AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Thursday, April 20, 2017

Anime Review 2017 – Part 8


Hai! Untuk post kali ni, aku buat review ringkas je. Dari dulu aku cakap ringkas kot, tapi lebih sepuluh perenggan juga, haha. Review ni ikut mood aku je, sebab aku mood review aku pun on off je sekarang ni. Maaflah, hihi.

Okay, terus dengan anime yang aku review kali ni: Uta no Prince-sama Season 1 & 2, Nanatsu no Taizai, Amagi Brilliant Park, Concrete Revolutio: Choujin Gensou Season 1 & 2, Kekkaishi, Owari No Seraph Season 1 & 2, Kurozuka, Persona 4: The Animation, Inu X Boku SS, M3: Sono Kuroki Hagane, Steins;Gate, dan Tales of the Abyss.


  
UTA NO PRINCE-SAMA SEASON 1 & 2


Genre: Music, Romance, Comedy
Episode: 13 (Season 1), 13 (Season 2)
Sumber: Game (oleh Nippon Ichi Software, Inc.)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2011, 2013
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Ichinose Tokiya, Jinguji Ren
Anime Info: Klik Sini

Menjadikan muzik sebagai tema utama, siri ini dikenali sebagai Uta noPrince-sama Maji LOVE 1000% untuk season 1, manakala season 2 pula berjudul Uta noPrince-sama Maji LOVE 2000%. Those yang gilakan ikemen anime memang akan suka anime ni (sebab sis pun terpengaruh juga, haha, XD). Penuh dengan ikemen kot. Lepas tu watak heroin, Nanami seorang je. Walaupun dalam season 2 watak ikemen bertambah-tambah, tapi aku tetap setia dengan Tokiya dan Ren, hiks, XD. Dalam siri ni juga boleh tengok semua ahli STARISH cuba pikat Nanami sebab masing-masing macam jauh hati pada dia. Tapi dalam peraturan Shining Agency pula menyatakan larangan bercinta dengan co-workers. So masing-masing Cuma mampu bagi ayat-ayat manis je, tapi tak boleh nak luah sebab terikat dengan peraturan ni. I was absolutely fall in love with both openings by Tokiya. Tokiya ni seiyuu dia Miyano Mamoru, tu sebab lagu dan nyanyian dia sedap. Untuk ending pula, kedua-duanya adalah official song STARISH. Dengar banyak kali boleh ketagih jugalah. By the way, ceritanya mengenai perjalanan beberapa orang pelajar Saotome Academy dalam dunia seni sebagai kumpulan penyanyi dan composer muda.



NANATSU NO TAIZAI


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Comedy
Episode: 24
Sumber: Komik (oleh Suzuki Nakaba)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2014-2015
Personal Rating: 10/10
Fav Character: Elizabeth Liones, Meliodas
Anime Info: Klik Sini

Tak sangka anime yang ada art yang comel ni sebenarnya mempunyai jalan cerita yang banyak babak pertarungan hebat. And certain babak tu pula mempunyai elemen keganasan and somewhat blood everywhere yang buatkannya nampak comel tapi ganas. Konsep 7 Deadly Sins diolah dengan baik dengan menampilkan watak-watak berdasarkan unsur-unsur Deadly Sins. Siri ni focus pada Elizabeth yang mencari skuad 7 Deadly Sins supaya dapat bantu masalah yang dihadapinya. Dan orang pertama yang join group Elizabeth adalah Meliodas, ketua skuad 7 Deadly Sins. Meliodas ni nampak je comel sebab fizikal macam budak awal remaja, tapi sebenarnya umurnya dah beratus-ratus tahun, dan sangat kuat. Meliodas ni adalah hasil hubungan campuran antara manusia dan Demon, makhluk ganas dalam dunia Nanatsu no Taizai ni. Identiti Elizabeth yang sebenar pun terbongkar tau. Banyak benda terjadi sepanjang Elizabeth dan Meliodas dalam perjalanan mencari ahli skuad 7 Deadly Sins yang lain. Konflik, twist, turns, suka duka semua ada. Memang buat aku teruja. Wajib tengok bagi mereka yang gemarkan anime berunsurkan fantasi dan aksi. Sure tak menyesal punya. ;)



AMAGI BRILLIANT PARK


Genre: Fantasy, Comedy
Episode: 13
Sumber: Light Novel (oleh Gatoh Shoji)
Studio: Kyoto Animation
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Cerita ni comel sangat-sangat sebab penuh dengan watak-watak comel macam mascot yang selalu ada dalam theme park. Cumanya, dalam ni mascot-maskot tu merupakan makhluk bernyawa, dan bukannya dipakai oleh orang. Tapi comel-comel pun ganas wooo. Silap or gaduh skit asyik nak tembak atau tumbuk je. Bukannya nak bincang baik-bak. Watak-watak kat theme park ni kebanyakannya datang dari dunia magis yang dikenali sebagai Maple Land. Diorang ni, kalau nak survive dalam dunia manusia, kena ambil tenaga magis manusia semasa diorang bergembira. Tapi theme park mereka kurang mendapat sambutan. Jadinya, kalau tak ada yang datang, lama-kelamaan diorang akan hilang dari dunia. Then puteri theme park pun upah lah student lelaki bernama Seiya sebagai manager untuk gunakan kemahirannya dalam hiburan untuk selamatkan theme park ni. Diorang cuma ada tempoh 3 bulan je untuk tarik 250000 orang pengunjung. So dari sini bermacam-macam benda jadi kat Seiya dan staff lain demi untuk mencapai target. Aku sarankan untuk tengok sebab anime ni pun santai-santai je. Tak perlu berfikir banyak. Tadah mulut untuk ketawa je, hehe.



CONCRETE REVOLUTIO: CHOUJIN GENSOU SEASON 1 & 2


Genre: Superpower, Supernatural, Action, Comedy, Drama
Episode: 13 (Season 1), 11 (Season 2)
Sumber: Komik (oleh Nylon)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2015-2016
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Kino Emi
Anime Info: Klik Sini

Anime ni best, tapi mudah keliru. Sebab jalan ceritanya kadang setting masa depan, kadang setting masa sekarang atau setting masa lalu. So aku perlu berfikir untuk cantumkan puzzle masa tersebut, dan kaitkannya dengan episode yang lain. Mulanya tu memang rasa macam annoying jugalah sebab buat aku pening je tukar-tukar setting, tapi lama-lama jadi okay. Season kedua banyak tunjuk masa depan. Babak pertarungan best, tapi sebab semua benda dicampurkan dalam ni (superhuman, robot, youkai, ghost, monster, esper, dan lain-lain), so nampak macam crowded. Nak tahu identity Jiro tu punyalah frust tau tunggu episode demi episode. Sedih dan terkejut juga part Emi memberontak dan bunuh Master Ultima tu. Tapi Emi buat semua tu demi melindungi spesis dia. Aku, dari awal lagi dah syak yang Satomi ni gunting dalam selimut. Senyap-senyap je jadi musuh. Aku juga tak berapa suka ending dia, sebab walaupun nampak macam happy ending, it was kind of sad actually. Art and background dia unik, tapi terlalu meriah dengan warna. Sometimes nampak caca-marba sikit. Aku rasa macam Jiro ni jambu sangat sebab rambut pink terang dia tu. Tapi ciri ni jugalah yang menonjolkan dia dalam siri ni. Watak paling aku suka dalam ni adalah Emi, sebab dia cantik. Tu je sebabnya, XD. Oh ya, season kedua diberi judul  Concrete Revolutio: Choujin Gensou – The Last Song. Senang nanti korang nak cari.



KEKKAISHI


Genre: Supernatural, Action, Comedy
Episode: 52
Sumber: Komik (oleh Tanabe Yellow)
Studio: Sunrise
Tahun Disiarkan: 2006-2008
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Anime ni mengisahkan tentang dua orang pelajar yang perlu melindungi Karasumori dari didatangi youkai (makhluk halus), sebab bila youkai menjejakkan kaki ke Karasumori, kuasa mereka akan berlipat ganda. Jadinya susah nak tewaskan mereka. Siri ni pada mulanya biasa je, dan cuma mempunyai satu elemen kuasa tetapi digunakan dalam pelbagai cara. Bila tengok, macam senang je dia buat kotak-kotak transparent tu. Di pertengahan sehingga akhir cerita, banyak aksi pertarungan yang mendebarkan. Dan banyak juga watak-watak baru ditampilkan. Meriah sikit cerita. Sebab awal-awal ceita cuma focus pada dua orang kekkaishi je, Yoshimori dan Tokine. Youkai belaan diorang comel dan kelakar sangat. Rupa diorang macam anjing, tapi selalunya terbang tanpa badan. Diorang ni lah yang tolong jejak youkai yang masuk dalam Karasumori ni. Selain tu, aku suka tengok babak bila atuk Yoshimori bergaduh dengan nenek Tokine. Dari zaman muda sampai dah berumur pun asyik bertekak je. Geli hati betul, haha. Ending dia aku rasa tergantung kot. Tak puas hati ending macam tu, sebab buatkan banyak persoalan bermain di minda. Walaupun begitu, anime berunsurkan supernatural ni best tau.



OWARI NO SERAPH SEASON 1 & 2


Genre: Supernatural, Vampire, Action, Military, Fantasy
Episode: 24 (Season 1 + Season 2)
Sumber: Komik (oleh Kagami Takaya)
Studio: Wit Studio
Tahun Disiarkan: 2015
Personal Rating: 8/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Cerita mengenai vampire yang cuba mengambil alih kerajaan manusia, dan menjadikan kanak-kanak sebagai stok makanan harian mereka. Terdapat dua season. Season 1 mengisahkan serba sedikit latar belakang watak utama, Yuuichirou yang jadi stok untuk vampire sebelum dia melarikan diri dan diselamatkan oleh Guren, ketua Moon Demon Company. Season kedua berjudul Owari no Seraph: Nagoya Kessen-hen, yang mengisahkan tentang peperangan antara tentera manusia dan vampire yng berpusat di Bandar Nagoya. Aku tak berapa suka dengan Yuuichirou sebab dia berlagak sangat, but sometimes he can be so thoughtful. And another good thing about him, dia layan semua ahli skuad macam keluarga sendiri. Aku suka sangat dengan Shinoa. Kecil-kecil cili padi, nampak kecil molek je, tapi kuat kot. Cuma kuasanya tak standing dengan vampire punya progenitor. Suara dia sedap je dengar, lemak merdu gitu. Agak hampa dengan watak Guren, sebab aku bayangkan yang dia kuat dan ada kuasa istimewa tau. Tapi dia pun tumpas di tangan progenitor, huhu. Overall, jalan cerita menarik, ada pelbagai emosi yang ditonjolkan, juga ada babak kelakar walapun kadang macam tak kelakar, haha. Nice to watch.



KUROZUKA


Genre: Supernatural, Action, Sci-Fi, Romance, Vampire, Drama
Episode: 12
Sumber: Novel (oleh Yumemakura Baku)
Studio: Madhouse
Tahun Disiarkan: 2008
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Another vampire story. Tapi yang menariknya dalam ni tak ditunjukkan yang vampire hisap darah orang. Ianya lebih kepada immortal being. Dan ada orang yang buru immortal being ni untuk minum darah mereka, since they believe they can be an immortal being too. In the first few episodes, jalan cerita tertumpu pada memori Kuro yang mengembara dalam beberapa abad yang lepas. Dalam memori tu juga, ada mengenai vampire perempuan bernama Kuromitsu yang mengembara bersama-sama. Tapi memori itu akan hilang bila Kuromitsu tiba-tiba hilang dan Kuro terjaga pada abad seterusnya. Aku tak berapa nak ingat jalan ceritanya since dah bertahun-tahun aku habis tengok siri ni. Tapi yang aku ingat, ianya menarik, but sometimes can be a bit boring. Ada juga macam keliru bila ditunjukkan memori Kuro yang lepas-lepas sebab bercampur aduk. Kuro pun bila terjaga dari lena yang panjang macam bingung dengan persekitaran, lagilah aku yang menonton, kahkahkah. Siri ni mempunyai feeling yang berat, lebih kepada drama, and there’s no comedy scene. Kalau ada pun, aku memang tak ingat, hewhew. Tak tahulah nak sarankan ke tak untuk ditonton, tapi kalau kau baca synopsis dan rasa tertarik, apa salahnya kalau nak menonton.



PERSONA 4: THE ANIMATION


Genre: Supernatural, Mystery, Fantasy, Action, Comedy
Episode: 25
Sumber: Video Game (oleh Atlus)
Studio: AIC A.S.T.A.
Tahun Disiarkan: 2012
Personal Rating: 8/10
Fav Character: Narukami Yuu
Anime Info: Klik Sini

Jalan cerita siri ni jauh berbeza dengan Persona: Trinity Soul, tapi masih juga menggunakan persona sebagai tema utama. Untuk Persona 4, ianya membariskan watak-watak pelajar sekolah menengah sebagai pendukung utamanya, dan berlatarbelakangkan sebuah pekan kecil di Inaba. Tetapi, diorang tak bertarung di pekan tersebut, sebaliknya bertarung dalam dimensi lain yang mana kena masuk dalam TV untuk bertarung dengan musuh. Tapi, sebelum tu pun pekan Inaba memang kecoh dengan misteri “Midnight Channel”, yang muncul ketika hari hujan. Orang yang menonton “Midnight Channel” biasanya akan hilang sebab masuk dalam TV dan tak kembali ke dunia reality. Persona dalam siri ni adalah alter ego masing-masing. Diorang kena accept alter ego diorang, then baru ianya jadi persona dan kuasa diorang. Siri ni best, tak serius macam Trinity Soul, lebih santai dan banyak adegan kelakar. Persona juga solid dan boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma design persona tu tak menarik minat aku, hewhew. Walaupun santai, Persona 4 masih ada twist yang mengejutkan diakhir cerita. Both openings sangat best, melodinya berentak pop dan rasa segar je kalau dengar.



INU X BOKU SS


Genre: Romance, Supernatural, Comedy
Episode: 12
Sumber: Komik (oleh Fujiwara Cocoa)
Studio: David Production
Tahun Disiarkan: 2012
Personal Rating: 7/10
Fav Character: Miketsukami Soushi
Anime Info: Klik Sini

At first, aku fikir cerita ni tertumpu kepada supernatural-action scene. Tapi sebaliknya ianya lebih kepada babak romantic antara youkai and her servant. Agak kecewa jugalah sebab yang aku bayangkan sangat kurang dalam siri ni. Ada juga babak pertarungan tu, tapi tak mendebarkan pun. Biasa je. Tapi, kekecewaan aku terubat bila melihat babak sweet romantis komedi antara Ririchiyou dan ejen SSnya, Soushi. Aku asyik jerit “kyaaaa~ kyaaaa~” je masa menonton tau. Tu tandanya memang aku enjoy habislah siri ni, hihi. Aku kalau bab romantic komedi ni memang kena sikit dengan jiwa raga aku, haha. Soushi tu handsome sangat tau, walaupun dia ada telinga musang, dia tetap kacak. Aku pun nak juga servant macam dia, hahaha. Aku tak berapa nak berkenan dengan watak heroin, sebab fizikal dia macam budak-budak sangat. Maybe creator nak nampak comel kiut miut sweet je, tapi aku rasa macam tak kena langsung. Babak-babak kelakar dia tak menghampakan aku, cuma kalau boleh rasanya watak-watak lain boleh kot dikembangkan lagi, and diberi lebih screen time, because they have potential tu make the story more interesting and exciting.



M3: SONO KUROKI HAGANE


Genre: Supernatural, Mystery, Horror, Mecha, Fantasy, Drama
Episode: 24
Sumber: Original
Studio: Satelight, C2C
Tahun Disiarkan: 2014
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Permulaan cerita macam hambar, sedikit bosan dan macam lambat je flow dia. But in the middle of the story, bila sedikit demi sedikit misteri tentang Lightless Realm, dan latar belakang watak-watak dibongkar, jalan cerita jadi semakin menarik dan buat aku rasa teruja. Siri ni sangat berat feelingnya. Drama was everywhere. Penuh emosi dan bercampur-aduk. Masa aku tengok ni aku asyik rasa kesian dan geram je kat certain watak. Lagi sedih tau bila tau kenapa Lightless Realm tu boleh muncul, dan sebab kenapa student-student yang terpilih boleh kenal antara satu sama lain (sebab diorang lain-lain sekolah). This anime contain mecha genre, so memang akan nampak robot beraksi. Penggunaan robot tu pun ada certain babak yang buat aku geram, sebab macam kurang perikemanusiaan je cara diorang tu. Banyak betul benda yang aku geram dalam cerita ni, hahaha, XD. Boleh lah try tengok kalau korang suka anime yang serius plus mecha ni.



STEINS;GATE


Genre: Sci-Fi, Mystery, Thriller
Episode: 24
Sumber: Game (oleh 5pb. & Nitroplus)
Studio: White Fox
Tahun Disiarkan: 2011
Personal Rating: 7/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Mula-mula aku tengok, aku frust sebab tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Rintarou melalui eksperimen mesin masa. Sebab babak asyik berulang-ulang je. Watak-watak pun kebanyakan masa buat benda sama je. Sampailah ada satu episode ni yang mana Rintarou baru perasan yang dia sebenarnya dah mengembara ke masa lain tanpa dia sedar. Jalan cerita memang bermain dengan minda, kalau tengok separuh memang tak faham. Naik tension juga aku tengok, hahaha. Na dekat akhir-akhir cerita tu, kebanyakan babak lebih menarik dan mendebarkan, dan ditunjukkan juga macam mana Rintarou nak keluar dari masalah yang dia cipta sendiri.  I was not really care with the characters, tapi most of them banyak membantu juga, and some of them buat cerita lebih keliru. Aku tak berapa suka coloring dalam siri ni sebab nampak kelam dan suram je suasana. Better kalau nampak cerah sikit. Lagu opening best sangat, tapi kena dengar banyak kali lah baru kedengaran sedap melodinya kat telinga, hihi.



TALES OF THE ABYSS


Genre: Adventure, Fantasy, Action
Episode: 26
Sumber: Video Game (oleh Namco Tales Studio)
Studio: Sunrise
Tahun Disiarkan: 2008-2009
Personal Rating: 5/10
Fav Character: None
Anime Info: Klik Sini

Since aku tak main game ni, jalan ceritanya memang agak confuse bagi aku. Kena tengok sampai habis untuk tahu identity Luke yang sebenar. Settingnya berkonsepkan dunia fantasi, tapi tak ada outstanding sangat pun. Biasa je. Masa mula-mula tengok je aku dah annoying gila dengan Luke, sebab dia ni sombong dan terlalu ego. Bila masalah menimpa, dia still lagi ada rasa sombong tu. Cuma kalau tak silap dalam part kedua siri ni, Luke dah jadi seorang yang humble sikit. Aku pun tak ingat kenapa. Nama-nama dalam siri ni, especially nama tempat sangat sukar untuk diingati. Namanya terlampau pelik, dan aku pun tak tahu sama ada nama-nama tu diambil dari bahasa-bahasa tertentu atau tak, mungkin creator game ni ingat, namanya cool dan unik boleh buat orang ingat kot. Nan hado. Nama watak-watak pun aku tak ingat, haha. Aku sebenarnya tak berapa puas hati pun tonton anime ni, tapi tak adalah geram sangat. Cuma, memang tak adalah nak ulang tonton balik. Banyak sangat babak bosan kot, hewhew. Gigih betul aku tengok sampai habis, kahkahkah.



**Habis dah. Nantikan review part 9 pula. Kalau nak baca part 7, boleh pergi ke post bertajuk Anime Review 2017 – Part 7. Okay, tataaaa~


-End the written while listened to : LiSA – Crossing Field [Sword Art Online Season 1 OST – Opening 01] -


Kyaaaaa~! Can't resist him at all! XD


No comments: