AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, April 13, 2017

Anime Review 2017 – Part 7


Salam. Dapat news tak jadi pindah pula, huhu. Nasib baik aku tak kemas apa-apa barang lagi, sebab aku malas nak mengemas, haha. Weekend lepas mood marathon aku datang, lagilah memang tak buat kerja, pagi petang siang malam mengadap skrin computer je, haha, XD. Aip, jangan jadikan contoh ni ye. Perangai tak elok ni, hewhew.

Habis dah pasal perangai pemalas, jom baca review pula. Kali ni aku review anime: Terra Formars Season 1, Kono Subarashii Sekai ni Shukufuku wo! Season 1 & 2, eldLIVE, Ao no Exorcist: Kyoto Fujouou-hen, Haikyuu!! (Season 1-3), Bakuman (All Seasons), Shirobako, Mirai Nikki, Nabari no Ou, Persona: Trinity Soul, Psychic Detective Yakumo, dan Lovely Complex.



TERRA FORMARS SEASON 1


Genre: Action, Horror, Sci-Fi
Episode: 13
Sumber: Komik (oleh Sasuga Yuu)
Studio: Liden Films
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Kalau korang jenis yang geli dengan serangga, lagi-lagi lipas, better jangan tengok anime ni. Kang tak pasal-pasal setiap malam mimpi pasal lipas gergasi pula, haha.  Okay, siri ni mempunyai setting masa depan dan background utama dia adalah di planet Marikh. Bagi aku, konsep dan ideanya sendiri adalah unik, outstanding dan original. This is the first time aku tengok anime berdasarkan serangga semata-mata. Jarang kot ada konsep ni. Macam-macam serangga boleh belajar dalam ni tau. Aku tak tahulah sama ada creator Terra Formars ni peminat serangga atau tak, tapi aku rasa dia betul-betul study mengenai serangga-serangga yang dia guna dalam manga dia. Awesome kot. Watak paling menonjol dalam ni adalah lipas. Ye, lipas. LIPAS. Lipas yang hidup kat planet Marikh. Lipas yang ada otot-otot besar macam abang-abng sado tu. Lipas gergasi yang boleh terbang, haha. Okay, tu watak antagonist ye. Untuk watak protagonist pula, there’s too many characters in here. Tapi kebanyakannya mati cepat. So tinggal beberapa orang penting yang berkemungkinan mampu bertarung dengan lipas (sebab lipas tu kuat, cerdik dan sentiasa evolve dengan tiru pergerakan musuh). Lipas tu dah jadi satu komuniti kat planet Marikh. Lukisan dia agak serius dan detail, tapi tak crowded. Animation pun okay, and really good with fighting scene and so on. It’s hard to find comedy scene sebab kebanyakan babak adalah serius. Dan rasanya kalau ada babak komedi pun macam tak kelakar je, huhu. Runut bunyi was okay, tapi tak suka opening dan ending dia. Aku admit mata aku memang melekat kat screen computer je sebab anime ni best sangat, lagi-lagi bab pertarungan. Huih, merecik, hehe.



KONO SUBARASHII SEKAI NI SHUKUFUKU WO! SEASON 1 & 2


Genre: Comedy, Fantasy, Action, Adventure
Episode: 10 (Season 1) + 1 (OVA), 10 (Season 2)
Sumber: Novel Series (oleh Akatsuki Natsume)
Studio: Studio Deen
Tahun Disiarkan: 2016, 2017
Personal Rating: 9/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

One of my favorite 2016/2017 anime! Baru je habis tengok, tapi aku still tak boleh move on lagi, haha. Aku jadi berminat nak tengok sebab ramai betul yang post pasal KonoSuba ni. Memang seronok layan. Dua hari je kot aku habis layan season 1 & 2, hehe. Jalan cerita KonoSuba ringkas je, senang nak faham, menghiburkan dan memang addicting habis. KonoSuba juga mempunyai setting RPG macam video game berunsurkan fantasi. Kisahnya mengenai Satou Kazuma yang diberi kehidupan baru di dunia fantasi lepas mati dalam keadaan memalukan. Misi utamanya adalah untuk tumpaskan Devil King (yang entah season berapa baru jumpa Devil King ni, XD), dan dia ditemani oleh Aqua; completely useless goddess, Megumin; a chuunibyou magician, and Darkness; a masochist crusader. Bila ada dengan mereka bertiga ni, macam-macam malang tak berbau hinggap kat Kazuma. Watak-wataknya unik dan betul-betul menghiburkan. Masing-masing ada personality yang agak gila-gila. Susah nak cari watak yang serius, sebab watak antagonist yang menakutkan pun kelakar kot. Tak padan dengan nama yang menyeramkan, haha. Aku beri pujian berganda pada seiyuu-seiyuu KonoSuba sebab memang betul-betul menghidupkan watak-watak dalam siri ni. It’s awesome sebab tona suara semua perfect. Aku suka both opening, lagi-lagi first season punya. Ending pun best, dan kedua-duanya berentak country, sesuai dengan cerita fantasi. Siapa yang suka dengan anime jenis gila-gila, memang sarankan sangat tonton KonoSuba. Santai habis, boleh hilangkan stress tau sebab tak berhenti gelak, haha. So, bila agak-agaknya season 3 nak keluar ye? Tak sabar ni, XD.



ELDLIVE


Genre: Action, Police, Sci-Fi, Superpower, Comedy, School
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Amano Akira)
Studio: Pierrot
Tahun Disiarkan: 2017
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

eldLIVE adalah hasil karya Amano Akira-sensei, yang pernah hasilkan anime Kateikyoushi Hitman Reborn (Reborn!). Aku punya expectation tinggi tau untuk siri ni, tapi first episode je dah rasa kecewa sikit, sebab lari dari apa yang aku bayang, hukhuk. Aku rasa jalan cerita dia seakan-akan untuk tontonan kanak-kanak, jadi aku yang dah dewasa ni (kononnya, hakhak, XD), macam kurang tertarik dengan certain babak. Tapi dalam masa yang sama ada watak yang half-naked masa bertarung, so tak mungkinlah untuk kanak-kanak kan? Confuse aku, huhu. Animation, background dan warna buat aku rasa macam tengah menonton kartun Totally Spices, haha. Tapi aku suka warna dia yang fresh dan vibrant, nampak siri ni ceria sangat. Aku rasa animation eldLIVE ni ada pengaruh kartun Hollywood sikitlah. Design characters was okay. In fact, aku suka dengan watak Sonokata Mizusu. Cantik, kuat, dan nampak cool je masa bertarung. Alien pun banyak yang comel dan tak menakutkan pun. Watak-watak banyak membantu menghidupkan babak dan ada peranan sendiri, dan sejujurnya aku lebih suka sekiranya screen time diorang dipanjangkan. Kuasa masing-masing bagi aku biasa je. Tak ada yang luarbiasa. Somehow rasa macam Kugimiya Rie tak sesuai bawa watak Dolugh je, sebab terasa macam Kagura bertopengkan Dolugh, hahaha. Tapi lama-lama okay je dengar. Opening dan ending dia sedap. Wajib ada dalam mp3 player aku, hihi. Walaupun aku rate 7/10, tapi aku enjoy sangat siri ni. Kalau tak, mana mungkin aku boleh habiskan dalam satu hari kan? Cuma kalau nak bandingkan antara eldLIVE dan Reborn!, aku prefer Reborn! more. Oh ya, dalam siri ni, berita kat tv tak habis-habis cakap pasal mafia Itali. Saje la tu nak buat ku rindu kat Tsuna, XD.



AO NO EXORCIST: KYOTO FUJOUOU-HEN


Genre: Action, Supernatural, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Kato Kazue)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2017
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Okamura Rin, Okamura Yukio
Anime Info: Klik Sini

Sambungan siri yang dah lama aku tunggu, tapi sedih sebab cuma ada 12 episod je, sobsob. Tapi okaylah, terubat juga kerinduan aku dekat Rin dan Yukio, hihi. Season kali ni mengisahkan tentang Rin yang cuba untuk dapatkan kembali kepercayaan kawan-kawannya lepas rahsianya sebagai anak Satan terbongkar dalam season 1. Dalam masa yang sama, mereka mempunya misi untuk melindungi mata kanan Impure King daripada dicuri di cawangan Kyoto, selepas mata kirinya yang berada di Deep Keep berjaya dicuri. Aku rasa kan, instinct detective aku makin kuatlah, sebab aku dapat teka dengan tepat tau siapa traitor yang tolong musuh untuk curi mata kanan Impure King tu. Dan awal-awal juga aku dah agak yang bapa Suguro bukan dalang utamanya, walaupun masing-masing suspect dia. Dalam siri ni juga, Rin berjaya dapatkan kembali kepercayaan kawan-kawannya sehingga mampu tewaskan Impure King menggunakan api biru. Selain tu, Suguro yang bergaduh dengan bapanya juga dah berbaik-baik lepas insiden Impure King ni. Lagi yang aku tak boleh blah, aku dah jangka Juzo (abang Shima Renzou) ada hati dengan Mamushi, musuh kuat dia. Itu pun aku boleh teka, hehe. Overall, it was a good ending for me. Kebanyakan watak adalah baru, dan aku harap mereka akan muncul lagi sekiranya terdapat season baru. Pengembangan watak-watak utama dapat dilihat walaupun sedikit dari segi kekuatan, kuasa, peranan dan personality masing-masing. Tapi masa Shiemi muncul dalam train tu, aku rasa dia tak secomel dalam season 1. Ke sebab hairstyle dia berbeza ye? Lagi satu, Yukio macam tak banyak screen time lah kali ni. Jadi dia macam kurang menonjol walaupun dia watak utama. Dia je yang aku rasa tak ada pengembangan watak. Apa pun, season kali ni best sangat, heeee.



HAIKYUU!! (SEASON 1-3)


Genre: Sport, Comedy
Episode: 60 (Season 1-3)
Sumber: Komik (oleh Furudate Haruichi)
Studio: Production I.G
Tahun Disiarkan: 2014-2016
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Pasukan Karasuno
Anime Info: Klik Sini

Haikyuu!! merupakan antara sport anime kegemaran aku. Walaupun hanya bermain bola tampar, which is sukan yang kurang popular, ianya masih lagi mampu menawan hati aku. Aku bukannya suka sangat main bola tampar ni, sebab tak pandai, then takut tangan sakit, haha. Tapi bila tengok Haikyuu!!, macam-macam term bola tampar keluar yang aku tak pernah dengar pun walapun dulu aku selalu juga tengok kejohanan bola tampar. Jalan cerita Haikyuu!! ni klise seperti anime sukan yang lain, iaitu untuk bertanding di peringkat kebangsaan, dan memenangi kejohanan tersebut. Tapi apa yang membuatkan ianya jadi menarik adalah selingan babak-babak komedi dan juga elemen kejutan, serta babak bertanding yang mendebarkan. Paling aku suka dalam anime sukan adalah hubungan erat yang ditunjukkan setiap ahli pasukan. Aku suka chemistry antara ahli pasukan Karasuno. Sweet sangat, semangat setia kawan yang kuat, percaya satu sama lain, dan faham dengan perangai masing-masing. Watak-watak direka dengan baik sekali, sama ada pasukan Karasuno mahu pun pasukan-pasukan lawan. Suka dengan mata Hinata sebab nampak cantik sangat. Watak-watak sampingan pun kadang ada flashback masing-masing yang menjadikan jalan cerita lebih menarik. Dari season 1 hingga season 3, aku paling suka season 3, bila Karasuno lawan Shiratorizawa. Sangat-sangat exciting, banyak babak yang stand out, pengembangan watak dan juga strategi yang digunakan. Bagi aku, Tsukishima paling menonjol bila dia dah mula rasa excited main bola tampar lepas dapat blok bola dari Ushijima, sebab sebelum ni Tsukishima main mana ada perasaan, haha. Graphic cantik dan fresh. Animation smooth je. Walaupun banyak pergerakan slow-motion, tapi tak jejaskan langsung kehebatan anime ni. In fact, it was awesome. Runut bunyi dia best juga. Sesuai dengan babak. Untuk opening dan ending pula, aku suka first opening season 2 dan opening season 3. Itu je yang menawan hati aku. Recommend sangat-sangat untuk ditonton. Lagi-lagi bagi peminat anime sukan. It’s really interesting guy~ ;)



BAKUMAN (ALL SEASONS)


Genre: Slice of Life, Comedy, Drama, Romance
Episode: 75 (All Seasons)
Sumber: Komik (oleh Ohba Tsugumi)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2010-2013
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Also one of my favorite anime, siri Bakuman menceritakan mengenai dunia pembuatan manga (komik), dari mula sehingga diadaptasi kepada anime. Dalam siri ni, kita boleh tahu macam mana susahnya seorang mangaka nak jadikan manganya popular apabila banyak benda mampu menghalang impian mereka. Antaranya dari segi jalan cerita yang kurang menarik, pihak editor yang suruh buat manga berdasarkan genre kesukaan mereka, kesihatan yang jatuh mendadak tiba-tiba, pesaing yang ramai, dan banyak lagi. Selain tu, dalam anime ni juga kita dapat lihat cara macam mana pemilihan sesuatu manga untuk diterbitkan melalui mesyuarat antara ketua editor. Perbincangan pula menjadi semakin hangat sekiranya manga atau mangaka mempunyai masalah tersendiri. Nak adaptasikan manga kepada anime pun bukannya senang, sebab bermacam kriteria dan syarat perlu dipatuhi sebelum dapat buat anime. Watak-wataknya menghiburkan, dan ada juga watak yang annoying, rasa geram sangat sebab bongkak dan angkuh. Aku suka chemistry antara dua watak utama, Mashiro dan Takagi yang bergabung membuat manga menggunakan nama pena Ashirogi Muto. Selain tu, aku suka dengan babak romantic antara Mashiro dan Azuki kerana ianya unik, tak seperti adegan romantic lain. Art dia cantik, walaupun pada mulanya aku rasa macam aneh, hihi. Background sangat detail, dan boleh jumpa macam-macam jenis art style dalam ni. Creator anime ni memang awesome. Soundtrack pun best sangat, lagi-lagi openingnya. Aku enjoy sangat anime ni walaupun mengambil masa yang agak lama jugalah untuk habiskan, haha.



SHIROBAKO


Genre: Slice of Life, Comedy, Drama
Episode: 24
Sumber: Komik (oleh Sugihara Kenji)
Studio: P.A. Works
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Shirobako pula adalah siri yang menceritakan tentang dunia animasi di Jepun. Senang kata, macam mana mereka buat sesuatu anime. Dalam anime ni boleh lihat macam mana susah senang nak buat anime. Sebelum ni aku anggap yang anime ni 100% satu company je yang buat. Rupa-rupanya tak. Ianya melibatkan ramai orang dan juga produksi lain dalam pembikinan anime, dan selalunya mereka akan upah orang lain sekiranya mereka tiada kepakaran dalam bidang tersebut. Contohnya dalam Shirabako adalah lukisan awan. Diorang upah pelukis awan yang pakar semata-mata nak lukis awan dalam anime je. Betapa detailnya mereka ni sampai nak lukis awan pun ambil yang pakar. Selain tu, diorang juga akan study betul-betul sesuatu benda yang nak dilukis, contohnya jet pejuang, dan juga pergerakan watak yang akan digunakan dalam anime. Aku juga rasa seronok tengok macam mana sesuatu bunyi dihasilkan dalam anime. It impressed me so much. Untuk watak pula, dia focus kepada lima sahabat baik sejak dibangku sekolah lagi, dan menanam azam untuk buat anime bersama-sama, walaupun dalam siri ni masing-masing terpisah kerana tempat kerja yang berbeza. Watak-watak dalam ni bukan sahaja pelbagai, tetapi juga sangat realistic and lovable. Art dia cantik seperti current animation standard. Meriah dan bertenaga. Gaya lukisan pun konsisten je setiap minggu. Dari segi runut bunyi, ianya dipadankan dengan baik sekali dengan setiap babak berbeza. Opening dan ending bagi aku so-so je. Aku selalu terfikir macam mana director anime ni buat kerja pengarahan. Tapi dalam ni semua terjawab tentang pertanyaan aku. Nak cerita banyak sangat. So better korang tengok sendiri, hihi.



MIRAI NIKKI


Genre: Action, Psychological, Thriller, Romance
Episode: 26
Sumber: Komik (oleh Esuno Sakae)
Studio: Asread
Tahun Disiarkan: 2011-2012
Personal Rating: 9/10
Fav Character: Amano Yukiteru, Akise Aru
Anime Info: Klik Sini

Mirai Nikki merupakan anime yang betul-betul memberi debaran yang sangat hebat buat aku. Konsep dia original and brilliant, which is 12 orang terpilih perlu bertarung antara satu sama lain menggunakan diari masa depan dalam pelbagai bentuk berbeza untuk mendapatkan manfaat dari Deus Ex Machina, Dewa Ruang dan Masa. Jalan cerita dia memang buat aku berfikir je. Plot banyak bermain dengan psikologi. Ada certain babak penuh dengan emosi. Dalam ni memang susah nak percaya orang lain, semua dianggap musuh. Aku pun tak berapa nak ingat sama ada kejadian pembunuhan tragik atau tak, tapi kebanyakan babak memang mengujakan. Di akhir cerita, terdapat twist yang sangat-sangat tak dijangka langsung. Creator Mirai Nikki memang pandai bermain dengan minda penonon. Watak-watak dalam siri ni adalah penyumbang utama yang membuatkan anime ni jadi menarik. Watak-wataknya fantastic, awesome and every of them mempunyai personality yang unik. Macam Yuno, dari luar dia macam swet sangat, tapi sebenarnya sangat-sangat berbahaya dan agak gila sikit. Dia juga obsess sangat dengan Yukihito. Motif masing-masing ditunjukkan dan flashback sejarah masing-msing juga dipamerkan. Art and animation was not the best, tapi aku tak kisah pun. Everything was okay for me. Kedua-dua openingnya best, and go along perfectly with anime. Background music goes well with the scene, and they doing a good job with maintaining the feel of anime. Mirai Nikki adalah anime yang hebat. Watak-wataknya excellent, lebih-lebih lagi Yuno, antara watak paling unik aku pernah tengok. This series really worth to watch.



NABARI NO OU


Genre: Action, Supernatural, Drama, Comedy
Episode: 26
Sumber: Komik (oleh Kamatani Yuhki)
Studio: J.C.Staff
Tahun Disiarkan: 2008
Personal Rating: 6/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Nabari no Ou adalah sebuah cerita yang bertemakan ninja yang masih wujud sehingga zaman moden Jepun, tetapi bersembunyi disebalik dunia sebenar. Dalam siri ni, dunia ninja dikenali sebagai Nabari. Dari episode 1 sehingga 14, jalan cerita boring sangat, sampai aku menguap dan tertido. Permulaan plot dan setting pun aku tak berapa nak faham. Kena ulang certain babak untuk faham. Episode pertama je Miharu dah kena serang without explain anything. Episode 15 onwards baru jalan cerita jadi menarik. Dalam anime ni juga tak dapat rasa tension antara musuh. Macam semua direka untuk jadi kawan baik. Aku tak berapa suka dengan watak utama. Suara pun macam tak sesuai je, dan terkadang rasa macam janggal dengar dia bercakap. Tak tahu macam mana nak describe perasaan ni, haha. Untuk watak-watak lain pula, pertamanya Tobari-sensei. He have a weak mind. Sebagai seorang leader, he should have strong mind and will. Kalau dia pun jenis yang cepat tergadah dan takut dengan bayang-bayang silam, macam mana dia nak protect Miharu? Kouchi pula jenis ceria je, tapi bila dia serius, dia jadi menakutkan. Aku punyalah berfikir kenapa rambut dia warna putih, sebab macam tak sesuai sebagai watak utama. Tapi rupa-rupanya ianya ada kena mengena dengan identitinya yang sebenar. Raimei pula bagi aku, biasa-biasa je watak dia. Aku rasa ada unsur yaoi lah dalam ni, sebab lain macam je tengok hubungan Miharu dengan Yoite. Rapat lain macam je, hewhew. Opening dia addicting betul. Lagi-lagi part “sha la la, I sing for you.” Masih terngiang-ngiang lagi ni. LOL, haha, XD.



PERSONA: TRINITY SOUL


Genre: Mystery, Supernatural, Action, Drama
Episode: 26
Sumber: Spin-off (Persona 3 Game)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2008
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Kanzato Shin, Kanzato Jun, Kanzato Ryou
Anime Info: Klik Sini

Siri ni adalah salah satu siri yang aku confuse dengan jalan ceritanya, tapi aku still enjoy menonton. Kalau tak main game, memang tak faham tau. Aku la. Korang aku tak tahu, heeeee. Walaupun tak faham jalan cerita (sobsob), anime ni bagi aku penuh dengan emosi, elemen kejutan dan sometimes rasa seram. Twist pun tak terjangka juga dalam ni. Babak paling sedih bila Ryou terpaksa berahsia banyak benda dengan adik-adiknya demi melindungi mereka. Walaupun tegas, tapi dia sebenarnya caring sangat. Siri ni banyak focus pada keluarga Kanzato. Aku pun tak sure sama ada jalan cerita dalam game dan anime sama atau berbeza. Mula-mula memang tak faham pasal persona ni kan. Apa benda persona tu. Memang menjadi persoalan jugalah, hehe. Tapi in the end aku dah tahu fungsi persona tu macam mana. Watak-wataknya direka dengan baik, performance mantap sangat, dan mampu mempamerkan emosi dengan bagus sekali. Masing-masing mempunyai personality berbeza, unik, ada peranan masing-masing dan sesetengahnya nampak misteri. Art dia cantik sangat. Serius. Setting cerita masa winter season, so kebanyakan background nampak gorgeous bila dilitupi dengan salji. Cuma yang tak bestnya, persona susah nak nampak, half transparent. Jadinya susah nak tahu apa yang jadi masa babak pertarungan. Lagu opening siri ni memainkan peranan penting. First opening sangat rancak dan bertenaga, manakala second opening pula berentak rock ballad sikit. Ending dia pun sedap. Recommend untuk download sountrack siri ni. Walaupun confuse dan ada sedikit kelemahan, semua tu tak menjejaskan keseronokan aku menonton. Malah aku boleh habiskan dua hari sebab rasa tak sabar untuk tahu episode seterusnya. Siapa yang suka anime misteri, this one is for you.



PSYCHIC DETECTIVE YAKUMO


Genre: Mystery, Supernatural, Psychological, Detective, Drama
Episode: 13
Sumber: Novel Series (oleh Kaminaga Manabu)
Studio: Bee Train
Tahun Disiarkan: 2010
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Siri ni mengisahkan tentang seorang remaja lelaki, Saitou Yakumo yang boleh melihat roh/makhluk halus dan juga menyiasat sesuatu kes berkaitan dengan alam ghaib. Yakumo juga kadang-kala membantu pihak polis dalam penyiasatan mereka. Jalan cerita siri ni dibuat secara berepisod dan mempunyai kes yang berlainan. Simple je, tapi buat aku ketagih untuk tengok episode-episode lain. Kadang aku dah boleh jangka apa akan berlaku, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Memang banyak twist dalam ni. Since episodnya sikit, dan perasaan ingin tahu yang tebal, aku boleh habiskan anime ni dalam satu hari je. Setiap watak ada peranan sendiri, personality berbeza, dan banyak hidupakn babak cerita. Kebanyakan watak berkaitan antara satu sama lain. Art dan animationnya awesome, sesuai dengan siri ni. Elemen gelap terletak kena pada tempatnya. And bright setting when they have happy scene. Aku suka dengan rekaan wataknya, sesuai dengan personality mereka. Opening pun sesuai dan kedengaran misteri. Ending pula berentak pop ballad. Background music okay dan penuh kejutan. Aku enjoy dan seronok walaupun kadang ada rasa terkejut juga sebab kadang-kadang roh tu main pop-up je, huhu. Kalau minat penyiasatan yang ada unsur ghaib, boleh try tengok anime ni guys!



LOVELY COMPLEX


Genre: Romance, Comedy, Shoujo, Slice of Life
Episode: 24
Sumber: Komik (oleh Nakahara Aya)
Studio: Toei Animation
Tahun Disiarkan: 2007
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Lovely Complex berkisarkan hubungan antara gadis tinggi dan lelaki yang rendah. Pada awalnya masing-masing mencari pasangan ideal mereka, namun tanpa disangka mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, walaupun selalu bergaduh mulut. Jalan ceritanya standard bagi genre shoujo, banyak babak romantic yang menghiburkan, moment comel dan sweet, dan ditambah dengan background bunga-bunga, serta perasaan malu-malu lepas luah perasaan masing-masing. Selain itu, jalan cerita juga mempunyai twists and turns sehingga diakhir cerita, yang buatkannya lebih menarik. Cuma pada permulaan cerita, ianya nampak tak menarik bagi aku. Mungkin kerana masing-masing bercakap dialek Okasa, which is jarang digunakan dalam anime shoujo. Art dia comel dan sweet. Ianya mempunyai gaya tersendiri, dan berbeza dengan anime lain. Watak-watak juga selalu pakai baju berlainan dan trendy, serta menggayakan rambut berbeza setiap masa. Lukisan lebih focus pada watak gadis. Animation bagus, babak dibuat supaya mudah diingati, so most of them look stunning. Dua watak utamanya tak seperti protagonist anime shoujo yang lain. Heroinnya, Kaizumi Risa adalah seorang yang tinggi dari ketinggian biasa gadis, bersikap tomboy dan kadangkala nampak janggal. Heronya pula, Otani Atsushi, seorang yang rendah, insecure dan baik hati. Watak-watak yang lain pun okay, tapi tak menonjol sangat seperti Risa dan Atsushi. I’m not really like both opening and ending. Maybe they are not my cup of tea. Overall, ianya menghiburkan.



**Fuh fuh fuh. Sampai berpeluh-peluh aku nak siapkan part 7 ni, hewhew. By the way, sekarang ni aku tengah rancang untuk hiatus for awhile. Tapi aku tak tahu saat bila aku akan mula hiatus tu. Sekiranya tiba-tiba korang rasa part 8 lama sangat tak upload, maksudnya dah on lah tu mood hiatus aku, hihi. Tak ada sebab kukuh pun nak hiatus ni, just want take a break for awhile. Tapi kalau tiba-tiba next week muncul part 8, jangan kata aku tipu pula ye. Aku dah cakap aku tak tau saat bila nak on hiatus tu, heeeeee. Sila pergi ke post Anime Review 2017 – Part 6 kalau korang nak baca post sebelum ni ye. Okay, daaaaaa~


-End the written while listened to : Fukushi Kentaro – LITTLE SKY [Prince of Tennis OST – Ending 08] -


Kadang Hinata boleh jadi scary tau. Tapi tak adalah se-scary Yuno.


Post a Comment