AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, January 15, 2017

[Review: Anime] Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigatteiru. (My Teen Romantic Comedy SNAFU) Season 1 & 2


Aku tengok SNAFU ni tahun lepas. Rasanya habis dalam masa 3, 4 hari jugalah, sebab aku habiskan terus dua season. Masa ni memang mood nak tengok benda-benda romantik je (cewah, XD). Yelah, selalu sangat menghadap anime genre action pun boring juga kan, sekali-sekala kena relakskan otak dan santaikan mata juga, heee. Walaupun SNAFU dikategorikan sebagai genre romance, tapi sebenarnya kurang sangat babak romantis tau. Boleh dibilang dengan jari, hewhew. But, it’s still worth to watch it. ;)

Genre : Romance, Comedy, School, Slice of Life
Episode : 13 (Season 1), 13 (Season 2)
Sumber : Light Novel (oleh Watari Wataru)
Studio : Brain’s Base & feel.
Tahun Disiarkan : 2013 & 2015
Star : 7/10
Fav Character : None


CERITA
SNAFU mengisahkan tentang Hachiman Hikigaya, pelajar tahun dua sekolah menengah tinggi yang selalu tengok benda disekelilingnya in twisted way. Sampaikan pada satu tahap, bila dia tengok sekumpulan remaja berseronok, dia fikir yang mereka semua hidup dalam pembohongan. Walaupun mempunyai cara pemikiran yang pelik, Hikigaya sebenarnya lebih faham hubungan sesama manusia. Suatu hari, guru kelas dia mengarahkan Hikigaya untuk join Service Club, yang mana kelab tersebut mempunyai gadis paling cantik dan pandai di sekolah, Yukinoshita Yukino.

Walaupun paling pandai dan cantik, Yukino digelar sebagai “ice queen’ (ratu ais) kerana sikapnya yang dingin dengan pelajar lain. Disebabkan itu, Yukino tak mempunyai kawan langsung di sekolah. Tak lama kemudian, seorang pelajar permpuan, Yuigahama Yui, datang sebagai client untuk meminta tolong ajar buatkan biskut. Yukino pun tolong ajar cara-cara untuk buat biskut, tapi Yui punya biskut tetap tak jadi walaupun dah ikut cara yang sama dengan Yukino, rentung semua. Seminggu lepas kejadian tersebut, Yui datang melawat Service Club dan buat keputusan untuk join sama.

Main masak-masak, XD

As I said, walaupun bergenre romance, tapi kurang sangat babak romantis. Tapi aku tak ambil kisah sangat pun, sebabnya yang penting bagi aku, jalan ceritanya menarik. Yang lagi menariknya, bila tengok cara Hikigaya selesaikan masalah client dengan cara putar-belit. Masa tengok tu rasa geram juga, dia ni betul ke nak tolong orang, or saja buat sarcasm ni? Haha. Masa tu juga kita boleh tengok macam mana ahli kelab berinteraksi dengan pelajar lain, dan hubungan sesama mereka.

Dalam season kedua, perjalanan cerita lebih menarik, dan masa ni ada lah banyak sikit babak romantis antara Yukino, Hikigaya dan Yui. Season kedua ni juga ada twist plot yang tak dijangka. Masa ni boleh nampak hubungan yang tegang antara Yui, Hikigaya dan Yukino disebabkan satu rahsia yang tak mampu untuk Yui dan Yukino luahkan pada Hikigaya. Actually, rahsia tu tak ada apa sangat pun sebenarnya, tapi cara penyampaian anime ni buat rahsia tu macam misteri dan sedih sangat.

Ramai antara penonton SNAFU ni kata, jalan cerita dan watak SNAFU hampir sama dengan jalan cerita dan watak dari anime Boku wa Tomodachi ga Sukunai atau pendeknya, Haganai. Aku pun tak pastilah betul ke tak, sebab aku tak pernah pun tonton Haganai. Bila tengok dari segi visual, rasanya tak adalah sama sangat pun. Tak tahulah kalau perangai lebih kurang ke. Tapi rasanya aku tak akan tengok anime Haganai ni, sebab ada unsur harem, dan memang tak berminat nak tonton pun, XD.


WATAK

Watak Utama

SNAFU ni memfokuskan pada tiga watak utamanya, Hikigaya, Yukino dan Yui, dan bagaimana mereka berinteraksi dengan watak yang lain, serta hubungan antara mereka yang pasang-surut. Bagi aku, walaupun Hikigaya ni mepunyai pemikiran yang sarcasm, twisted, dan terkadang keluarkan kata-kata yang agak kasar sikit, tapi dia ni baik hati sebenarnya. Dia tak suka bersosial, tapi dia mampu selesaikan masalah client dia. Lepas tu, dia ni jenis yang sanggup tanggung kesalahan orang lain. Hikigaya jadi anti-sosial sebab masa middle school dulu, dia di diskriminasi oleh pelajar lain.

Yukino pula, walaupun cantik dan bijak, tapi tak ada kawan. Suka berseorangan je. Dan dia ni jenis tak pandai nak tunjukkan emosi. Masa mula-mula, dia tak suka dengan Hikigaya tau, selalu perang mulut je bila bersembang. Tapi lama-lama dia jadi open sikit dengan Hikigaya. Manakala Yui seorang yang ceria dan jenis yang outgoing, tapi mempunyai masalah untuk luahkan perasaan sebab takut hilang kawan. Tapi lepas jumpa Yukino yang jenis cakap main lepas je, terus dia admire Yukino dan jadi rapat dengan Service Club members.

Dalam season kedua pula, ada tambahan watak utama, iaitu Isshiki Iroha. Iroha merupakan pelajar tahun satu yang menguruskan pasukan bola sepak sekolah, dan seorang yang ceria dan cantik. Pada mulanya dia kena prank dengan kawan-kawannya yang mana dicalonkan sebagai presiden majlis sekolah. Jadi dia minta tolong pada Service Club  untuk pastikan yang dia tak terpilih tetapi dalam masa yang sama tak nak kalah dalam keadaan memalukan. Dia akhirnya jadi juga presiden lepas Hikigaya berjaya pujuk. Iroha ni simpan perasaan pada Hayato, dan sentiasa bersaing dengan Yumiko.

Hayato and the gang.

Aku tak ada watak kegemaran dalam anime ni, walaupun ada watak kacak dan popular, iaitu Hayato. Bagi aku Hayato ni kurang menarik dan tak nampak menonjol sangat pun, melainkan yang dia ni popular di sekolah, dan selalu hang out dengan gadis popular sekolah, Miura Yumiko. Tapi aku ada watak yang aku suka tengok, iaitu Totsuka Saika, pengerusi kelab tenis. Sebab aku suka tengok, dia ni comel, muka macam perempuan, lepas tu Hikigaya selalu rasa macam malu-malu je bila dengan dia. Bila Hikigaya pandang Totsuka je, mesti keluar scene bunga-bunga around Totsuka. Gila kelakar, hahahaha, XD.


ANIMASI
Animasi yang dihasilkan sangat cantik dan vibrant. Nampak normal seperti siri anime genre romance yang lain, dan tak ada benda yang nak di complaint pun. Everything is okay. Mungkin ada lah sikit flawless di mana-mana, tapi aku biasalah, mana nampak kalau cerita dah best, XD.

Totsuka dari pandangan mata Hikigaya, XD.

 
MUSIC
OPENING
ENDING
SEASON 1
“Yukitoki” by Yanagi Nagi
“Hello Alone” by Yukinoshita Yukino (CV: Hayami Saori) & Yuigahama Yui (CV: Touyama Nao)
SEASON 2
“Harumodoki” by Yanagi Nagi
“Everyday World” by Yukinoshita Yukino (CV: Hayami Saori) & Yuigahama Yui (CV: Touyama Nao)

Aku suka sangat opening untuk kedua-dua season. Dulu aku pernah tulis yang aku biasanya tak berapa suka kalau opening anime genre romance kan? Tapi tak bagi SNAFU. Lagu untuk both opening memang catchy dan santai, dan liriknya pun sangat mendalam. Untuk ending pula, bagi aku biasa-biasa je, tapi aku suka bila dengar Hello Alone versi Yui dalam mode balada.


KESIMPULAN
Yahari Ore no Seishun Love Comedy wa Machigatteiru bukanlah anime genre romance yang biasa kita tengok penuh dengan babak bunga-bunga cinta, tapi lebih kepada kehidupan reality dan bagaimana seseorang tu nak bergaul dengan orang lain bila mana dia seorang yang anti-sosial disebabkan pengalaman masa lalu. Semua tu ada dalam anime ni. Watak-wataknya pun kebanyakannya kita boleh jumpa dalam kehidpan seharian kita. Memang boleh relate sangat lah dengan reality. It’s worth to watch guys. :D


-End the written while listened to : “I’m Sorry” by CN BLUE-


"Bye!" said Yui, :D


No comments: