AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, March 30, 2017

Anime Review 2017 – Part 5


Aku happy sangat hari ni sebab dapat desktop baru since desktop lama dah tua dan sakit-sakit, asyik mati-mati je time guna. Frust aku sebab tak boleh nak update post baru, hukhuk. Tapi Alhamdulillah, ada masa free minggu lepas, aku pergi ushar-ushar dekat kedai, beli yang second je, murah sikit, hihi. Bukannya aku kaki game pun, buat tengok anime/movie dengan update post je, XD. Aku malas nak beli laptop sebab macam lagi best je guna desktop. Boleh guna monitor besar-besar nak tengok movie, hewhewhew. Hope desktop baru lebih mesra. Please be nice to me ya, Dekstop-chan!

Okay, jom tengok review anime terbaru. Post ini mengandungi review: Oda Nobuna no Yabou, Tokyo Ghoul Season 1 & 2, Sakurasou no Pet na Kanojo, Toaru Majutsu no Index Season 1 & 2, Pandora Hearts, Infinite Stratos Season 1 & 2, Charlotte, Kore wa Zombie Desu ka? Season 1 & 2, Rail Wars!, Ghost Hunt, Rental Magica, dan Chuuka Ichiban! (Cooking Master Boy).



ODA NOBUNA NO YABOU


Genre: Action, Adventure, Historical, Romance, Comedy, Harem
Episode: 12
Sumber: Light Novel (oleh Kasuga Mikage)
Studio: Studio Gakumi, Madhouse
Tahun Disiarkan: 2012
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Oda Nobuna No Yabou (Oda Nobuna) ni berkonsepkan sejarah Jepun ketika era Sengoku yang melibatkan peperangan antara Daimyou (Feudal Lord) untuk luaskan jajahan mereka. Kebanyakan watak-watak berdasarkan figura sejarah Jepun yang terkenal, but most of them ditukarkan jantina daripada lelaki dewasa kepada watak remaja perempuan yang comel-comel untuk mempamerkan elemen moe dalam siri ni. Jalan cerita mudah difahami, strategi yang agak menarik dan rasa seronok belajar sejarah in more fun way. Cuma agak confuse dengan nama sebab tak tahu sama ada nama-nama Daimyou yang lain dan general ditukar atau tak. Unsur-unsur komedi juga membantu watak untuk menghidupkan jalan cerita. Art dan animation biasa je, tak ada yang hebat pun. Macam tak berapa sesuai je campurkan moe dengan historical, sebab mostly watak sampingan nampak serius je berbanding watak utama yang comel-comel. Aku tak terpikat langsung dengan both lagu opening dan ending. Babak pertarungan kurang menarik, tak ada impak pun, tapi tak ada rasa boring. I still enjoyed them. By the way, beware sebab anime ni contains so much lewds and harem stuff. Eewww. I’m not so sure macam mana ending sebenar sejarah Nobunaga ni, tapi untuk Oda Nobuna, ianya biasa je. Cuma tak tau kurang dari segi apa. Mungkin peminat moe dan historical akan berminat untuk tonton anime ni.



TOKYO GHOUL SEASON 1 & 2


Genre: Action, Adventure, Thriller, Horror, Mystery, Psychological, Supernatural
Episode: 12 (Season 1), 12 (Season 2)
Sumber: Komik (oleh Ishida Sui)
Studio: Pierrot
Tahun Disiarkan: 2014, 2015
Personal Rating: 10/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Omaigad, one of the best piece I ever watched! Never watch this kalau kau jenis yang lemah semangat, tak boleh tengok benda-benda ngeri atau pengsan sebaik je tengok darah yang banyak. Oh my, I can’t get enough from this. Jalan cerita yang penuh misteri, permainan psikologi, thriller and much of horror. Yeah, certain babak buat aku tutup mata sebab takut nak tengok, haha, XD. It’s a real deal. Pacing cerita pun okay sangat. Drama yang cukup serius tapi tak ada satu saat pun yang memboringkan. Art anime ni sangat cantik, dan elemen kegelapan yang ditunjukkan sangat menghidupkan kebanyakan babak. Aku tak boleh nak tahu watak mana yang protagonist sebab most of them look so much antagonist. Kaneki yang baik berbudi bahasa pun jadi badass lepas kena seksa dengan Yamori. Design charcter pun menarik plus menyeramkan dengan mata merah ala-ala vampire tapi ada nafsu macam zombie. Ianya jadi menyeramkan bila kau tak tahu kau sebenarnya tengah berjalan sebelah ghoul yang bila-bila masa boleh makan kau, sebab ghoul ni rupanya exactly like human. Everything like human, except diorang tak boleh makan benda lain selain daging mausia, dan sometimes a cup of coffee. Opening season 1 best sangat. Melodinya penuh dramatik, dan sangat sesuai dengan siri Tokyo Ghoul. Somehow, anime ni mengingatkan kat aku satu peribahasa melayu, “bagaikan gunting dalm lipatan.” Eh, kena ke tak ye dengan siri ni? Haha, XD.



SAKURASOU NO PET NA KANOJO


Genre: Romance, Comedy, School, Harem
Episode: 24
Sumber: Light Novel (oleh Kamoshida Hajime)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2012-2013
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri ini mengenai asrama sekolah yang dikenali sebagai Sakurasou, yang menempatkan pelajar-pelajar yang sukar menyesuaikan diri di asrama biasa. Jalan cerita bagi aku biasa je, tapi kelakar gila, lagi-lagi bila Sorata kena buli dengan senpai-senpai dia, atau masa kena uruskan Shiina (sebab dia tak boleh nak uruskan diri sendiri). Dialog yang keluar dari mulut Sorata memang kelakar habis, kadang rasa kesian juga dekat dia bila kena buli, XD. Watak-watak dalam ni memang semua unik dan menghiburkan. Either teacher or students, semua ada ciri masing-masing as individual. So memang tak akan ada watak yang dibayangi watak lain. Pengembangan watak ada, walaupun tak banyak tapi dapat dilihat. Siri ni sebenarnya menjadikan romance sebagai unsur utama, tapi tengah-tengah jalan cerita baru nampak bila Shiina ada perasaan terhadap Sorata, tapi tak tahu nak luah macam mana, meanwhile Nanami pula dah lama sukakan Sorata, tapi malu nak cakap. I’m a big lover of rom-com anime, tapi this kind of rom-com tak boleh buat aku rasa fuwa-fuwa, tak rasa berdebar dan tak menjerit “kyaaaaaaa~!” Biasa je. Masa majlis graduation senpai tahun 3, aku menangis kot bila Misaki bagi ucapan, terutamanya bila dia cakap tentang Sakurasou. Sedih gila. Mencurah-curah air mata aku. Aku kalau babak sedih memang tak leh tahan, sobsob, (T-T). Opening dan ending sedap. Tapi aku skip juga sebab tak sabar nak tengok ceritanya, haha. Art dia pula, walaupun nampak santai je, tapi coloring dia cantik, vibrant and look so fresh. Aku memang suka this kind of animation.



TOARU MAJUTSU NO INDEX SEASON 1 & 2


Genre: Action, Fantasy, Superpower, Comedy
Episode: 24 (Season 1), 24 (Season 2)
Sumber: Light Novel (oleh Kamachi Kazuma)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2008-2009, 2010-2011
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Pada mulanya, aku sangka siri ni memboringkan, sebab watak macam tak berapa menarik. But it turned to be so interesting. Konsepnya sains versus magic/kepercayaan, yang mana some people percaya kuasa yang diorang ada dikenali sebagai esper dari sudut sains, manakala bagi yang mempunyai kepercayaan, mereka percaya kuasa mereka dianugerahkan oleh tuhan mereka. Watak utama sangat plain dan tak ada kuasa hebat, just a right hand yang boleh negate kuasa orang lain, sehingga di akhir cerita. For me, watak yang paling menonjol adalah Accelerator dan Misaki (Railgun). Both have a really great power and development. Babak pertarungan sangat-sangat best dan sengit, lagi-lagi between Misaki dan Accelerator. Cuma rasa annoying sangat bila penyebab Accelerator dan antagonist lain tumbang adalah tumbukan Touma je. Not convincing at all. Sigh. Artnya smooth and clean, shiny everywhere, dan warna yang sedap mata memandang, tapi tak ada yang outstanding pun. It’s kind of okay. Animation get better masuk season kedua. Aku tak berminat dengan opening dan ending yang membuatkan aku skip every of them. Heeeee. WARNING!!! Anime ni mengandungi sensitivity agama. Tonton dengan minda yang terbuka.



PANDORA HEARTS


Genre: Mystery, Psychological, Fantasy, Action, Comedy
Episode: 25
Sumber: Komik (oleh Mochizuki Jun)
Studio: Xebec
Tahun Disiarkan: 2009
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Oz Vessalius, Xerxes Break
Anime Info: Klik Sini

Pandora Hearts mempunyai setting zaman Victoria di England dulu, dan digabungkan dengan tema “Alice in Wonderland” in dark element. Ianya mengisahkan tentang Oz Vessalius yang dicampakkan ke dalam penjara yang dikenali sebagai Abyss semasa majlis coming-of-age tanpa diketahui sebabnya. Dalam Abyss, dia diselamatkan oleh Alice, iaitu Bloodstained Black Rabbit. Misteri bermula apabila Oz membongkar misteri tentang Alice dan organisasi dikenali sebagai Pandora. Uniknya Pandora Hearts ni, walaupun cerita berunsur misteri, action, somewhat serious drama and a little bit of romance, tapi elemen komedi lebih menarik, which is why I’m not bored at all. Babak komedi disunting cantik dan kena pada tempatnya. Ianya ada aura tersendiri yang mampu tarik penonton. Twist dalam cerita pun sangat mengujakan. Siri ni mempunyai art yang outstanding dan gorgeous walaupun tak ada elemen shiny seperti kebanyakan anime sekarang ni. I just love the art, the animation and characters design. Nampak original. Babak pertarungan dan penggunaan magic juga dipaparkan dengan baik. Background music pula sangat-sangat sesuai dengan anime ni. Aku tak berkenan dengan lagu opening and ending, but maybe berubah fikiran sekiranya aku dengar berulang kali, haha. Sebenarnya, misteri dia tak dirungkaikan dengan sepenuhnya dalam anime. So aku baca manga dia untuk tahu cerita seterusnya. Superb sangat tau. So aku berharap akan ada second season untuk karya ni. Please, berharap ni, hukhuk.



INFINITE STRATOS SEASON 1 & 2


Genre: Mecha, Action, School, Harem
Episode: 12 (Season 1), 12 (Season 2)
Sumber: Light Novel (oleh Yumizuru Izuru)
Studio: 8-Bit
Tahun Disiarkan: 2011, 2013
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Kalau korang cari anime full with harem stuff and fuse with somewhat action, romance and mecha, this one is for you. And definitely was not mine. I was totally wrong as at first I thought it is a decend mecha anime with cute and pretty girl. Damn, kena tipu je, (T-T). Tapi aku still enjoy jalan cerita dan babak pertarungan. Ianya babak yang hebat dan sesetengah design mecha nampak menarik. Cumanya, Infinite Stratos (IS) banyak kurang dalam pelbagai aspek. Contohnya, macam mana mecha tu berfungsi, kenapa perempuan je yang boleh pilot mecha tu, atau mengapa Ichika satu-satunya lelaki yang boleh pilot mecha tersebut? Dan macam-macam lagi lah. Terlalu banyak persoalan. Dari segi watak, protagonist lelaki nampak sungguh membosankan, tak menarik langsung and unremarkable, tapi bagi protagonist perempuan, they seem just fine. Anime okay je, not really outstanding. Watak dianimasikan dengan baik dan fairly far from static. Somehow aku suka sangat dengan sekolah dan bilik darjah yang direka berunsurkan futuristic, nampak canggih sangat, XD. Opening, ending dan background music sound nice to me. But yeah, I’m a queen of skipping opening and ending. It was a nice song but not so interesting as much. Overall, IS is fun to watch.



CHARLOTTE


Genre: Action, Supernatural, Romance, Comedy
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Maeda Jun)
Studio: P.A.Works
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri ni mempunyai konsep dan idea yang menarik, di mana certain remaja mengalami penyakit pelik, iaitu mempunyai kuasa luarbiasa, namun ianya hilang apabila mereka meningkat dewasa. It’s a good story, jalan cerita yang menarik dan remarkable. Pada mulanya aku sangka ianya tentang cerita pelajar sekolah biasa yang ada superpower, tapi dipertengahan cerita terdapat twist plot yang tak disangka sejak adik Yuu, Ayumi mati kena hempap dengan bangunan akibat kuasanya sendiri. Tapi ending agak rushing dan seperti kacau-bilau sikit. Charlotte lebih focus pada watak utamanya, Yuu, sedangkan terdapat watak-watak lain yang mempunyai kuasa hebat, tapi kurang dipaparkan di skrin. Pengembangan watak juga dapat dilihat, lebih-lebih lagi Yuu. Tapi bagi aku ianya terlampau cepat disebabkan anime ni just have 13 episodes only. Jika dipanjangkan lagi episode, mesti seronok tengok watak-watak lain berkembang. Paling tak sangka, elemen romantic pun dia selitkan juga dalam ni. But it’s okay. Nao and Yuu merupakan pasangan yang hebat pada mata aku. They deserve each other walaupun Yuu selalu kena buli dengan Nao, hihi. Some of background music sound interesting, and I don’t care much about opening dan ending walaupun ianya bagus. Aku recommend anime ni, and it’s worth your time.



KORE WA ZOMBIE DESU KA? SEASON 1 & 2


Genre: Fantasy, Comedy, Mahou Shoujo, Action
Episode: 12 + 1 OVA (Season 1), 10 + 2 OVA (Season 2)
Sumber: Light Novel (oleh Kimura Shinichi)
Studio: Studio Deen
Tahun Disiarkan: 2011, 2012
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Wish to have zombie, ninja, vampire, magical girl and necromancer in one story? Nah, cerita ni untuk anda. Tapi kalau berharap ianya penuh dengan thriller and horror scene, lupakan je. Sebab zombie dalam ni tak makan orang pun, vampire pun rasanya tak hisap darah orang dan merupakan seorang ninja (what the heck??? XD), dan paling kelakar, zombie terpaksa jadi magical girl lepas curi kuasa ex-magical girl untuk tumpaskan raksasa, kahkahkah. Jalan cerita anime ni memang tak masuk akal. Pada mulanya ianya nampak normal tau, tapi selang beberapa minit semuanya jadi kacau-bilau bila identiti Ayumu sebagai Zombie didedahkan dengan brutal sekali dalam keadaan yang kelakar. Plot cerita okay, kadang-kadang ada babak yang keterlaluan (dari segi komedi), and there’s nothing scary in here. I’m glad, :’)   Dari segi watak, bagi aku wataknya tak original pun, walaupun ada mix (like ninja and vampire). Tapi okaylah, it’s cute and not scary. I love that. Ah, ianya nampak macam berunsurkan harem sebab 1 boy 4 girls, tapi aku rasa tak adalah sangat babak harem tu. Banyak babak kelakar je. Mungkin ada, tapi aku dah lupa kot, hihi. Art pula bagi aku biasa je, kind of okay with current animation. Tapi fight scene memang dianimasikan dengan baik sekali. Setting dan background okay je. Aku tak rasa opening dan ending dia memorable, but it was really nice.



RAIL WARS!


Genre: Adventure, Comedy, Harem, Action
Episode: 12
Sumber: Light Novel (oleh Toyoda Takumi)
Studio: Passione
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

At first, aku ingat cerita ni mengenai peperangan menggunakan kereta api. Tapi jauh panggang dari api, haha. Macam tak kena je tajuk dengan jalan cerita tau. I’m not really sure either this is combine of harem and eicchi genre or not sebab aku pun dah lupa kebanyakan babak dalam ni. But, maybe yes sebab boy dikelilingi dengan girls. Biasanya macam tu lah kan, kalau lelaki sikit, perempuan ramai, harem will be there, hewhew (-.-). Jalan cerita banyak mengenai watak secara individu, sometimes terlalu logic dan adakalanya boring sebab menggunakan plot yang sama berulang kali dalam setiap arc. Aku suka art Rail Wars! sebab cantik dan shiny-shiny gitu. Guna fresh color dan sedap je mata aku memandang. Design character pun okay, and I really love their uniform. Smart je tengok, hihi. Detail kereta api pun dia tunjuk dengan baik dan jells, means memang studio Passione ni buat kajian betul-betul mengenai kereta api. Aku tak berapa nak ingat background music, maksudnya ianya not very noticeable. Opening dan ending songs okay je. Aku tak expect banyak pun dari siri ni, tapi aku still enjoy secara santai.



GHOST HUNT


Genre: Supernatural, Mystery, Drama
Episode: 25
Sumber: Light Novel (oleh Ono Fuyumi)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2006-2007
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

This anime is a rare germ! Totally different dengan apa yang aku sangka. Sebab pada mulanya aku rasa mesti boring dan menakutkan disebabkan tajuknya tu, haha. Plot cerita bagus dan superb, menarik, unik dan sangat enjoy. Ianya menceritakan cara memburu hantu secara saintifik dan bagaimana pemburu hantu sebenar melakukan kerja. Setiap episode dan kes mempunyai twist tersendiri, dan membuatkan penonton sentiasa cuba meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Anime ni tak menakutkan pun, Cuma kadang-kadang ada babak yang suspense juga. Benda-benda creepy kurang sangat dalam anime ni, so kurang rasa takut nak tonton, hihi (sis takut dengan cerita hantu sebab nak tido nanti terbayang-bayang je, hewhew ‘-.-). Art bagi siri ni simple and plain tapi sesuai sangat dengan Ghost Hunt. Elemen kegelapan kurang, jadi banyak babak yang stand out. Dari segi bunyi pula, Ghost Hunt mempunyai proper sound untuk suspense scene, memang membantu hidupkan cerita. Kebanyakan watak direka dengan baik sekali, look nice dan mempunyai karakter tersendiri dan penuh misteri, lagi-lagi watak Naru. I really do enjoy this series, it’s full with mystery things, tapi dalam masa yang sama cara merungkai misteri tu dipamerkan dengan baik sekali.



RENTAL MAGICA


Genre: Supernatural, Mystery, Action, Comedy
Episode: 24
Sumber: Light Novel (oleh Sanda Makoto)
Studio: Zexcs
Tahun Disiarkan: 2007-2008
Personal Rating: 4/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Rental Magica mengenai Iba Itsuka yang terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya, iaitu menawarkan perkhidmatan sihir (magic). Walaupun seorang pengecut, Itsuki perlu menjadi seorang yang tegas, boleh diharap dan mampu berkomunikasi dengan pekerjanya. Selain perlu berhadapan dengan kekalutan pekerjanya, Itsuki juga perlu berhadapan dengan ancaman luar terhadap perniagaan keluarganya. Actually, aku mengharapkan sesuatu yang hebat dari siri ni, but I was turn down. Dengan konsep dan tema yang bagus, it should have a great story too. Jalan cerita tak memboringkan, tapi ianya tak ada aura yang mampu tarik hati aku untuk suka anime ni. Main protagonist pula, omaigad, too boring. Dia pengecut dan penakut, but in the same time hold a great power in his left eye. But for me, tak adalah hebat sangat pun. Hebat lagi rinnegan kot, heeeee. Other characters pun biasa-biasa je. Tak ada yang unik tentang mereka. Heroin pun tak menarik langsung. They had decent art. Ianya bagus bila selitkan elemen kegelapan dalam background, yang mana mampu menaikkan lagi seri misteri sesuatu babak. And I don’t like fight scene at all. Tak hebat langsung. Kebanyakan power does not impress me. Overall, ianya tak memboringkan, cuma it’s not my taste. Tak sarankan pun, tapi terpulanglah kalau nak tengok. It’s your choice. ;)



CHUUKA ICHIBAN! (COOKING MASTER BOY)


Genre: Culinary, Adventure, Comedy
Episode: 52
Sumber: Komik (oleh Ogawa Etsushi)
Studio: Zexcs
Tahun Disiarkan: 1997-1998
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

An old anime. First tengok kat 8TV in Chinese dubbed. Second time tengok yang Japanese dubbed pula. Bila aku bandingkan keduanya, aku lebih suka Japanese dubbed sebab lebih menarik. Siri ni mainly focus pada budak lelaki cina berumur 13 tahun yang bercita-cita nak jadi tukang masak nombor 1 di China. Selain itu ianya turut memaparkan tentang kulinari masakan cina dan cara penyediaan yang menarik. Kalau korang pernah tengok cerita kungfu melibatkan chef atau pertandingan memasak, ianya lebih kurang macam tu lah. Siri ni buatkan normal profession seem like magic. Boleh nampak cara memotong yang luarbiasa (semua benda terbang), dan kritikan terhadap makanan yang sometime nampak kelakar dengan background yang cantik. Plot cerita is a usual thing in adventure genre. Mengembara dari satu tempat, ke tempat yang lain untuk dapatkan pengalaman yang menakjubkan. Walapun animation dan sound tak seperti standard animation sekarang, it is still look nice dengan warna-warna yang meriah. Detail pada makanan boleh buatkan penonton telan air liur je. Aku ingat lagi episode pasal dumpling naga. Uih, terliur tengok naga tu, haha. Watak-wataknya likeable, dan kebanyakan mereka mempunyai sejarah masing-masing yang membuatkan mereka betul-betul passion pada bidang masakan. Persembahan yang santai dan tak terlalu serius. I don’t think I found any drama in here. Tapi aku tak suka ending cerita ni. Entah apa-apa, tergantung tak kena pada tempat, hewhew. Those yang suka anime masak-masak, boleh try tengok siri ni. It’s great walaupun mempunyai ending yang annoying, haha.



**Bila aku review anime yang aku tengok, baru aku perasan, rupanya aku banyak juga tengok anime yang berunsurkan harem, tak pun diselitkan sikit unsur-unsur harem tu. Tapi disebabkan jalan cerita lagi best dari babak harem, kadang aku jadi tak kisah dan lama-lama lupa siri tu ada harem, hewhew. Aku bukannya suka dengan harem, but sometimes kalau jalan cerita tu bagus, aku still tengok juga, XD. Okay, habis dah review part 5. Tunggu part 6 pula ye yang entah bila akan kunjung tiba, hahaha. Untuk baca review part 4, boleh tengok tajuk post ini, Anime Review 2017 – Part 4.


-End the written while listened to : Avril Lavigne – What The Hell-


The badass Kaneki before and after.


No comments: