AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, April 6, 2017

Anime Review 2017 – Part 6


Hi guys! Aku baru perasan yang post review yang lepas-lepas ada 12 buah cerita dalamnya. Sebab sebelum ni kan aku ada cakap yang aku akan review 10-15 anime dalam satu post. Tapi dalam tak sedar aku fix pada 12 anime untuk satu post, hehe. Tak apalah, tak mempengaruhi post aku pun. Yang mempengaruhi adalah masa dan tahap kerajinan aku je, hakhak, XD.

Okay straight to the point. Kali ni aku review anime-anime berikut: Kekkai Sensen, Madan no Ou to Vanadis, Baby Steps, Ouran High School Host Club, Tegami Bachi Season 1 & 2, Ushinawareta Mirai wo Motomete, Shiki, Shakugan no Shana, Mahou Sensou, The Law of Ueki, Fruits Basket, dan Dansai Bunri no Crime Edge.


KEKKAI SENSEN


Genre: Action, Supernatural, Fantasy, Mystery, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Nightow Yasuhiro)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Kalau korang jenis yang suka anime yang macam tak ada plot cerita macam anime Durara!, you will sure love this anime. Aku pun suka juga, tapi mengambil masa yang lama nak faham jalan cerita, hewhew. Bagi aku, siri ni jenis kena tengok sampai habis baru faham. Kalau kau tengok sekerat, then kau drop sebab tak faham, sampai bila-bila tak faham, hehe. Satu benda yang aku suka tentang Kekkai Sensen adalah babak pertarungan mereka. Awesome sangat tau. But I don’t think konsep kuasa mereka berasaskan darah adalah original sebab pernah tengok kuasa sebegitu dalam anime lain seperti Vampire Knight dan Dead Wonderland. Pertarungan yang paling hebat adalah antara Zapp dengan Tok Guru dia. Seronok betul aku tengok. Watak utama tak hebat pun macam watak-watak lain, tapi dia ada sepasang mata yang hebat, iaitu “All-seeing Eyes of God” yang diberi oleh entity misteri. Mata tersebut mampu melihat benda-benda halus yang mata kasar tak boleh lihat. Lagi satu mata tu cantik sangat, warna biru dan canggih kot, hehe. Watak-watak anime ni banyak, tapi sikit je masa yang memaparkan mereka, sedangkan they can be a good characters yang mampu tarik penonton. Lukisan dan animation Kekkai Sensen ni outstanding, unik dan hebat. Cuma tak berapa berkenan dengan setting dan background sebab macam penuh dan crowded gila. Serabut mata aku tengok. Both opening and ending best sangat. Deserve to be in my collection. Senang nak ingat dan catchy je.



MADAN NO OU TO VANADIS


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Military, Romance, Harem
Episode: 13
Sumber: Light Novel (oleh Kawaguchi Tsukasa)
Studio: Satelight
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Madan no Ou to Vanadis ni focus terhadap Tigrevurmud Vorn (short is Tigre) dan juga Eleonora (Elen), War Maiden dan pemerintah wilayah Leitmeritz. Ada certain part dalam siri ni buat aku confuse sangat, kadang term pun tak berapa nak jelas (not sure salah fansub ke bukan, hewhew). Tapi konsepnya menarik, iaitu wanita sebagai peneraju utama atau ketua dalam sebuah peperangan. Aku suka idea ni, aku cuma tak berkenan dengan characters design (you know why, XD). Watak-wataknya likeable, cuma Tigre ni macam soft sangat bila dengan Elen. Elen pula bagi aku watak yang cantik, berani, jenis tak kisah tapi sangat caring terhadap subordinat dia. Yang tak bestnya, pacing cerita macam laju, then watak War Maiden yang lain-lain pun kurang dipamerkan di skrin. Aku punya tunggu nak tengok hebat ke tak war Maiden yang lain. Kalau tak silap, ada yang tak dipamerkan dalam cerita tau, walaupun watak tersebut ada diselitkan dalam opening. Hampa rasa, hukhuk. Dari segi animation, aku tak rasa yang CGI blending dengan baik with background, tapi setting dan backround gorgeous sangat. Art pun cantik. Dari segi bunyi-bunyian, they were doing surprisingly well. Background music yang sangat hebat dan menghidupkan lagi babak, serta lagu opening yang penuh klasik, mendayu dan memorable, lagi-lagi part chorus. I did enjoy this, tapi sebab ianya diselitkan harem and some of naked scene, also some part yang aku tak berapa nak faham, aku tolak some points. Anyway, this anime is fun to watch.



BABY STEPS


Genre: Sport, Comedy, Romance
Episode: 50
Sumber: Komik (oleh Katsuki Hikaru)
Studio: Pierrot
Tahun Disiarkan: 2014-2015
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Ike Souji
Anime Info: Klik Sini

Mengenai pertandingan suka tenis untuk junior (student sekolah menengah) antara kelab-kelab di wilayah Kanto, dan perjalanan Maruo Eichiiro yang baru berjinak-jinak dalam dunia tenis untuk kejar cita-citanya menjadi pemain tenis professional. Kalau dalam Prince of Tennis (POT), tenis dimainkan secara berkumpulan antara sekolah, tapi dalam Baby Steps, hanya dipaparkan acara solo je, dan ianya focus terhadap acara lelaki perseorangan. Untuk acara wanita perseorangan pula, selalunya terus skip kepada pemenangnya. Paling best, aku dapat tengok dan menimba ilu sikit macam mana pemain tenis melakukan latihan dan senaman jenis apa yang perlu dilakukan, serta strategi yang perlu ada untuk bermain tenis. Aku juga dapat belajar terma-terma sukan tenis yang aku tak pernah dengar sebelum ni. It’s kind of good. Watak dalam siri ni direka sebagai pemain tenis secara reality, dan ditunjukkan juga flashback pemain yang struggle untuk menang dalam pertandingan. Eichiiro sebagai watak utama sangat menonjol dan mempunyai development paling banyak, lagi-lagi hanya bermain tenis selama dua tahun je tapi dah boleh compete dengan pemain professional. Cuma tak berapa berkenan dengan rambut Eichiiro ala-ala jambul ayam tu. Annoying je aku tengok, XD. Aku suka dengar opening kedua siri ni sebab catchy dan melodinya senang nak ingat dan simple. Pengakhiran Baby Steps was okay, walaupun kurang menarik. Mungkin akan ada penambahan season baru kot sebab dia belum main lagi dalam All-Japan Junior Tennis Tournament. By the way, favorite seiyuu aku, Hosoya Yoshimasa ada dalam ni as Ike Souji. Dengar suara je dah tau tu suara Yoshi, hihihi. Recommend siri ni untuk ditonton.



OURAN HIGH SCHOOL HOST CLUB

Genre: Romance, Comedy, School
Episode: 26
Sumber: Komik (oleh Hatori Bisco)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2006
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Tamaki Suou
Anime Info: Klik Sini

One of my favorite rom-com anime! Siri ni comel dan sweet sangat tau, dan banyak benda tak masuk akal dan kelakar setiap episode. Lepas tu senyum sorang-sorang sambil berangan, kahkahkah. Memang recommend sangat bagi mereka yang berminat dengan anime berunsurkan romance and comedy. OHSHC mengisahkan tentang Fujioka Haruhi yang mendapat biasiswa dan mendaftar masuk ke Ouran High School, sebuah sekolah elite untuk anak-anak golongan berada dan beprestij tinggi. Dalam sekolah tu, dia bertemu dengan sekumpulan pelajar lelaki yang menubuhkan Host Club khas untuk pelajar perempuan. Haruhi terpaksa menyamar sebagai pelajar lelaki dan melayan student perempuan di Host Club kerana tak sengaja pecahkan pasu bernilai 8 juta yen. Walaupun pada awalnya niat Haruhi cuma nak langsaikan hutang pasu tu, tapi lama-lama dia rasa seronok berada dalam kelab tersebut, dan rata-rata semua ahli kelab caring sangat dgn Haruhi. Babak romantic bermula bila Tamaki jatuh cinta dengan Haruhi. Watak-watak dalam OHSHC semua unik dan menghiburkan. Tak padan dengan status anak orang kaya. Memang sentiasa pecah perut dengan kerenah diorang ni. Dan sangat best dan terasa cool je bila ahli kelab sentiasa tolong dan melindungi Haruhi bila dia ditimpa masalah.  I don’t have problem with their art and animation because for me it was great. Gaya lukisan sesuai dengan cerita. Lagu opening best, rancak dan bertenaga. Ianya berentak pop dan memang sesuai dengan anime jenis rom-com. Ending pula sounded masculine, tapi tak berapa nak melekat dengan telinga ni, hehe. OHSHC ni ada buat drama live-action tau. Best juga, tapi aku tak berapa berkenan dengan pelakon yang lakonkan watak Suou, sebab rasa tak kena dengan watak je, haha. Try lah tengok, heeeee.



TEGAMI BACHI SEASON 1 & 2


Genre: Fantasy, Adventure, Action, Drama, Comedy
Episode: 25 (Season 1), 25 (Season 2)
Sumber: Komik (oleh Asada Hiroyuki)
Studio: Pierrot
Tahun Disiarkan: 2009-2010, 2010-2011
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Gauche Suede
Anime Info: Klik Sini

Siri ni mempunyai idea yang unik iaitu cuba mengetengahkan konsep pekerjaan penghantar surat/barang dan mempunyai sedikit elemen bertemakan lebah. Sebab dalam anime ni ada term yang berkaitan dengan lebah tau, seperti Letter Bee (penghantar surat) dan Bee Hive (HQ untuk Letter Bee). First impression aku terhadap siri ni adalah ianya best dan menghiburkan lepas aku baca review dari blog justanimefreak.blogspot.my, sebab penulis blog tu recommend untuk tonton. Tapi mungkin citarasa aku tak sama dengan penulis blog tu, sebab aku rasa macam ada yang kurang dalam siri ni yang buatkan aku rasa tak berapa nak enjoy, dan geram sebab Tegami Bachi boleh jadi lebih hebat tau. Dari segi aksi pula, sesetengah babak mempunyai aksi yang menarik, tapi certain babak aksi tak impress aku pun. Watak utama dalam ni adalah budak lelaki bernama Lag Seeing dan juga dingo bernama Niche, makhluk yang dikenali sebagai Makka. Personally, aku lebih suka kalau Gauche yang jadi watak utama tau, sebab Lag ni macam terlalu bergantung dengan kewujudan Gauche walupun dia ada kuasa istimewa pada mata dia. Niche pula too childish, sampai aku naik menyampah kadang tu. Terdapat juga Letter Bee lain yang hebat dalam ni, and some of them just too hot, XD. Dari segi animation, CGI tak blending langsung dengan background, nampak sangat CGI-nya dan macam tak balance dan tak sesuai. Terkadang ada juga babak yang macam slow je animasinya. Masuk season kedua yang diberi judul Tegami Bachi REVERSE, jalan cerita jadi lebih menarik. Bukan dari segi jalan cerita je, art dan animation pun jadi lebih baik. Elemen misteri lebih menonjol dan buat aku tak sabar untuk habiskan siri ni untuk tahu kesudahannya. Walaupun nampak macam banyak kelemahan, tapi aku still looking forward untuk season ketiga. Sebab season kedua dah buat aku berdebar-debar nak tahu kebenaran dan apa sebenarnya yang terjadi pada Gauche dan ibu Lag masa mereka berada di Akatsuki.



USHINAWARETA MIRAI WO MOTOMETE


Genre: Drama, Romance, Mystery, Sci-Fi
Episode: 12
Sumber: Game (oleh Trumple)
Studio: feel.
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Konsep dan ideanya bagus which is bagaimana masa lampau boleh merubah masa depan. Permulaan jalan cerita baik, macam drama Korea tentang alam persekolahan masa first episode. Feeling aku masa mula-mula tengok siri ni exactly like that. Bila Yui tiba-tiba muncul pun it’s still look normal, walaupun aku tertanya-tanya dari mana datangnya this girl. Tapi lepas Kaori mati, everything mengelirukan, suddenly story focus on Yui and Sou, and little by little identity Yui dibongkarkan. Dari segi watak, ianya langsung tak menarik hati aku, baik watak utama atau watak sampingan. Actually aku agak annoying juga dengan Kaori dan Sou, sebab masing-masing ada perasaan tapi tak nak luahkan. Kaori pun sebenarnya macam obsess dengan Sou tau, tapi kurang ditunjukkan. Setting dan background anime cantik and shiny and vibrant. Aku suka tengok. Tapi lukisan watak macam tak berapa sesuai dengan background. Too simple and plain. Bagi aku art background lebih menonjol dari watak anime ni. Animation pula macm perlahan dan tak konsisten pada certain part. Lagu opening sedap didengar walaupun bukan citarasa aku, melodi yang mendayu-dayu dan terasa sesuai dengan siri berunsurkan misteri ni. Ending pula berentak pop ballad, okaylah untuk didengar. Overall, aku enjoy juga tengok anime ni, cuma tak puas hati dengan jalan cerita yang kadang mengelirukan aku je. Tapi kalau episode ditambah lagi, mungkin elemen misteri tu lagi kuat dan lebih menarik kot.



SHIKI


Genre: Supernatural, Horror, Mystery, Vampire, Drama, Fantasy
Episode: 22
Sumber: Novel Series (oleh Ono Fuyumi)
Studio: Daume
Tahun Disiarkan: 2010
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri anime ini bertemakan vampire dan berkonsepkan survival yang diadaptasi dari novel seram. Ianya menceritakan tentang bagaimana nak survive dalam dunia yang tak boleh nak bezakan antara yang baik denga yang jahat. And this anime was unexpectedly sangat seram and thrill. Shiki mengolah kembali asal-usul vampire dan mitos tentang mereka. Dalam anime ni, penduduk dalam sebuah kampung mengalami kematian yang tidak diketahui punca. Doctor Ozaki, ketua perubatan sebuah klinik kecil merasa pelik dengan kejadian tersebut. Selepas buat penyiasatan terhadap satu persatu kematian yang menimpa penduduk kampung, Doktor Ozaki akhirnya menemui jawapan yang mana kematian misteri tersebut dilakukan oleh makhluk dikenali sebagai Shiki. Walaupun seram dan menakutkan, mata aku still tak lepas dari skrin tau. Itu menunjukkan betapa hebatnya jalan cerita Shiki sampaikan aku yang penakut ni pun boleh tengok sampai habis. Ianya penuh dengan babak suspense dan menakutkan. Siri juga buat aku berfikir untuk cari penyebab utama kematian pelik tu. Mulanya memang tak sangka ianya adalah cerita vampire. Sebab rasa macam cerita misteri biasa je, hehe. By the way, ending dia tak best sebab tergantung. Watak utamanya 4 orang, tapi dalam siri ni jelas nampak yang semua watak sangat penting dan menonjol walaupun yang dah mati dan hidup kembali, sebab Shiki mempunyai sub-plot yang sangat awesome. Art dia biasa je, tapi bagi aku cantik dan sesuai dengan cerita. Warna pun nampak okay dan elemen kegelapan dia terserlah. Kebanyakan watak pun unik dan mempunyai crazy hairstyle. I wish they have second season. Atau pun dah ada tapi aku tak tahu? Haha. Guys, just a slight of warning, this anime contains violence and profanity. So watch with your own risk okay? ;)



SHAKUGAN NO SHANA (ALL SEASONS)


Genre: Action, Supernatural, Fantasy, Romance, Comedy
Episode: 24 (Season 1), 24 (Season 2), 24 (Season 3)
Sumber: Light Novel (oleh Takahashi Yashichiro)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2005-2006, 2007-2008, 2011-2012
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Shakugan no Shana pernah ditayangkan lewat malam di NTV7, zaman aku sekolah dulu. Tapi rasanya cuma season 1 je kot yang ditayangkan. Disebabkan aku tak habis tengok sebab asyik tertido je, aku rewatch dalam 3 tahun lepas kot (tak ingat sebab lama sangat) untuk all seasons. Season pertama bagi aku macam agak kurang menarik dan kadang-kadang mengantuk juga. Fighting scene pun tak begitu mendebarkan. So-so je. Tapi jalan cerita lebih menarik masuk season 2 dan 3. Lebih banyak aksi pertarungan yang menarik dan kuasa yang mengagumkan aku. Twist cerita agak mengejutkan. Berfikir juga aku masa tengok anime ni, hewhew. Dari segi art dan animation, ianya harus diberikan pujian sebab memang hebat. Characters design pun unik, original and look amazing. Rambut merah menyala Shana memang rare dan cantik tau, bersinar-sinar je. Aku suka tengok. Babak pertarungan pun nampak epic. Kalau dari segi bunyi-bunyian, background music sangat best. Tapi untuk opening dan ending, aku cuma suka opening yang dinyanyikan oleh KOTOKO, “Light My Fire”. Lagu tu best, bertenaga dan sangat kena dengan Shakugan no Shana. Memang dok ulang opening yang ini je, hehe. Watak-watak dalam ni semuanya memainkan peranan penting. Tapi kan, aku macam tak berapa suka suara Shana, bunyi macam kanak-kanak sangat. Lagi suka klau suaranya matang ala-ala remaja dengan badan renek dan comel gitu, hihi. Watak pun ada twist tau. Kena tengok sendiri kalau nak tahu watak siapa yang kena twist tu. ;)



MAHOU SENSOU


Genre: Action, Supernatural, Romance, Comedy
Episode: 12
Sumber: Light Novel (oleh Suzuki Hisashi)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Sigh. Aku punya expectation terhadap anime ni tinggi tau sebab synopsis dan konsep dia nampak best sangat. Tapi apa yang aku dapat adalah keliru dengan jalan cerita dia, rasa geram sebab tak seperti yang disangkakan, dan menyesal because they can do better than this. Watak-watak pula bagi aku biasa je dan tak ada yang unik. Budak lelaki nak jadi hero, adik yang nak cari abangnya, and tsundere girl. Lagi satu, macam tak masuk akal je bila watak utama terus nak tolong budak perempuan yang pertama kali jumpa, dan tinggalkan dunianya untuk pergi ke dunia lain. And then, orang-orang normal macam senang je nak jadi magician. Bila ada magician guna magic berhampiran mereka, they can be one. Nothing special. Art and animation cantik. Character design nampak cool dengan amazing weapons. Magic circles pun nampak awesome. Dari segi bunyi, tak ada impak apa pun. Yang menariknya cuma ending je, “Born To Be” oleh Nano. Lagu ni berbunyi epic tau, bertenaga dan mempunyai rentak yang laju yang menunjukkan anime ni nampak epic, walaupun hakikatnya bukan sebegitu. So, I did enjoy some scenes while watching this series. Sejujurnya Mahou Sensou boleh jadi lebih baik sekiranya plot cerita diubah. Kalau korang sukakan aksi dan magic dan sedikit romance, mungkin korang akan berminat untuk tengok. Tapi ada cerita lain yang way more better than this.



THE LAW OF UEKI


Genre: Action, Adventure, Superpower, Fantasy, Comedy, Shounen
Episode: 51
Sumber: Komik (oleh Fukuchi Tsubasa)
Studio: Studio Deen
Tahun Disiarkan: 2005-2006
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri ni bermula dengan sangat lemah, yang mana kau rasa tak ada tarikan pun, walaupun ini anime shounen. The Law of Ueki mengisahkan tentang budak lelaki (a God Candidate) yang boleh menukar sampah menjadi pokok, cuba untuk memenangi pertandingan dengan berlawan God Candidates yang lain supaya dapat hadiah berupa null talent (apa-apa talent yang diingini). Bagi aku ideanya macam kurang menarik, story pun not it’s strongest point. Tapi disebabkan siri ni berdasarkan pertandingan dan aksi, ianya menjadikan The Law of Ueki sangat menarik dan brilliant, and manage to pull me in. Dan ianya menyebabkan aku terpaku je depan screen, dan seboleh-bolehnya nak habiskan terus sehari (but I couldn’t, XD). Art and animation kind of okay berdasarkan teknologi yng ada pada tahun disiarkan. Characters design pun look fine and original. Watak-watak mempunyai peranan yang pelbagai dan kuasa yang berbeza. Ada juga pengembangan watak, lagi-lagi lepas masing-masing menjalani latihan intensif. By the way, aku suka sangat dengan Tenko sebab comel je melekap dekat tangan. Tapi bila dalam bentuk sebenar, tak comel langsung, XD. Aku skip opening dan ending, so I don’t know much about them, sebab syok sangat nak habiskan cerita, heeeee. Overall, ianya merupakan siri yang hebat. Aku seriously enjoy sangat tonton anime ni sebab babak pertarungan yang awesome and intelligent. Komedi yang diselitkan pun kelakar dan tak rasa boring pun. Pengakhiran pun bagus, cuma aku lupa tergantung ke tak, hehe.



FRUITS BASKET


Genre: Supernatural, Romance, Fantasy, Comedy
Episode: 26
Sumber: Komik (oleh Takaya Natsuki)
Studio: Studio Deen
Tahun Disiarkan: 2001
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Fruits Basket pernah bersiaran di NTV7 dalam Bahasa Melayu masa aku sekolah menengah kalau tak silap. Tapi aku tak sempat nak tonton sebab kena tinggal kat hostel, wuwuwuwu. Aku try tengok tahun lepas sebab ramai yang review kata best sangat. Ianya mengisahkan Honda Tooru yang terpaksa tinggal dengan keluarga Souma sementara rumah datuknya diubahsuai. Semasa tinggal dengan bersama, Tooru secara tak sengaja mengetahui rahsia keluarga Souma, yang mana jika mereka disentuh atau dipeluk oleh berlainan jantina, mereka akan bertukar menajdi haiwan-haiwan dalam zodiak cina. Rupa-rupanya itu adalah sumpahan turun-temurun keluarga Souma dan merupakan peristiwa hitam bagi mereka. Jalan cerita bai aku sangat hidup dan kelakar. Elemen misteri yang diselitkan pun terasa walaupun tak banyak. Banyak babak yang menarik dan mapu buatkan penonton gelak je. Sangat menghiburkan. Dari segi watak, setiap watak direka secara unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Rambut ahli keluarga Souma kebanyakannya mempunyai warna yang matching dengan warna haiwan zodiac sumpahan mereka. Tooru pula direka sebiasa mungkin untuk menampakkan imej remaja perempuan Jepun yang normal. Art and animation was fine for me, thought it is not following current animation standard. Biasalah dengan tahun 2001, mana nak sama ka. Unless diorng remake anime ni. Runut bunyi okay je. Openingnya seang nak ingat tapi bukan citarasa aku, so aku skip everything, hihihi. Aku tak suka ending dia, tergantung sebab tak menjawab misteri disebalik sumpahan keluarga Souma. Frust betul. Nak baca manga dia malas kot, hahaha.



DANSAI BUNRI NO CRIME EDGE


Genre: Action, Mystery, Romance, Thriller, Comedy
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Hikagi Tatsuhiko)
Studio: Studio Gokumi
Tahun Disiarkan: 2013
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Mengisahkan tentang death game yang menjadikan “Hair Queen”, Mushanokouji Iwai sebagai sasaran utama dengan menggunakan senjata atau barang yang telah disumpah yang dipanggil “Killing Good”. Sekiranya salah seorang dari Author (pemilik Killing Good) berjaya membunuh Iwai, dia akan mendapat apa yang dia hajati. Iwai ni pula dilindungi oleh Haimura Kiri, salah seorang Author yang mempunyai sebilah gunting rambut yang disumpah dan diberi nama Dansai Bunri Crime Edge (The Severing Crime Edge). Gunting tu pula rupa-rupanya adalah barangan turun-temurun moyangnya yang digunakan untuk membunuh. Jalan cerita siri ni bermula dengan penuh misteri, tapi perlahan-lahan dia bertukar kepada setting dan background yang ceria sikit, dan kadang-kadang ada babak yang mempunyai elemen kegelapan, lagi-lagi babak Author perlu membunuh Iwai. Siri ni ada berunsurkan thriller sikit, tapi tak dapat rasa thrill atau takut masa tonton. Aku rasa best masa tengok part komedi je dengan watak yang dilukis memek muka kelakar. Time ni tak boring pun. I can’t say I like their fight scene, sebab bagi aku biasa je. It was okay. Lukisan dan animation biasa je, tak ada yang outstanding pun. Warna-warna dia pun macam kurang meriah, jadi kurang memikat hati aku. Opening dia tak menarik hati langsung. Melodinya berbunyi misteri tapi macm tak sampai je rasa misteri tu pada telinga aku, huhu. Keseluruhannya, bolehlah kalau nak layan lagi, sebab aku pun tak rasa boring sangat masa tengok. Just rasa macam rekaan wataknya tak kena dengan jalan cerita, dan jalan cerita sometimes confuse juga, hewhew.



**Done for part 6. Now I’ll be focusing for part 7. Tapi macam nak focus kat benda lain juga je, hurm hurm. Harapnya bolehlah dapat update part 7 minggu depan sebelum aku busy dengan kerja pindah-randah, hewhew. Untuk baca part 5, boleh pergi ke tajuk Anime Review 2017 – Part 5.


-End the written while listened to : Taylor Swift – White Horse-


Bye-bye!


No comments: