AMARAN! BLOG INI MENGANDUNGI SPOILER. SILA BACA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

Sunday, March 5, 2017

Anime Review 2017 – Part 3


Untuk review kali ni, aku nak review anime favorite sepanjang zaman aku. Anime-anime ni juga antara anime yang aku tak jemu dan tak puas untuk tonton sekali. Mesti aku ulang marathon sekurang-kurangnya dua kali. Kadang-kadang kalau bosan pun aku boleh tengok balik. Sampai dah boleh hafal episode berapa yang best, episode mana yang tak best, haha. Dan siri yang akan aku review ni mempunyai episode yang panjang, beratus-ratus. Paling sikit pun dalam 50 episod, hehe. Aku juga sure sangat-sangat yang korang dah tengok anime yang akan aku review ni. Yang belum tengok, aku recommend sangat pada korang untuk tengok. Mesti jatuh cinta punya lah, XD.

Post ini mengandungi review: Bleach, Naruto / Naruto Shippuuden, Fairy Tail, Gintama, One Piece, Fullmetal Alchemist, Fullmetal Alchemist: Brotherhood, D.Gray-man, Kateikyoushi Hitman Reborn, Detective Conan, Digimon Adventures Season 1 & 2, dan Prince of Tennis.



BLEACH

 
Genre: Action, Adventure, Supernatural, Shounen, Comedy
Episode: 366
Sumber: Komik (oleh Kubo Tite)
Studio: Studio Pierrot
Tahun Disiarkan: 2004-2012
Star: 10/10
Fav Character: Kuchiki Byakuya, Kurosaki Ichigo, Inuoe Orihime, Kuchiki Rukia
Anime Info: Klik Sini

Bleach adalah antara anime yang sangat popular walaupun mempunyai episode yang sangat panjang. Manganya pun dah habis dah tetapi pengakhirannya kena kritik kaw-kaw dengan peminat. Aku pun tak puas hati sebenarnya ending dia habis macam tu je, like “What? What?” T_T. Okaylah, berbalik pada anime, siri ini berkonsepkan shinigami (death reaper) yang menggunakan katana sebagai senjata utama untuk tumpaskan musuh. Sejujurnya, Bleach adalah anime berkonsepkan shinigamiyang terbaik setakat ini. Aku belum jumpa lagi anime yang ada konsep sama yang boleh tandingi kehebatan jalan cerita Bleach. Walaupun mempunyai episode yang panjang, tapi ianya tak membosankan. Malah episode  filler pun best dan banyak babak yang kelakar dan aksi yang gempak. Aku juga sangat-sangat enjoy melihat perkembangan watak-watak dalam siri ni, lagi-lagi Ichigo and the gang. Recommend sangat semua lagu opening dan ending Bleach ni untuk didengar. Ada pelbagai rentak dan melodi, semuanya sedap-sedap tau. Actually, there’s too much things to tell, tapi better kalau korang tengok sendiri untuk rasa kepuasan dan kehebatan Bleach. It’s worth spending my time for 366 episodes. Dan harapnya akan ada sambungan lah since manga pun dah habis kan. Huish, tak sabarnye rasa, XD.



NARUTO / NARUTO SHIPPUUDEN


Genre: Action, Adventure, Shounen, Comedy
Episode: 220 / 490 (still on-going)
Sumber: Komik (oleh Kishimoto Masashi)
Studio: Studio Pierrot
Tahun Disiarkan: 2002-2007 / 2007-present
Star: 10/10
Fav Character: Uchiha Sasuke, Hyuuga Neji
Anime Info: Klik Sini

Ya, ya, aku tahu korang memang dah tahu Naruto ni pasal apa. Tapi apa aku kisah, aku nak review juga sebab siri ni juga ada dalam senarai favorite anime aku, XD. Naruto antara anime yang mempunyai banyak episode filler, dan ada juga flashback episode (yang mana aku selalu skip, haha), tapi aku still minat siri Naruto ni. Episode yang sekarang ni pun dah nak hujung-hujung sebab nanti akan diganti dengan siri Boruto, anak Naruto. Kishimoto-sensei macam tak nak lepaskan Naruto je, haha. Favorite character aku pada mulanya adalah Sasuke, tapi bila dia ikut Orochimaru tu, aku terus jadi tak minat dia. Tapi bila dah tahu kenapa dia jadi macam tu, minat tu datang balik, XD. Aku ship Sasuke dan Sakura tau. Seronok dapat tahu diorang bersama juga akhirnya, cuma sedih, kenapa Sarada tu bukan anak Sasuke dan Sakura. Adakah Sasuke curang dengan Sakura? Hukhuk. Masa Neji mati tu pun aku menangis. Sedih gila, kenapa Kishimoto-sensei matikan watak dia, sedangkan watak dia banyak contribute kot, ;(   Tak sabar nak tunggu Naruto habis tahun ni, sebab nak tengok Boruto pula, since Kishimoto-sensei kata, ianya lebih hebat dan gempak dari siri Naruto.



FAIRY TAIL


Genre: Action, Adventure, Comedy, Fantasy, Shounen
Episode: 277
Sumber: Komik (oleh Mashima Hiro)
Studio: A-1 Pictures
Tahun Disiarkan: 2009-2016
Star: 10/10
Fav Character: Gray Fullbuster, Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Erza Scarlet, Happy
Anime Info: Klik Sini

Siri anime berkonsepkan magic (sihir) yang terbaik setakat ini. Manga still on-going, tapi anime dah habis bulan Mac tahun lepas. Tapi aku sure mesti akan ada sambungan lagi, hihi. Oh ya, kat Malaysia pun ada disiarkan di 8TV kalau tak silap, tapi chinese dubbing. Sebelum ni ada di NTV7 untuk malay dubbing. Tapi dua-dua dubbing aku tak layan, sebab original lagi best kot, XD. Bagi yang belum pernah tengok Fairy Tail, siri ini pada awalnya mengenai sekumpulan ahli sihir yang mengembara untuk memenuhi permintaan daripada penduduk setempat dan di luar daerah mengenai hal atau masalah berkaitan sihir. Fairy Tail mengandungi beberapa arc, dan setiap arc mempunyai konflik dan masalah yang berlainan. Tapi lepas Grand Magic Games Arc, arc seterusnya akan berkait dengan arc yang sebelumnya, dan jalan cerita lebih exciting. Dalam ni, babak pertarungan melibatkan ahli sihir menggunakan sihir masing-masing yang berlainan elemen tanpa bantuan alatan sihir. Contohnya, Natsu yang guna sihir api dan Gray menggunakan sihir ais. Watak-watak dalam siri ni memang banyak dan terdapat banyak juga perkembangan pada watak utama. Suka dengan animation Fairy Tail ni sebab menggunakan warna-warna yang ceria. Ada juga beberapa babak yang macam kurang smooth bagi aku, tapi aku tak kisah sebab jalan cerita pun dah best. Jangan lupa juga untuk check out opening dan ending siri ni sebab semuanya sedap untuk didengar…pada telinga aku lah, XD.



GINTAMA


Genre: Comedy, Parody, Action, Adventure, Fantasy, Shounen, Historical
Episode: 324 (still on-going)
Sumber: Komik (oleh Sorachi Hideaki)
Studio: Sunrise, Bandai Namco Pictures
Tahun Disiarkan: 2006-present
Star: 10/10
Fav Character: Sakata Gintoki, Okita Sougo, Kagura
Anime Info: Klik Sini

Aku recommend sangat siri anime Gintama ni untuk ditonton. Sebab anime ni memang tak buat kau kering gusi. Asyik gelak je. Gelak, gelak, dan gelak lagi, XD. Siri ni mempunyai setting zaman Edo tapi dalam masa yang sama kena jajah dengan makhluk asing dan kebanyakan bandar dah membangun. Apa? Macam tak masuk akal kan? Memang pun, haha. Permulaan jalan cerita bagi aku sebenarnya hambar sebab aku tak faham pun lawak yang diorang cuba sampaikan. Tapi bila dah masuk Benizakura Arc, tiba-tiba jalan cerita jadi serius je. But in the same time, lawak tetap berjalan. Konsep gags dalam ni melalui perbualan tau, ada juga body gags, tapi perbualan tu lebih kelakar. Selain tu, anime ni penuh dengan parody dari anime-anime lain, dan kebanyakannya Dragon Ball. Ada juga dia buat parody dari drama tempatan, tapi tak sebanyak anime. Kadang dia make fun terhadap artis, dan selalunya kumpulan B’z jadi mangsa, XD. Walaupun banyak buat parody, tapi Gintama still ada original plot. Malah original plot lebih exciting dan mendebarkan, lebih hebat dan gempak tau. Aku enjoy sangat dengan babak pertarungan sebab smooth gila, dan aksi diorang pun best tau, lebih hebat dari Naruto dan Bleach. Watak-watak dalam siri ni kebanyakannya berdasarkan tokoh zaman Edo tapi cuma tukar surname je. Actually, sekarang pun tengah bersiar anime Gintama untuk season terbaru yang diberi judul Gintama., yang mana dah masuk The Battle on Rakuyo Arc. Bolehlah sambung tengok, XD.



ONE PIECE


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Shounen, Comedy
Episode: 779 (still on-going)
Sumber: Komik (oleh Oda Eiichiro)
Studio: Toei Animation
Tahun Disiarkan: 1999-present
Star: 9/10
Fav Character: Sanji & Nami
Anime Info: Klik Sini

Another popular anime kegemaran ramai. Secara jujurnya dulu aku tak nak tengok One Piece sebab tak suka betul dengan lukisannya, macam buruk, haha. Dulu nak tengok anime art yang cantik-cantik je, XD. Tapi aku paksa juga tengok sebab orang sekeliling aku kata best sangat, rugi tak tengok. Dan akhirnya aku jatuh cinta dengan jalan cerita siri ni, dan juga Luffy and the gang. Tu la, berlagak sangat tak nak tengok. Sekarang dah jadi favorite anime, haha. Cuma arc dia sekarang ni macam lambat je flow nya. Dalam satu episode tu kadang dia ulang babak tu banyak kali. Tak puas hati betul aku tengok. Kalau baca manga, lama dah habis, XD. Masa mula-mula tengok, aku tak ada watak kegemaran tau. Tapi bila dah banyak episode, dan watak banyak berkembang, aku jadi minat kat Sanji dan Nami. Walaupun Sanji ni berdahi licin, pantang nampak perempuan cantik mesti jatuh hati, tapi aku still suka dia. Nami pula, bukan je cantik, malah seorang yang bijak. Paling best, walaupun Luffy kapten kapal, tapi dia paling takut dengan Nami sebab Nami garang sangat, haha. Kuasa yang ada dalam siri ni ada yang best dan nampak kuat, dan banyak juga yang pelik-pelik. Mana lah Oda-sensei dapat idea kuasa pelik-pelik cam tu eh, haha. Overall, siri ni sangat bagus, sebab banyak pengajaran yang boleh diambil. ;)



FULLMETAL ALCHEMIST


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Superpower, Shounen, Comedy, Military
Episode: 51
Sumber: Komik (oleh Arakawa Hiromu)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2003-2004
Star: 9/10
Fav Character: Roy Mustang & Edward Elric
Anime Info: Klik Sini

Another popular anime yang mendapat tempat dalam hati aku adalah Fullmetal Alchemist (FMA). Siri ni bukan 100% ikut jalan cerita dalam manga, tapi masih lagi mempunyai jalan cerita yang menarik. Terdapat beberapa watak yang ada dalam anime ni, tapi tiada dalam manga. Permulaan anime ni biasa je, penuh dengan babak kelakar dan mencuit hati, tapi dah masuk pertengahan jalan cerita, ianya menjadi semakin gelap dan serius. Ada banyak pengajaran yang kita boleh belajar dalam ni, antaranya nilai kekeluargaan, persahabatan, dan jangan cepat putus asa. Dalam siri ni, watak kegemaran aku adalah Roy Mustang dan Edward Elric. By the way Fullmetal Alchemist tu adalah nama yang diberi oleh King Bradley, kepada Edward sebab tangan dan kaki Edward diperbuat daripada besi. Roy Mustang pula adalah Ketua Skuad berpangkat Colonel serta merupakan salah seorang Alchemist Negeri dan diberi jolokan Flame Alchemist. Aku enjoy sangat dengan babak pertarungan yang dipamerkan, which is so great. Animation masa tu tak sehebat sekarang, tapi bagi aku it was okay. Lagu opening pula semuanya best belaka. Aku tak berapa nak suka lagu ending pada mulanya, tapi bila dah selalu dengar jadi sedap sangat sebab melodinya mendayu-dayu. Dah rasa teruja dengan FMA ni? Tunggu. Ada lagi satu anime yang wajib korang tengok lepas FMA ni dan korang akan cuba untuk bandingkan kedua-duanya nanti. Percayalah. ;)



FULLMETAL ALCHEMIST: BROTHERHOOD


Genre: Action, Adventure, Fantasy, Superpower, Shounen, Comedy, Military
Episode: 64
Sumber: Komik (oleh Arakawa Hiromu)
Studio: BONES
Tahun Disiarkan: 2009-2010
Star: 10/10
Fav Character: Roy Mustang ,Edward Elric, Riza Hawkeye & Winry Rockbell
Anime Info: Klik Sini

Lepas korang tengok FMA, aku recommend sangat dekat korang untuk tonton anime FMA: Brotherhood ni pula. Kenapa? Sebab adaptasi kedua ni follow semua jalan cerita dalam manga. Bagi aku ianya adalah sebuah masterpiece yang hebat dan menjadi anime kegemaran nombor 1 aku sehingga kini. Tak pernah lagi jumpa masterpiece yang mempunyai kualiti sebagus Brotherhood. Plot cerita still sama, tapi mempunyai jalan cerita yang lebih hebat, lebih banyak babak kelakar, babak aksi yang lebih mendebarkan dan dan watak-watak protagonist dan antagonist yang menarik. Watak kegemaran dalam siri ni bertambah, sebab bagi aku watak Winry Rockbell (tapi aku dengar sebutannya Windy, haha) dan Riza Hawkeye lebih menarik dan lebih banyak peranan yang ditonjolkan. Dua heroin utama ni juga bagi aku mempunyai karisma yang tersendiri. Walaupun hanya 64 episod, tapi sangat puas hati dengan kualiti jalan cerita yang ditonjolkan. Brotherhood mempunyai ending yang hebat dan memukau serta meruntun perasaan penonton, tak seperti FMA. Impian aku menjadi kenyataan bila dalam Brotherhood, Edward dan Winry disatukan, haha, XD (yes, I’m shipping them!). Opening dan ending juga memainkan peranan penting dalam Brotherhood, which is ianya memberikan mood yang sesuai sebelum dan selepas menonton siri ni. All of them are just great and enjoyable.



D.GRAY-MAN


Genre: Action, Adventure, Supernatural, Shounen, Comedy
Episode: 103
Sumber: Komik (oleh Hoshino Katsura)
Studio: TMS Entertainment
Tahun Disiarkan: 2006-2008
Star: 9/10
Fav Character: Lavi, Allen Walker, Lenalee Lee
Anime Info: Klik Sini

Another anime berkaitan exorcist yang aku tengok lepas Ao no Exorcist. Tapi feeling tengok kedua-duanya tak sama, sebab D.Gray-man ni lebih hebat dan penuh aksi. D.Gray-man memberikan lebih rasa pada elemen kegelapan dan misteri serta diselitkan dengan unsur komedi yang best. Siri ni mengisahkan mengenai sekumpulan exorcist yang cuba menyelamatkan umat manusia dari serangan Akuma (Demon). Akuma ni pula bertindak atas arahan ketuanya, Millenium Earl. Awal-awal cerita biasa je, tapi konflik besar timbul bila Noah, iaitu orang bawahan Millenium Earl yang kuat mula bertindak dan menyerang General, kumpulan exorcist terkuat dalam Black Order. Jalan cerita pada pertengahan siri ni sangat mendebarkan dan ada certain babak yang betul-betul menyentuh hati. Perkembangan watak dapat dilihat semasa Akuma tahap 3 menyerang. Watak yang paling menyerlah sekali dah tentulah Allen Walker dan juga Lenalee Lee disebabkan bukan sahaja develop dari segi penampilan mereka, malah dari segi kuasa juga. Kesemua opening dan ending siri ni sangat best, ada dua rentak iaitu rock (opening) dan balada/pop (ending). Lagu-lagu ni betul-betul bagi aku mood masa tengok D.Gray-man. Sebelum tengok, please be caution because this anime contains some religion sensitivity. Tengok dengan minda terbuka ya~



KATEIKYOUSHI HITMAN REBORN


Genre: Action, Adventure, Supernatural, Shounen, Comedy
Episode: 203
Sumber: Komik (oleh Amano Akira)
Studio: Artland
Tahun Disiarkan: 2006-2010
Star: 9/10
Fav Character: Sawada Tsunayoshi, Yamamoto Takeshi & Reborn
Anime Info: Klik Sini

Siri ini berkisarkan tentang pelajar sekolah, Sawada Tsunayoshi (Tsuna) yang merupakan waris kepada keluarga Vongola, sebuah organisasi mafia yang terkuat. Keluarga Vongola kemudiannya menghantar powerful hitman bernama Reborn untuk mengajar Tsuna cara-cara mejadi seorang bos mafia. 20 episod pertama Reborn bagi aku agak boring, tapi untuk episode 21 dan seterusnya, jalan cerita lebih exciting, menarik dan tak membosankan. Tsuna pun lebih cool ketika menggunakan kuasanya. Kebanyakan watak dalam siri ni mempunyai karisma tersendiri, and I bet kebanyakan fans jatuh hati dengan either Hibari Kyouya or Rokudou Mukurou sebab masing-masing mempunyai aura misteri tapi cool sangat. Kuasa dalam anime Reborn ni berkonsepkan alam semulajadi dan dikategorikan menggunakan warna-warna pelangi seperti Sky (jingga), Storm (merah), Rain (biru), Lightning (hijau), Cloud (ungu), Sun (kuning), dan Mist (indigo). Hitman Reborn merupakan hitman paling kuat sekali, tapi disebabkan oleh insiden lepas, dia dan beberapa orang kawan dia bertukar menjadi bayi tapi still mempunyai minda orang dewasa dan dikenali sebagai Arcobaleno iaitu tujuh bayi terkuat. Comel sangat tau, lagi-lagi Reborn dan Fong, hihi, XD. Aku juga nak recommend sebahagian opening dan ending Reborn, yang mana most of them mempunyai melodi yang segar dan best. ;)



DETECTIVE CONAN


Genre: Detective, Mystery, Adventure, Shounen, Comedy
Episode: 850 (still on-going)
Sumber: Komik (oleh Aoyama Gosho)
Studio: TMS Entertainment
Tahun Disiarkan: 1996-present
Star: 8/10
Fav Character: Edogawa Conan, Kudo Shinichi, Mouri Ran
Anime Info: Klik Sini

Aku start layan Detective Conan (DC) dari sekolah menengah lagi. Kawan sekelas aku yang kenalkan aku dengan komik DC ni. Tapi aku stop kejap sebab busy belajar. Dulu aku rajin sangat beli manga dia setiap bulan, tapi banyak dah hilang sebab sepupu aku baca, then letak entah mana-mana, T_T. Sekarang layan kat internet je, haha. Sejujurnya antara anime dan manga, aku prefer manga dia sebab ianya lebih banyak elemen suspen tu. Bila dah jadi anime dan dia letak warna meriah, jadi hilang rasa berdebar. Kalau nak tahu, DC ni adalah satu-satunya anime yang aku download episode yang ikut dalam manga je. Episode filler langsung tak download. Tak sanggup nak tengok banyak-banyak dan tak nak penuhkan hard disk aku dengan episode yang tak best, hihi. Terfikir juga, bilanya Conan ni nak jadi Shinichi balik, dari tahun 1996 sampai sekarang still umur 7 tahun juga, haha. Lepas tu gajet pun berubah, siap dah pakai laptop dengan smartphone. Dulu computer gedabak dengan telefon rumah ada ganggang je, XD. Setiap tahun DC akan keluarkan movie, dan aku dah tengok semua 20 movie dia. Tapi nanti aku buat satu post khas untuk review movie DC je.



DIGIMON ADVENTURES SEASON 1 & 2


Genre: Action, Adventure, Sci-Fi, Comedy, Kid
Episode: 54 (Season 1) & 50 (Season 2)
Sumber: Original
Studio: Toei Animaton
Tahun Disiarkan: 1999-2001
Star: 10/10
Fav Character: Ishida Yamato
Anime Info: Klik Sini

Siapa je yang tak kenal siri Digimon masa era tahun 2000 dulu. Semua orang nak ada digimon, termasuklah aku, haha. Digimon ni kira kartun legend tau masa zaman aku kanak-kanak dulu. Lagu opening dan ending pun siap rakam tau, hihihi. Kenangan betul. Pada mereka yang tak tahu apa itu Digimon, ianya adalah tentang pengembaraan 8 orang kanak-kanak (7 orang pada awalnya) ke dimensi lain yang dikenali sebagai Dunia Digital bersama digimon masing-masing. Dalam Digimon Season 2 pula, watak utama adalah 5 orang termasuk 2 dari season 1. Target audience untuk anime ni adalah untuk kanak-kanak dan budak sekolah rendah. Tapi ada juga orang dewasa yang enjoy tengok siri ni. Contohnya, aku, XD. Jalan cerita Digimon tak complicated sangat, ianya memang mudah difahami kanak-kanak. Konflik antara watak pun tak berapa serius seperti anime genre lain, dan babak pertarungan hanya melibatkan pasangan digimon semata. Tapi kat sinilah nilai-nilai persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang keluarga ditunjukkan. Kalau hati tisu mudah je nak mengalir air mata, hewhew. Belum pernah tengok? You should watch this guys. Tanpa Digimon Adventures, tak ada franchise siri-siri Digimon yang lain. Siri Digimon last aku tengok adalah Digimon Tamers. Lepas tu dah tak ada tengok siri Digimon lain sebab rasa macam apa-apa entah ceritanya.



PRINCE OF TENNIS


Genre: Sport, Shounen, School, Comedy
Episode: 178 + 26 (OVA)
Sumber: Komik (oleh Konomi Takeshi)
Studio: Trans Art, M.S.C (OVA)
Tahun Disiarkan: 2001-2005, 2006-2009 (OVA)
Star: 10/10
Fav Character: Fuji Shusuke, Shiraishi Kuranosuke, Echizen Ryoma
Anime Info: Klik Sini

Anime bergenre sport pertama yang aku tengok, dan hampir semua benda berkaitan anime ni aku tengok like OVA, movie, musical theater, event melibatkan seiyuu, special episode, PairPuri, mini story, and many more. Memang aku sangat fanatic sangat dengan Prince of Tennis (PoT) ni enam tahun lepas, XD. Tapi sekarang aku dah jadi manusia normal balik, dah tak ada nak download gambar-gambar fanart banyak-banyak, hewhew. But, PoT still in my heart. Tanpa PoT, aku tak pandang pun anime berunsurkan sukan tau. PoT mengisahkan mengenai perjalanan Echizen Ryoma dan kawan-kawannya untuk jadi juara pertandingan tenis kebangsaan di Jepun. Yep, anime ni pernah ditayangkan di Malaysia dan kebanyakan penggemar anime dikalangan remaja perempuan zaman aku dulu akan jatuh cinta dengan siri ni. Ini kerana selain menghidangkan jalan cerita mengenai pertandingan sukan tenis antara sekolah, PoT juga terkenal disebabkan oleh watak-wataknya. Penuh ikemen tau dalam ni ditambah dengan perangai yang macam-macam, XD. Babak-babak yang dipamerkan lagi-lagi ketika bertanding sangat mendebarkan, dah rasa macam tengok babak aksi pula. Ada juga dia selitkan episode filler penuh dengan chibi budak-budak Seigaku, comel sangat-sangat tau. Geram je tengok, lagi-lagi Fuji masa jadi watak perempuan. Tak semua jalan cerita PoT ikut dalam manga, tapi still best. Kalau nak tahu, manga dia lagi best. By the way disebabkan oleh PoT juga aku banyak kenal seiyuu yang best-best macam Suwebe Junichi dan Hosoya Yoshimasa. Bagi yang belum pernah tengok lagi, aku sarankan untuk korang tengok. Memang tak rugi tengok. ;)


**Kalau diikutkan, sebenarnya banyak lagi tau favorite anime aku like Magi Series, Sword Art Online, Shingeki no Kyoujin, Nurarihyon no Mago, dan lain-lain. Entah bila boleh review, harapnya dalam masa terdekat lah. Hihi. Mungkin dalam post Anime Review 2017 – Part 4, harapnya lah. Wish so I have a lot of free time to do it, ;)   Untuk baca review anime part 2, boleh lihat tajuk Anime Review 2017 – Part 2. Okay, see you another time!~


-End the written while listened to : Aimer x Chelly – ninelie [Koutetsujou no Kabaneri OST – Ending] -


Gaaahhhhh! XD


No comments: