tarik perhatian musuh untuk bolehkan subordinate dia larikan diri. Sebak rasa masa tengok scene tu, sobsob. Walaupun hanya 12 episod, tapi anime ni ada dua opening tau, dan kedua-duanya dinyanyikan oleh LiSA. Recommend untuk ditonton. ;)



RE: ZERO KARA HAJIMERU ISEKAI SEIKATSU


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Mystery
Episode: 25
Sumber: Novel Series (oleh Nagatsuki Tappei)
Studio: White Fox
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 8/10
Fav Character: Emilia & Rem
Anime Info: Klik Sini

Aku terjebak nak tengok Re: Zero ni sebab ramai yang review ianya best, so I gave it a try. Nasib aku baik sebab aku tak menyesal pun tengok anime ni, pheww. Rem menjadi favorite kebanyakan penonton. I can see why, sebab dia buka je memang comel dan lemah lembut, tapi juga seorang perempuan yang kuat dan tabah. Aku pun minat Rem, but in the same time, aku minat Emily juga. Tak boleh nak resist aura dia sebagai heroin utama, hewhew. Masa episode pertama aku rasa biasa-biasa je masa tengok anime ni, tapi bila Subaru yang dah mati hidup balik, tapi kembali pada masa lepas masa berdiri depan kedai buah tu, aku dan start rasa excited. Konsep yang baik dan jalan cerita yang bagus. In fact, setiap episode semakin baik. Cuma mungkin ada kurang pada babak pertarungan. Yang sedihnya, lepas Subaru mati hidup balik tu, mesti semua orang tak ingat langsung kejadian yang berlaku. Seolah-olah Subaru masuk ke dunia lain pula. Macam kesian dia nak explain satu-satu. Tapi lama-lama dia jadikan kuasa dia, “Return by Death” sebagai kekuatan dan advantage dia untuk perangi dan cari kelemahan musuh. Banyak persoalan yang ada dalam anime ni yang belum terjawab lagi sebab ending tergantung. Harapnya akan ada second season lah, hihi.



KAMISAMA HAJIMEMASHITA SEASON 1 & 2


Genre: Romance, Comedy, Fantasy, Supernatural
Episode: 13 (Season 1) + 1 (OVA) + 12 (Season 2)
Sumber: Komik (oleh Suzuki Julietta)
Studio: TMS Entertainment
Tahun Disiarkan: 2012, 2013 & 2015
Star: 8/10
Fav Character: Tomoe & Momozono Nanami
Anime Info: Klik Sini

Kamisama Hajimemashita adalah mengenai romance comedy antara Tomoe iaitu Shikigami dan Momozono Nanami, Land God ,yang asalnya adalah manusia biasa, tapi diberi kuasa oleh Land God sebelumnya, Mikage untuk jaga Shrine dan juga Tomoe. Untuk second season, tajuknya diberi judul Kamisama Hajimemashita . Dalam siri ni, korang akan dihidangkan dengan aksi dan babak tarik tali antara Tomoe dengan Nanami. Nampak comel sangat walaupun kelakar. Hubungan romantis antara Tuhan/manusia dengan Shikigami adalah dilarang sama sekali. Tapi nak buat macam mana kalau hati dah suka, kan? Macam tu la juga Nanami, jatuh hati pada Tomoe. In fact, berkali-kali Nanami bagitau yang dia ada perasaan pada Tomoe, dan Tomoe secara senyap juga jatuh hati pada Nanami, tapi dia diam tak nak bagitau. Anime ni juga terlalu banyak babak kelakar. Babak sedih yang patut kau nangis pun buat kau ketawa, sebab dia pamerkan dengan cara yang kelakar. Tambah best lagi adalah adegan gaduh mulut antara Tomoe dengan Kurama, siap aku rasa nak tampar dua-dua je suruh diorang berbaik-baik, haha. Tapi ending anime ni tergantung. Rasa annoying betul. Tak sure akan ada season 3 atau tak, tapi aku dapat tahu ada OVA tahun lepas dalam 4 episod, tapi aku pun tak download lagi, huhu. They have pretty normal art, ringkas tapi cantik. Tak banyak detail pun, kadang latar belakang pun samar-samar je dan buat aku senang nak fokus pada watak. Lagu opening dan ending comel gila, tapi aku skip dua-dua. Sebab liriknya macam tak menyenangkan telinga dan hati aku je. (-.-’)



KOUTETSUJOU NO KABANERI


Genre: Action, Historical, Supernatural, Adventure, Horror, Drama
Episode: 12
Sumber: Original
Studio: Wit Studio
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Koutetsujou no Kabaneri atau dikenali juga sebagai Kabaneri of Iron Fortress, mempunyai jalan cerita dan konsep yang baik dan menarik, dan setiap babak pertarungannya buatkan aku rasa excited sangat. Tapi rasa pacing laju je. Lagi best kalau pembongkaran misteri mengenai siapa Mumei yang sebenarnya tu nak dekat-dekat akhir cerita. Baru terasa aura misteri disebalik gadis bernama Mumei. Art untuk anime ni cantik sangat, penuh dengan detail dan gaya warna yang menarik. Kalau tak silap, director untuk siri ni sama dengan director untuk anime Shingeki no Kyojin (Attack on Titan). No wonder nampak lebih kurang macam ala-ala Shingeki sikit art style nya. Insert song pun menarik dan bertenaga. Tapi kan, aku dengar ada satu insert song ni macam ada lirik arab, dalam episode 6. Not sure if that’s only me, tapi memang telinga ni dengar macam lagu arab daa. Cuma yang peliknya, setting siri ni adalah zaman sejarah Jepun, tapi kenapa insert song penuh kebaratan dan sedikit rentak timur tengah ye? Kan lagi best kalau rentak pun ada traditional Jepun sikit. but it’s okay, tak jejaskan babak tu pun, in fact menaikkan lagi seri tau. Bagi aku, Ikoma macam tak sesuai je jadi watak utama. Sebab watak yang lebih menonjol adalah Mumei. Bila watak Mumei menonjol, secara tak langsung watak Ikoma jadi tenggelam. Selain recommend anime ni untuk korang tonton, aku juga recommend kan lagu ending siri ni, “ninelie” oleh Aimer with chelly (EGOIST). Memang sedap dan rentaknya macam sedih je bila dengar. Kalau dengar sorang-sorang, lepas tu senyap sunyi je mesti aku nangis, haha.



GATCHAMAN CROWDS


Genre: Action, Sci-Fi, Superpower
Episode: 12
Sumber: Original
Studio: Tatsunoko Production
Tahun Disiarkan: 2013
Star: 8/10
Fav Character: Ahli-ahli Gatchaman
Anime Info: Klik Sini

Untuk mereka yang suka sangat-sangat dengan anime berkonsepkan superhero ala-ala Power Rangers atau Jetman, aku recommend sangat siri Gatchaman Crowds ni. Memang terbaik tau. First thing yang aku suka sangat tentang anime ni adalah opening dia, Crowds oleh WHITE ASH. Rentak lagu dia addicting betul. Sampai sekarang tak rasa bosan pun bila dengar. Masa mula-mula tengok anime ni, aku macam blur je. Tak faham satu benda pun. Yang menarik hati aku nak tengok anime ni adalah Gatchaman form je, cool habis, XD. Ni semua gara-gara watak Hajime yang buat aku keliru. Tapi bila dah masuk pertengahan cerita, jadi exciting sangat. Yang buat aku tak sabar untuk habiskan marathon Gatchaman ni, sebab nak tengok form Utsutsu dan O.D, sebab diorang punya form dah nak dekat-dekat akhir cerita baru tunjuk. Gatchaman form yang paling aku suka adalah Sugane dan Joe. Ikutkan aku, semua cool dan smart je. Time ni hati memang macam kanak-kanak, teruja habis, haha. Art style dia cantik, animation smooth, 3D pun blending dengan baik. Overall okay sangat. Bila aku tahu yang seiyuu (voice actor) Paiman, Hirano Aya adalah orang yang sama bawakan watak Lucy Heartfilia (Fairy Tail), rasa macam kelakar sangat kalau bayangkan Lucy bersuarakan Paiman, haha. ;p



GATCHAMAN CROWDS INSIGHT


Genre: Action, Sci-Fi, Superpower
Episode: 13
Sumber: Original
Studio: Tatsunoko Production
Tahun Disiarkan: 2015
Star: 9/10
Fav Character: Ahli-ahli Gatchaman
Anime Info: Klik Sini

Since aku baru je habiskan marathon Gatchaman Crowds insight, aku nak buat terus review dia. Untuk season 1, aku dah habis tengok masa tahun 2014. Siri ni adalah sambungan Gatchaman Crowds yang mana ada Gatchaman dan musuh baru. Gatcaham baru ni nama dia Tsubasa. Walaupun baru je jadi ahli Gatchaman, tapi dia dah mula bertengkar dengan senpai dan buat benda ikut kepala dia je. Geram betul dengan sikap Tsubasa yang degil ni. Dia rasa, cara dia je yang betul untuk satukan orang-orang di Jepun dengan bantu Gelsandra, alien yang baru sampai ke Bumi. Dari awal dah rasa yang Gelsandra tu alien yang akan bawa unsur kemusnahan walaupun dia sendiri tak sedar benda tu. Dan sekali lagi, watak Hajime sangat mngelirukan, tapi kali ni aku mudah faham dengan cara dia berfikir. Cuma yang tak sangka tu dia cadangkan untuk berlakon sebagai Gelsandra diakhir cerita dengan guna kuasa Berg Katze. Opening siri ni sangat best, dan aku selalu ulang-ulang opening dia. Rui punya Gatchaman form smart sangat. Tapi aku selalu lupa yang dia ni lelaki, sebab penampilan yang keperempuanan sangat, huhu.



HANDA-KUN


Genre: Slice of Life, School, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Yoshino Satsuki)
Studio: deomedia
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 8/10
Fav Character: Handa Sei
Anime Info: Klik Sini

Handa-kun adalah siri berkisarkan watak utama Barakamon, Handa Seishuu, atau nama sebenarnya Handa Sei ketika di alam persekolahan. Antara watak dalam Barakamon dengan Handa-kun, aku lebih prefer watak Handa dalam Barakamon. Lebih matang dan lebih kelakar, XD. Tapi dalam Handa-kun pun tak kurang hebat juga. Dalam siri ni, Handa merupakan pelajar yang sangat popular di sekolah sehingga dikenali di merata tempat disebabkan talent kaligrafi dia. Tapi Handa pula fikir sebaliknya. Dia rasa dia jadi orang yang paling dibenci di sekolah sebab tak ada sorang pun yang cuba tegur atau berkawan dengan dia. Pengaruh Handa sangat kuat sampai kelas dia pun orang panggil Kelas Handa. Dalam siri ni juga ada group dipanggil Handa Force, yang terdiri daripada penolong ketua kelas, Aizawa, bekas model, Reo, delinquent, Tsutsui dan pelajar normal, Yukio. Tugas mereka setiap hari bergilir stalk Handa, kecuali Yukio. Yukio ni nampak sangat normal sampai orang sekeliling cakap dia tak layak pun masuk Handa Force. By the way, dalam siri ni memang tak ada langsung sebut secara terperinci mengenai kaligrafi Handa, tapi lebih kepada suasana sekitar semasa di sekolah. Yang kelakar sangat-sangat, apa yang pelajar lain fikirkan untuk kebaikan Handa, Handa fikir yang lain pula, dan selalunya fikiran negative. Lagi satu, pelajar lain susah nak dekat dengan dia sebab dia ada aura misteri sampai pelajar lain panggil Handa Wall. Eh, banyak pula spoiler, huhu. Korang tonton ler sendiri, memang best. Recommend sangat untuk tengok secara santai. :D



LOG HORIZON SEASON 1 & 2


Genre: Adventure, Action, Fantasy, Game
Episode: 25 (Season 1), 25 (Season 2)
Sumber: Novel Series (oleh Touno Mamare)
Studio: Satelight (Season 1), Studio Deen (Season 2)
Tahun Disiarkan: 2014 & 2015
Star: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri Log Horizon ni mempunyai konsep yang sama seperti anime Sword Art Online, iaitu player terperangkap dalam MMORPG, tapi bezanya, SAO tahu kenapa diorang jadi macam tu, sebaliknya Log Horizon diselubungi dengan misteri. Log Horizon adalah nama salah satu Guild dalam siri ni yang terdiri daripada Shiroe, Naotsugu, Akatsuki, Nyanta, kembar Tohya dan Minori, and a few other players. Main character adalah Shiroe, yang mana merupakan perancang strategi terbaik dan mempunyai gelaran “Shiroe the Strategist” atau “Villain in Glasses.” Aku tak expect this will be good like SAO, tapi Log Horizon ada tarikan dan kelas tersendiri. Fokus utama anime ni adalah untuk cari misteri disebalik kejadian Apocalypse (yang sebabkan diorang terperangkap dalam game), dan dalam masa yang sama cuba untuk adapt dengan suasana game yang merupakan reality bagi mereka. Dalam season kedua, kalau tak silap diorang dapat berhubung dengan player dari negara lain selain Jepun, rasanya negara China kot. Dan second season lagi exciting dan best tau dari first season. Selain daripada perlu adapt dengan suasana game, diorang juga perlu alert dan berhati-hati dengan ancaman dari dark guild, iaitu Plant Hwyaden. Anime ni mempunyai ending yang tergantung, dan aku rasa mesti akan ada punya season 3. Opening Log Horizon pula betul-betul addicting, lagi-lagi bila kau dengar lirik yang berulang-ulang je. “Database, Database, Just living in the Database, wow wow.” Opening season 1 dan 2 adalah sama, so kalau ada season 3, harap ubahlah opening tu ye, haha.



ONE PIECE THE MOVIE 13: GOLD


Genre: Adventure, Action, Comedy, Superpower
Episode: 1
Sumber: Original (oleh Oda Eiichiro)
Studio: Toei Animation
Tahun Disiarkan: 2016
Star: 9/10
Fav Character: Sanji & Nami
Anime Info: Klik Sini

Gold merupakan movie yang ke-13 untuk siri anime One Piece. Tak tahu One Piece tu pasal apa? Anime popular tu, takkan tak tahu kot, hewhew. Tak apa kalau tak tahu. Aku terangkan sikit. Ianya mengisahkan Luffy dan kawan-kawannya yang juga lanun mengembara untuk cari harta tersembunyi yang dinamakan One Piece. Untuk movie ni pula, group Mugiwara (Straw Hat) sampai dekat Gran Tesoro, sebuah kapal yang mempunyai kota hiburan yang sangat-sangat besar. Pemilik kapal ni namanya Gild Tesoro. Hampir kesemua benda yang ada dalam kapal ni diperbuat daripada emas. Memang rambang mata lah kalau yang dapat masuk kapal ni. Lagi-lagi Nami, si mata duitan. Tapi, kapal ni sebenarnya mempunyai sisi gelap yang dunia luar tak tahu. Tesoro akan cuba ambil kesempatan untuk mufliskan mana-mana pemain yang berjudi (teka buah dadu) dalam sebuah bilik khas yang disediakan Tesoro, termasuklah Luffy dan kawan-kawannya. Bila terperangkap dengan permainan kotor Tesoro, bermulalah aksi mereka untuk mencari jalan keluar, dan seterusnya menyelamatkan mangsa-mangsa Tesoro. Action untuk anime ni sangat best, animation pun clean je. Tapi tak banyak pun aksi Zoro dan Sanji. Satu benda yang jadi persoalan dalam fikiran aku ni ialah, siapa perempuan yang ditunjukkan dalam flashback Tesoro tu? Sebab aku rasa aku nampak perempuan tu masa Celestial Dragon berjalan nak ke mana entah. Tapi perempuan tu dijadikan hamba. Cuma tak dijelaskan identity dia. Mungkin perempuan tu sebab utama Tesoro jadi kaya tapi angkuh dan berlagak macam tu. So bagi peminat-peminat One Piece, movie ni untuk anda. Recommend sangat!  ;)



ZETMAN


Genre: Action, Drama, Sci-Fi, Superpower
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Katsura Masakazu)
Studio: TMS Entertainment
Tahun Disiarkan: 2012
Star: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Mengisahkan tentang Kanzaki Jin yang boleh berubah menjadi makhluk yang dikenali sebagai ZET dan juga Amagi Kouga, lelaki muda yang mempunyai sense of justice yang menggunakan teknologi dan bertarung sebagai Alphas. Kiranya ZET ni dilihat sebagai musuh, manakala Alphas pula bertindak sebagai Hero. Aku tergerak nak tengok Zetman ni sebab aku tengah bosan dan mencari-cari anime genre action yang aku rasa best. First impression aku terhadap anime ni berdasarkan sinopsis semata. Aku rasa exciting sangat masa baca. Tapi aku silap. Ada part anime ni aku enjoy, ada part yang tak. Tak ada babak comedy pun dalam ni, kalau ada pun seriously aku tak ingat dah. Most of time, serious je, macam drama. Not sure part fighting tu aku teruja ke tak, tapi yang pasti aku tengok sampai habis dalam masa sehari. Bagi aku, hero sebenar dalam cerita ni adalah ZET dan musuh utama pula adalah company milik keluarga Amagi, Amagi Corporation. Sebabnya company tu yang cipta dan ubah badan Kanzaki menjadi ZET. Dalam ni juga ada raksasa yang dikenali sebagai Player yang juga dicipta oleh Amagi Corporation. Feeling siri ni agak berat, tapi aku still boleh hadam lagi. Alphas ni konsep baju dia macam Kamen Rider Ixa dalam cerita Kamen Rider Kiva je aku tengok. Untuk lagu opening pula, aku rasa macam entah apa-apa je. Video opening dah okay, lagu je tak best.



TOKYO ESP


Genre: Action, Sci-Fi, Comedy, Superpower
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Segawa Hajime)
Studio: Xebex
Tahun Disiarkan: 2014
Star: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri anime Tokyo ESP ni adalah mengenai sebahagian besar penduduk di Tokyo, Jepun yang mempunyai kuasa luarbiasa apabila tubuh mereka dimasuki oleh ikan bercahaya yang berenang di udara. Nampak macam tipu je, tapi itulah yang terjadi. Aku kalau cerita jenis macam ni memang suka dan teruja sangat. Sebab aku suka sangat tengok kuasa apa yang ada dan berapa banyak kuasa yang ada. Colorful sangat jalan cerita tu aku rasa, haha. So dalam siri ni, ada orang yang guna kuasa mereka untuk kebaikan, dan ada juga yang guna untuk buat jahat. Jalan cerita Tokyo ESP fokus pada Rinka dan kawan-kawannya yang cuba nak tumpaskan kumpulan ESP yang jahat tapi sangat kuat. Yang buat aku teruja sangat bila diorang bertarung dan menggunakan kuasa diorang. Tapi yang terkilan, cerita ni cuma 12 episode je. Bagi aku pendek sangat, dan ending tergantung. Mungkin sebab manga dia pun masih lagi on-going. So kalau aku nak tahu lebih lanjut kena baca manga lah. Tapi aku ni sejenis pemalas, sebab banyak lagi anime lain yang aku nak tengok, haha. Opening dia tak best. Video opening pun tak best. Sebab bila aku tengok mesti tak rasa teruja nak tengok, walhal jalan cerita anime ni sangat best tau. Jadinya aku mesti skip opening, every episode, XD. Recommend untuk korang yang suka dengan genre superpower.



NISEKOI


Genre: Romance, Comedy
Episode: 20
Sumber: Komik (oleh Komi Naoshi)
Studio: Shaft
Tahun Disiarkan: 2014
Star: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

First impression aku terhadap siri ni lepas tonton episode 1 adalah, anime berkisarkan yakuza dan action. Jauh panggang dari api rupanya, hahaha. Manalah aku tahu ianya romance comedy sebab awal-awal dah tunjuk gaya yakuza. Tapi memang ada yakuza pun dalam siri ni, which is main character Ichijou dan Kirisaki merupakan anak kepada yakuza dan gangster terkenal. Tapi both of them tak nampak macam anak yakuza pun, haha. Banyak babak kelakar, lagi-lagi part bila Ichijou dan Kirisaki kena berpura-pura bercinta depan ahli yakuza. Sangat kelakar tau. Tapi lama-kelamaan, Kirisaki jatuh hati dengan Ichijou. Tapi Ichijou suka dekat Onodera pula. Cinta kelakar tiga segi, XD. Art style anime ni unik dan cantik, dan nampak meriah dengan warna-warna yang vibrant. Latar belakang pun simple, tapi okay sangat. Cuma tak berapa berkenan dengan rambut watak-watak perempuan dalam ni, kecuali Kirisaki. Terlampau unik sampai aku rasa hilang keayuan diorang. Buat rambut style biasa pun dah cantik kot. Opening pula sedap, comel je aku dengar, memang sesuailah untuk anime berunsurkan romance and comedy ni. By the way, anime ni ada OVA sebanyak 3 episode, tapi aku tak download pun. Sebab tak tahu ada OVA dan juga takut nanti ceritanya bukan-bukan je, merepek tak tentu hala. Selalunya OVA memang macam tu pun, huhu.


**Fuh, habis juga review untuk part 2 ni. Kali ni senang sikit dan tak terburu-buru nak buat pun sebab lepas habis tengok je aku review awal-awal dalam phone. So, senang nanti sekalikan je dalam post, hihi. Kalau perasan, review kali ni panjang sikit dari post yang lepas. Aku pun tak tahu apa yang aku bebel, haha. Harap memberi manfat lah, XD. Nantikan pula Anime Review 2017 – Part 3, yang mana aku akan review anime-anime favorite aku. Untuk baca review part 1, boleh pergi ke post bertajuk Anime Review 2017 – Part 1. Jumpa lagi nanti guys!


-End the written while listened to : w-inds. - Ameato [Kateikyoushi Hitman Reborn – Ed 7] -


Tak boleh nak move on lagi dari diorang ni, XD.


No comments: